Tuesday, 1 March 2011

0 5 Tabiat Saya

5 Tabiat Saya ini telah di  tag oleh  Kak Wawa kepada kawan-kawannya termasuklah Miss Beyond. Ini link entri yang ditulis Kak Wawa : 5 Tabiat Saya


Peraturan Tagging '5 TABIAT SAYA'

1. Link kan entry ini ke blog anda

2. Senaraikan TABIAT anda

3. Tag 5 orang untuk senaraikan TABIAT mereka pulak

4. Dah selesai, link kan entry anda tu kat ruangan COMMENT entry ini (di blog k.wawa)


Nota

1. Game ini berlangsung sehingga 4 Mac 2011
2. Entry anda akan diundi secara rawak untuk menerima GIFT daripada saya


Miss Beyond tak tahu sangat camane main tagging kat blog ni, tak pernah main tagging. hahaha..Tapi kak Wawa dah bagi explaination kat fb dan blognya Ilham Bicara. Okay, I will try my best...heeee..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

5 Tabiat Saya


Suka mereka-reka. hahahah ini memang tabiat tak boleh blah.. bukan mereka-reka cerita yer.. ini reka = design kat pc lah.. Ada jer benda nak dibuat....


Suka membaca suratkhabar dari belakang.. Dulu la, zaman dulu-dulu sebab nak baca yang hiburan dulu.. haaha. Sekarang baca dari depan, baca berita utama dulu kemudian berita setempat dan luar negara. kena la ambil tahu isu-isu semasa.


Bila time sedih-sedih suka gi shopping atau window shopping, mesti beli satu barangan sebab wat nak wat kenangan itulah hari sedih. hahaha gelak lagi, sorry readers, Miss Beyond tak pandai nak buat serius2 dalam berblog.. Satu lagi makan coklat time sedih-sedih, sikit jer lah cuma meredakan mood sedih tu.

Bila beli buku atau majalah baru suka habiskan baca cepat-cepat. tak adanya nak simpan baca esok atau minggu depan kecualilah novel yang tebal sangat. Lepas tu mulalah boring. huhuh... Sekarang kurang dah beli semua-semua tu, sebab banyak baca kat internet jer. Kalau ada pun majalah Wanita dan majalah PC.

Pergi shopping atau ke tempat-tepat baru, mesti nak beli C.A.N.D.L.E, sebagai tanda kenang-kenanganlah konon.. Lepas tu kalau blackout tak ada langsung candle biasa, terpaksa lah korbankan yang collection punya dengan hati yang separuh.. Tak relaku bergelap2..  haa siapa yang nak bagi Miss Beyond pezen, sila bagi candle lah yer..hehehe

----------------------------------------------------------------------------------------------------------




Okai.. 5 Tabiat Miss Beyond telah pun kita ketahui... So Miss Beyond nak tag nama dan pemilik blog ni pulak.. Anda yang telah ditag harap-harap redha and sudi main tagging ni yer.. Sporting2 lah yer.. Hehehe..


1) Sis Azwa Nanee
2) ex Cik Kala
3) Miss Agent Sesat
4) Anem Arnamee
entah k.wawa.. sy dah tak tahu nak letak siapa.. huhuhu...
ok sorang lagi miss beyond rasa nak tag Cik cahayamylife lah coz dia dtg berkunjung ke blog..   so miss beyond letak nama dia..hehe..
5) Cik Cahayamylife

Sunday, 13 February 2011

0 Petikan Harian Metro Online | Bangunan mesra alam

Tarikh : 13.02.2011
Link ke artikel di Harian Metro


CANGGIH... Menara Taiwan mengikut lakaran artis.

PERKHIDMATAN Internet tanpa wayar menyeluruh, jalan raya hanya untuk kenderaan pengangkutan awam, tiada kereta, sampah atau pengeluaran karbon.

Ia bagaikan satu impian yang sukar dicapai pada masa depan tetapi tanpa disedari banyak pihak, situasi ideal itu sebenarnya sudah wujud.

Masdar City — terletak hanya beberapa kilometer dari Abu Dhabi — akan beroperasi sepenuhnya menjelang 2020.
Mengikut pelan asal, bandar raya itu akan mengitar semula hampir semua air digunakan, selain kenderaan mengeluarkan asap diharamkan dan diganti dengan sistem pengangkutan berasaskan bateri.

Langkah sama turut dilaksanakan di bandar Dezhou, utara China, yang mencipta ‘lembah suria’ apabila semua lampu jalan dan kolam renangnya dipanaskan hasil haba daripada matahari.

Kira-kira 80 peratus daripada bangunan di situ juga memanfaatkan kuasa suria bagi memanaskan air.

Isu trafik pula memang satu daripada masalah terbesar di mana-mana bandar raya dalam dunia.

Di China, biasanya kerumitan itu cuba diatasi dengan penggunaan 50,000 basikal yang digunakan dalam skim perkongsian bersama.

Di Curitiba, Brazil, perkhidmatan bas Rapid Transit digunakan empat perlima populasi bandar itu melalui sistem prabayar.

Di Tallinn, Estonia, langkah kerajaan memberi akses Internet menyeluruh bagi membolehkan semua tempat awam, termasuk taman rekreasi, muzium, kafe dan kereta api, menjadi pusat sambungan ke dunia maya.

Bandar raya Minneapolis pula memiliki kawasan seluas hampir 95 kilometer persegi yang mempunyai sambungan Internet walaupun sesetengah penduduknya masih membayar bagi perkhidmatan berkenaan.

Kemudian, ada pula rancangan membina bangunan luar biasa oleh sekumpulan arkitek yang membayangkan sebuah dunia dipenuhi menara pokok, piramid terapung serta rumah yang dibina di atas air.

Sebahagian daripada reka bentuk paling menakjubkan turut dicadangkan dibina di Timur Jauh, dengan Jepun dan China bakal mendahului negara lain bagi mewujudkan sebuah model bandar bersih masa depan.

Pada masa sama, Britain juga berusaha ke arah itu. Bandar The Shard kini dibangunkan sebagai mercu tanda baru dan pusat pembangunan masa depan di South Bank.

BERKEMILAU... Masdar City di Abu Dhabi akan dibuka sepenuhnya pada 2020 dan tiada kereta dibenarkan di sini, manakala hampir semua airnya dikitar semula.

TOKYO MASA DEPAN... cadangan pembinaan Piramid Bandar Mega Shimizu belum menjadi kenyataan kerana bahan binaan ringan untuk diapungkan di Teluk Tokyo belum berjaya dicipta.



UNTUK PIALA DUNIA... Stadium al-Khor di Qatar akan menjadi lokasi pertandingan Piala Dunia 2022, menggunakan tenaga solar untuk menggerakkan penyaman udara bagi memastikan suhu berada di bawah 26° Celsius.

STADIUM HIJAU... Stadium Olimpik Sochi di Russia direka bentuk seperti cengkerang dengan dinding dan bumbung menggunakan bahan yang mampu ditembusi cahaya pada siang dan diterangi lampu ketika malam. Ia akan digunakan pada 2014.


MENARA TAIWAN... di Taichung, Taiwan, pelantar pemerhati berisi gas helium dibina di luar menara dan kerja membangunkannya akan dimulakan tahun depan. Bangunan diilhamkan daripada bentuk pokok ini menggunakan tenaga solar dan air hujan yang dirawat. Bakal menempatkan pejabat, restoran, muzium.



KAPSUL KONSEP... binaan Seascraper (atas) dibentuk untuk menahan arus kuat bagi mendapatkan sumber tenaga secara percuma, manakala Gyre (bawah) adalah menara akuatik yang mampu terapung di lautan. Ia boleh dijadikan pusat pelancongan atau stesen penyelidikan.

Tuesday, 1 February 2011

0 Say No To Valentine's Day 2011


Sempena Hari Memperingati Kekasih atau lebih dikenali sebagai Valentine's Day pada tahun ini, Miss beyond tidak ketinggalan untuk merekabentuk grafik untuk campaign Say No To Valentine's Day yang bukan anjuran sesiapa. Iyalah tahun lepas portal ILuv Islam telah menganjurkan kempen ini dengan mengadakan pertandingan merekabentuk yang mana Miss Beyond segan nak masuk, maklum kreativiti bukan tahap gaban.

Apapun Miss Beyond tertarik dengan kempen ini dan dirasakan setiap kali Februari datang, maka Miss Beyond cuba lapangkan juga masa untuk merekabentuk grafik yang baru untuk kempen ini. Diri hamba yang jahil ini sangatlah lemah dan tidak pandai berdakwah maka Miss Beyond hanya mampu berdoa dan lakarkan idea digital dari setitis bakat sebagai medium untuk seruan 'amar makruf nahi mungkar'. Berkesan atau tidak Miss Beyond serahkan pada Allah S.W.T sahaja.

Semasa mencari idea dan bahan dari Google, Miss Beyond ada juga merayau di forum sekian-sekian yang majoriti ahlinya adalah non-Muslim. Bukan apa topiknya pun meminta pandangan tentang Say No To Valentine. Miss Beyond bukan mahu wujudkan sensitiviti perkauman di sini tapi sekarang ada saja sensitiviti umat Islam disentuh, dipersoalkan. Kalau tidak faham tentang Islam dapatkan maklumat dan penjelasan mengenai agama yang suci ini, apa peraturan dan etikanya. Hormati agama Islam kerana ianya agama rasmi negara ini. Berbalik kepada Valentine pula, untuk forumer di forum itu, Miss Beyond ingin tegaskan kempen Say No To Valentine itu untuk pemuda-pemudi, muslim-muslimah, lelaki-perempuan yang dari agama kami iaitu Islam, walau apapun bangsanya janji ia Islam. Kami tidak melarang kamu menyambutnya tapi kami melarang saudara seagama kami menyambutnya. Kami tidak mahu biarkan mereka hanyut dalam kemaksiatan yang dilarang keras oleh agama kami. Perlakuan maksiat yang sememangnya membawa kepada keruntuhan moral dan gejala sosial serta mewujudkan pelbagai kesan negatif  dalam pelbagai perkara. Rasanya kesan gejala sosial tidak terbatas kepada sesuatu kaum atau agama saja, tapi keseluruhan. Adik-adik remaja, saudara seagamaku yang ingin juga menyokong dan menyambut Valentine ini, kasihan kat kamu...

"Ayuh Muslim, Never celebrate and Say No To Valentine's Day..."

Sekian dari saya,

Happy Designing and Happy Blogging...





Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms