Pada hari Ahad, (semalam) saya sempat menyiapkan sebuah meja kecil dalam perisian Rhino. Dari melakar 2D dan 3D hinggalah ke proses render. Sebelum tu rasa teruja sangat sebab nak render dengan VRay, khabarnya lebih elok dan lebih realistik daripada basic render yang kat dalam Rhino sendiri. Kiranya VRay ni plug-in untuk Rhino lah kan. Setelah mendownload yang trial version untuk 30 hari, setelah install, fail pulak run kan software ini. Apapun material dalam VRay yang berformat '.vismat' boleh la jugak digunakan walaupun kurang sempurna selain yang berformat jpeg. Jom kita tengok apa yang terhasil...
 |
Meja kecil satu set lilin, gelas dan pasu |
 |
visual yang lebih detail... |
 |
Bahagian kaki meja yang lebih jelas.. Harap jelas akan efek kayu |
 |
Selain table top nya diperbuat dari kayu, ada juga pilihan marble atau marmar.
Ungu dan putih memang cantik... |
 |
Marble berwarna hitam dan putih... |
 |
Marble berwarna hijau dan putih... |
Yang mana satu pilihan anda?
Sekianlah sahaja paparan visual untuk menjamu mata anda..hehe.. Insya Allah saya akan membuat lebih banyak product dan merender dengan lebih baik lagi dan semestinya akan dipaprkan untuk readers yang selalu berkunjung di sini..