Saturday 29 August 2009

0 Promo halaqah.net



Banner kat atas ni adalah dari halaqah.net. Saya ahli 'halaqah', bukan 'harakah' yer.. :) Laman ini saya jumpa secara tak sengaja atau secara tak langsung ketika tengah cari artikel tentang rahsia... hahaha...Laman halaqah ini adalah Islamic Forum.. tiada bezanya dengan forum islamik yang lain.. tapi saya rasa ada pesonanya, ada keistimewaannya yang tersendiri..

Pengasasnya Ustaz Al-Haudhie (orang Terengganu) dan one of the mod is Ummi Munaliza yang best dan sporting.. Kira she is the mum of the forum lar.. And then she is so friendly walaupun saya tak pernah bersua lagi dengan Ummi.. Hari tu Ummi ada kat Terengganu area Kuala Ibai, terus Ummi info kat saya, lepas tu ajak datang jumpa Ummi. tapi masa tu, saya kat Kemaman, time tu tak balik kampung.. so tak dapat la jumpa Ummi.. Insya Allah ada rezeki nanti kita bertemu juga... Tapi Ummi, saya ni pemalu orangnya... ;)

Mod-mod lain pun ok, diorang masing-masing punya ilmu agama dan duniawi yang tinggi.. Cam tu jugak halaqian-halaqian lain..Ahli- ahli halaqah terdiri drp golongan budak sekolah sampailah ke golongan professional. Cam saya ni naif lagi dan masih dalam pencarian ilmu...) that's why saya tak banyak mana buat posting in there, mencelah tu adalar jugak.. hehe....Sumer halaqian so responsive bila tanya soalan, minta pandangan atau nasihat.. Yang penting ukhwah tu dah wujud.

Banyak lagi keistimewaan halaqah yang tak dapat saya ceritakan kat sini.. Mula-mula saya masuk halaqah, tak tau nak 'describe' kan kegembiraan itu... Bukan saya saja maybe halaqian yang lain macam tu jugak.. Yelah bila kita dah jumpa gedung ilmu yang dicari- cari, meliputi ilmu duniawi dan ukhrawi.. Teringat dulu doa yang pernah saya titiplkan kat fs "Ya Allah, Kau kumpulkan aku bersama orang-orang yang bertaqwa dan berakhlak mulia... Amin.." Moga-moga usaha kita untuk memperbaiki iman, amal dan taqwa diberkati oleh Nya.. Insya Allah...

Wednesday 26 August 2009

0 Children nasheed

Cadang nak bagi kat Humaira (3 years old) lagu-lagu nasyid belajar.. Dia suka nyanyi-nyanyi sekarang tapi ada yang tak jelas pun perkataannya.. Tu la pasal.. Dialog kartun kat TV cakap.. " Hello adik-beradik kembar.. Jumpa lagi.." (Kalau tak silap saya larr) Dapat kat Humaira.. "Hello kepala kembang.. Jumpa lagi.." Lain yang dicakap lain yang didapatnya.. Makcik dia ni memang gelak saja layan karenah Humaira. Ada-ada saja yang melucukan.. Kalau kat buku Bacalah Anakku dia dah dapat kenal huruf "O" . Sebab bentuk dia yang bulat dan senang dicam kot pada dia.. Kalau dalam perkataan-perkataan, kita suruh cari huruf O, pandai jer dia tunjuk.. Baguslah macam tu.. Harap nanti dia pandai banyak lagi... Amin..


أناشيد أطفال نشيد الأحرف حرف الألف نشيد أطفال
Lagu ni saya bagi nama " Alifun Aa Aa" .. dia sebut macam tuh.. tapi saya suka part yang bersin tu accum.. Cute dan lagu ni menghiburkan..



dan lagu ni.. little baby singing very cool samo




Tak sabar nak bagi Humaira bila bercuti kat rumah dia nanti.. Sure hari-hari dia pasang kat tv, sambil nyanyi2.. Entah apa yang disebut nanti tak tau larr..

Thursday 20 August 2009

0 AHLAN YA RAMADHAN


Ahlan Ya Ramadhan
... This graphic is so simple, tu yang tersempat saya buat.. So untuk kengkawan semua.. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak... Moga Allah memberkati kita semua di Ramadhan ini... Ramadhan saja? Eh, tak lah.. untuk Syawal jugak lepas tu untuk selama-lamanya lah.. Insya Allah...


Lagu Harapan Ramadhan ni untuk semua yer.. Dengarkan...


Saturday 15 August 2009

0 Salah faham

SALAH FAHAM 1 : MENGAJI

Venue: Kat dalam bilik akak ipar
Tukang ngaji : Ashraf, Adwina
Tukang ajar ngaji : Kak Long
Tukang nyibuk: Humaira
Tumpang Iron baju: Saya

Ashraf : (baca surah Yaasin, sampai ayat ni...)







Humaira : Eh! Tak baik cakap "MUNG"

Apalagi kami bantai gelak kat dia... Cepat dia pick up masa abang dia baca
" Salaamun"
Dia ingat abang dia cakap Mung aku agaknya.. Tu yang dia marah tu..lepas tu mama dia cakap.. abang tengah mengaji, mengaji tak per.. bukan tengah cakap "mung." Hahaha.. Maira.. Maira...


SALAH FAHAM 2 : "SIT DOEY!"

Venue: Kat ruang tamu..
Tukang lipat kain : Saya
Tukang main : Humaira
Tukang tengok tv : Along dan Adwina

Adwina tunjuk kat Humaira exercise tangan. Sambil bilang. saya pun join sekali..

Humaira : Sit Doey! Sit Doey!
Saya : Awin apa dia cakap, tak faham lah.. Humaira cakap apa ni? Tak faham..
Humaira : Sit Doey! Sit Doey!
Saya : (dah gelak-gelak dah..) Humaira cakap bahasa Vietnam ker? Mana faham arrr.
Adwina : Dia cakap sit down!
Saya : Laa sit down! ingatkan apa tadi..

Tu larrr budak baru belajar... dia nak speaking tapi tersalah.. tak apa Humaira kecik lagi tapi bagus dia dah tahu beberapa perkataan... Dia cakap Vietnam pun nanti orang percaya dia anak Vietnam.. Kulit dia putih... Mana-mana la Humaira, janji jangan pelat Bahasa Melayu sudah. Bahasa Inggeris kena pandai jugak, bahasa Al-Quran, bahasa Arab kena tahu tuu.. Macam makcik ni dah lupa la nahu-nahu Arab semua.. Perkataan-perkataan dan perbualan simple tu boleh la faham..

Em makcik dia pulak bila menyakat Humaira dan budak-budak asrama selalu cakap: "Aayoookk... Maira buat, tak tahuuu..." Entah, macam best jer cakap.. time nak usik budak-budak la.. Kita boleh tambahkan lgi takut dia, debar dia kalau dia dah buat salah apa-apakan..Ingat budak-budak asrama tu budaak lagi.. Dah besor pun.. Tak apa. kita suka usik-usik diorang.. Garang-garang jugak tapi bertempat larr..

"Elleh...." Humaira cukup suka cakap perkataan ni sambil jeling kat orang.. Satu lagi " No.. No.. No..." Humaira ni yang paling keletah... sehari saya duk melayan dia tak per.. Kalau diajak datang ke asrama saya nak jer.. tapi dia tak nak bila cakap. pergi ambik kain baju, tido kat asrama ek.. Tu dia tak nak.. Dia nak mama dia ada sekali.. yer la kecik lagi.. Ada yang dia perlukan dari mama dia.. Keletah dia, manja dia buatkan saya makin sayang kat dia... maklum dia anak buah paling kecik dalam family, lagipun dia penghibur cilik keluarga.. Sekarang saya tengah jahit manik kat tudung dia... saya belajar-belajar jer, penat tak apa, janji Humaira pakai tudung nampak cantik dan bergaya selain latihan untuk dia menutup aurat.. Apa saja untuk Humaira saya yang keletah tu.. pagi tadi, saya nak gi kerja... saya tinggalkan dia yang masih tak bangun lagi, maklum semalam tidur lewat tengok citer king kong... Entahlah, mungkin bila dia bangun, tengok makcik dah tinggalkan dia... Kalau boleh saya nak dengar jer keletah dia sepanjang hari, ajar dia baca, dia ajar saya baca...



CERITA ADWINA

Adwina pun yang selalu komplen kenapa saya cuti satu hari jer.. (Jumaat).. Adwina dan saya always share time togather.. Dulu dia pernah buatkan kad raya untuk saya, tapi ditambah "PUAN" kat nama saya.. Suka-suka ati dia jer.. makcik dia status miss lagi. Entah mana saya simpan kad dia, lukisan dia sebab perancangan saya bila dia besar nanti, saya nak tunjuk hasil kerja dia. Cantik ker tak tak penting, yang penting sentimental value pada benda tu... OUR RELATIONSHIP. Pernah saya tanya bila besar nanti Awin jadi orang berjaya, pandai, kaya, ingat lagi tak kat saya? Dia jawab iyer Awin kena balas budi... Budi apa saya tanya? Dia cakap buat baik kat dia, selalu ajar dia, bagi makanan, duit... Lepas tu nak bagi kereta kat mama satu, abah satu, nda satu.. Saya tersenyum sendiri, harap-harap bila dia senang nanti, dia tak lupa pada abah dia, mama dia, adik-beradik dia dan family semua... Moga jadi anak soleh dan pintar... Insya Allah..










Tuesday 4 August 2009

0 Permata Hati Saya..

Siapa? Anak-anak buahla yang seramai 10 orang tuh... Saya mana ada anak lagi.. anak keladi ada la saya tanam, anak lidah jin.. oii anak jin? anak kaktus, anak pokok pandan.. anak kura-kura ada la saya bela 2 ekor tapi dah mati dah.. sob.. sob... ok ni list nama diorang sumer. (anak-anak buah)


1. Tengku Amirul Azrai Idham @ Along (bukan Ah Long...anak abang no.1) ini paling tua sekali.. skang dah form two dah anak teruna saya sorang nih.. Lahir pada 13/07/1995. Masa ni makcik dia nih baru form two jugak..



2. Tengku Afdzal 'Afif @ Ja (adik Along no.1) . Lahir pada 13/05/1997. Sekarang darjah enam.. UPSR! UPSR!


3. Tengku Noor Aina Syahida @ Aina (nih perempuan sulung, anak abang no.2). Lahir 10 hari selepas Ja lahir. Birthday dia 23/05/1997. Darjah enam jugak.. BACA BUKU! BACA BUKU!


4. Tengku Aiman Zikri @ Aiman (adik Aina no.1). Lahir pada 17/01/1999. Sekarang darjah empat. Dengar cerita ternak puyuh sekarang ek? Banyak nanti boleh makcik gi jual... Weyy baca buku la...


5. Tengku Adwina Syuhaira @ Awin (adik Along no. 2) . Dia ni lahir selepas sehari sepupu dia Aiman dilahirkan. Pada 18/01/1999. Masa baby dua-dua dalam satu katil, macam kembar plak..Pernah masa umur enam tahun dua-duorang ni sambut birthday sekali. Awin ni suka melukis... Balik sekolah, bukan hadap buku tapi melukis dulu.. Subhanallah makcik dia pun macam tu gak dulu.. ;) Bila Awin pandai lukis potret? Makcik tak tau pun. Bila tahu masa dia nak lukis potret kat SKETCH BOOK Yatie (Junior kat hostel Caddcam, lukis kat SKETCH BOOK orang? ) Biar betul ni Awin... Kalau minat lukis, mari kita buat workshop.. Makcik ponn dah lama gantung kalam tak lukis potret..





6. Mohd. Nazeem @ Ajim (anak kakak). Lahir pada bulan empat tahun 2001. Haribulan tak ingat, nanti makcik masuk balik ek.. Sekarang dalam darjah dua.. Dia ni budak elastik atau budak getah pun boleh arr.. Tengok tu.. dia bawak kaki dia kat belakang kepala. Ntah macam-macam style lagi dia boleh buat. Jangan patah-patah sudah.... Sekarang kalau dia telefon saya atau sms saya, asyik lapor jer keputusan perlawanan bola sepak, tak kira la yang luar negara atau pun malaysia punya.. Ingat makcik bookie bola sepak kerr? Baru ni yang Sukan SEA punya yang Malaysia menang ke atas Vietnam pun dia bagitahu walaupun Sukan SEA pun dah lama habis. Tapi saya layann ajer.. zass!!!



7. Tengku Amir Ashraf @ Ashraf (adik Along no. 3) pun sama dengan Ajim dalam darjah dua. Lahir pada 22 september 2001.



8. Mohd. Nizam Sukhairi @ Nizam (adik Ajim). Lahir pada 12 Februari 2003. Sekarang tadika. Kegemaran dia suka nyanyi-nyanyi lagu taska dia.. (nursery rhyme). Suka jugak usik-usik saya. Pernah tanya.. "Cangkerik beli kat mana?" sebab dia dengar bunyi cangkerik kat bawah rumah. Dia ingat saya pembela cangkerik ke? Bila dia main buih sabun dia cakap, kita main buih sabun untuk ceria kannn... Kecik kecik dah tau ceria tu apa ek..




9. Tengku Alif Hafizuddin @ Alif (adik Aina no. 2). Lahir pada bulan enam tahun 2003. Makcik tak ingat berapa haribulan. Kalau tak silap hujung bulan. Masya Allah teruk nya ingatan makcik.. huhu.. Selalu ajak dia pergi jalan-jalan dan shopping kat Giant, dia ni ok jer walaupun jalan jauh skit, nasib baik tak merengek nak mainan. Maklum makcik tengah kopak sekarang..









10. Tengku Amalin Humaira @ Maira (adik Along no.4 ) . Ni yang paling kecik... Lahir pada 29 Mac 2006 sebulan selepas makcik pindah kemaman belajar kat sini... Dalam ramai-ramai adik-beradik Along, dia yang paling keletah, ada jer perbuatannya yang melucukan.. " Nda ambik nasyik baby????" Dia tanya kat saya masa makan pada suatu hari... " Ek elleh.. bila masa orang nak ambik nasyik dia..."

Dalam umur 3 tahun Maira dah boleh lukis orang (patung) lengkap dengan anggota badan, pakaian dan berkasut. Lukisan dia standard budak tadika la..berbanding dengan adik-beradik dia yang lain masa umur sama dulu. Ni tak lain tak bukan mewarisi bakat terendam basah jeruk makciknya ini.. :p Makcik dia dalam darjah satu bila cikgu suruh lukis rumah, tangga rumah mesti buat 3d. nampak side-side tepi dia. (Abang yang ajarkan..) Mana tahu dah besar2 ni.. jadi seseorang dalam bidang seni (dalam 3d punn). Apapun alhamdulillah.

Diorang beraya pada tahun 2008.. yang dua lagi missing in action..

11. Eh mana ada lah... anak buah lagi.. 10 jerrr..


0 KIds At The Zoo (Playground)

Gambar ni hadiah kakak khas untuk Abang Adam dan Adik Arif. Kenangan masa gi Zoo Ibuk. Apa Adik Arif cakap? "ZOO NYIBUK"? Erk.. pandai-pandai jer bagi nama, marah MB kan.. Yer la kakak Z, Adik Arif kan kecik lagi, pelat-pelat lagi.. (Masa ni Zoo nya belum dibuka, jadi tak banyak pun haiwan n tak banyak pun kami bergambar... Kami pergi atas dasar LAWATAN SOSIAL..

0 Kak Elly and family..

Saya kenal kakak (Kak Elly) yang baik hati ni kat tempat kerja yang sudi datang beri tunjuk ajar walaupun tak kerja situ lagi. She has two handsome kids who named Adam Syahmi (5 years old) and Arif Rashdan (4 years old). Married with a guy called Abang Mie (Suhaimi). Semua ni gambar diorang sefamly.



















Kat bawah ni khas saya edit untuk kak Elly dan Abang mie sebagai Wedding Gift.


" Buah cempedak luar pagar, ambil galah tolong jolokkan... lepas tu kita buat goreng cempedak.... erm.. nyum-nyum.." Eh apa kena-mengena buah cempedak dengan gambar wedding Kak elly daa.. Ni yang betulnya... "Saya budak baru belajar (editting), kalau salah jangan belasah.." Hahaha.. :p

Monday 3 August 2009

0 My Artwork ~ Banner and Bunting

This Banner buat dah lama dah.. Anak buah Ijam, Adam Haffis nama baby ni.. Cute kan dia.. Design ni khas untuk Adam.. ni banner first buat untuk kategori baby-baby..




Ni plak Wedding Bunting.. Ni yang the best antara 4 wedding banner and bunting...



Ni plak tak berkaitan dengan wedding-wedding.. Untuk Hari Terbuka TATI. Bunting Pertandingan Network Games diorang... Ni saya buat border kat tepi ala-ala gajet. Then emboss skit bagi nampak 3D. Bagi efek glow kat button supaya nampak "BERCAHAYA"...




Siapa kata buat kerja-kerja design banner ni senang?

Kalau tak ada sources, tak jadi kan? Kalau image blurrrr sangat2 kena repair and buat adjustment kan? Kalau image besar sangat kena crop kan.. Ntah macam-macam benda lagi kena buat, nak cari idea n concept untuk sesuatu banner and bunting for advertising.. Supaya mesej kat pengguna boleh sampai.. Ada ker nak buat advertising yang cikai-cikai punya?! Mana ada lagi banner yang guna kain lepas tu cat.. Yang macam tu tak payah susah-susah gi blajar grafik..


0 Lagu Nasyid Kanak-Kanak

Subhanallah.. Comel sungguh budak-budak Arab ni bernasyid.. Suara pun comel jer.. Yang penting nasyid diorang ada mesej nak disampaikan.. Tajuk dia "Ukhtakh" kot... "aina hijabu ya ukhtakh...?"
Mana hijabmu wahai saudari? Macam tu kot tranlatenya... Mari kita sama-sama hayatinya..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms