Assalamulaikum , salam sejahtera dan hai untuk semua...
Sudah lama missbeyond tak buat posting kan.. asyik tag ajer.. hehe.. Seperti tajuk di atas.. missbeyond bukanlah pergi ke zoo atau membela badak sumbu sebagai binatang peliharaan tapi ia adalah sejenis perisian 3D untuk membuat dan membina model-model produk dan lain-lain.. untuk keterangan lanjut boleh ke http://www.rhino3d.com/
Software ini dah lama tapi baru kini missbeyond berkesempatan mempelajarinya. Maklum lepas kolej, kerja grafik pulak sesambil tu ada juga usha2 software 3D Max. Sebenarnya apa jua perisian 3D, lebih kurang saja functions dan U.I (user interface) nya.. jadi sesiapa yang ada basic 3D, explore sikit-sikit dah boleh buat. Bagi missbeyond.. software 3D ni tengok tahap power dia kat rendering dan juga tengok la software ni user friendly tak, kalau software canggih bagai tapi sebulan explore baru jumpa function yang kita nak.
Ini ialah hasil pembelajaran missbeyond.. malu wehh kalau otai 3D tengok...
![]() |
Ini red and green apple.. haha readers da tau la.. |
![]() |
ini baru belajar render dengan software Rhino |
![]() |
Ini ialah Armadillo Bread Bin.. ramai yang kata macam rupa tenggiling, siput, dan topi perang Roman |
![]() |
Haha macam awning tudung yang disusun la pulak.. Ini just letak colour belum rendering lagi. Saya just nak bezakan saiz -saiz serkup armadillo ni sebab nak resizekan setiap satunya.. |
![]() |
Haa inilah rupanya setelah siap proses rendering, (letak warna dan pencahayaan) Entahla nampak realistik ke tak... |
Tentang Armadillo Bread Bin ni sebenarnya dah ada di pasaran luar negara, tak pasti pulak siapa perekanya. Yang missbeyond buat tak samala kat tepinya.. lain sikit.. suasah nak modify dalam masa yang terhad dam software yang missbeyond miliki ni yang trial version saja, dah expired setelah 20 kali save tak silap.. Almaklum harganya 'mahal serupa bedil' orang Terengganu kata.. Haha.. Lagipun macamla missbeyond ada company sendiri yer nak beli software ori punya... pakai trial version pun jadi setakat nak belajar tapi leceh sikitla kalau dah expired..
![]() |
This is the real product of Armadillo Bread Bin |
Product Details
Name : Armadillo Bread Bin
Subject Matter: Armadillo
Designer: don't know
Material : brushed aluminium, wood and plastic
Style: sharp, sleek and stylish
Price: around $75.00. in 2010
Kat Malaysia ntahla berapa RM dan tak tahu ada ke tak produk ni tapi kat Malaysia ada ini:
![]() |
credit to sam-puansyurga.blogspot.com |