Showing posts with label my recipe. Show all posts
Showing posts with label my recipe. Show all posts

Thursday, 11 November 2010

0 Resepi Puding Caramel

Tiada entry baru berkenaan grafik dan tutorial di blog saya. Pc dan ps jauh di kampung halaman.. Tak dapat buat apa-apa design pun dan juga e-card untuk Hari Raya Aidil Adha akan datang.. Apapun untuk entri baru saya postkan resepi saja lah.. Puding Caramel yang mudah.. Resepi ni dapat dari kawan, credit to her.

Resepi Puding Caramel
---------------
Bahan-bahan :
3/4 cwn gula
3/4 cwn air
1 tin susu cair
4 biji telur
1 sudu makan kastad
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara :
1. Gorengkan gula untuk buat karamel di atas api perlahan.

2. Setelah gula keperangan dan cair kesemuanya, masukkan air. Kacau lagi hingga gula mencair. Setelah jadi air karamel, tutup api dan sejukkan.

3. Di dalam bekas, masukkan susu cair, pecahkan telur dan kacau rata dalam bekas berasingan kemudian campurkan dalam susu cair. Masukkan sedikit air karamel, kastad dan esen vanila. Kacau rata.

4. Masukkan dalam loyang dan kukus hingga masak.

5. Setelah masak, sejukkan dan terbalikkan loyang dan tuang air karamel di atas puding.

Nota :
- Mengikut resepi sebenar, air dan gula masing-masing adalah 1 cawan. Saya kurangkan jadi 3/4 cawan (kurang manis). Goreng gula tu goreng kering ye jangan letak minyak pulak.. Jangan berangan masa memasak.. Karang jadi macam budak tu pergi letak air terus dalam gula. Jadi la air gula, tak jadi karamel lagi. Hahaha.

2. Semasa mengukus, balutkan tudung periuk kukus dgn kain atau tutupkan dengan beberapa helai surat khabar untuk mengelak wap terjatuh ke dalam loyang. Gantikan surat khabar yang telah basah dengan yang baru.

3. Selamat menjamu selera... Maaf tak ada image puding caramel untuk tatapan semua. Boleh google saja. Saya posting melalui hp saja, payah nak insert.

Sekian dari saya wassalam.,

Happy designing (food) and happy bloggin..

Saturday, 18 September 2010

0 Resepi Puding Cocktail






Assalamualaikum.. Posting kali ini, kita bukan nak buat Puding Cocktail melalui Adobe Photoshop tapi betul-betul kat kitchen la.. Resepi ni dah lama dah, dapat dari seorang rakan lama.. Puan Aida namanya.. credit to her.. Untuk Aidil Fitri lepas pun saya cuba juga buat untuk hidangan.. tak lah banyak sangat, siapa datang beraya dia dapat.. (rezeki jiran sebelah..)





Puding Cocktail yang telah siap,
ditambah aiskrim vanilla dan buah cherry merah.
Cherry tu hiasan melalui Photoshop je tu.. hehe..




Puding Cocktail Tropika (betik, nanas, nata de coco dan cherry)
Cherry hijau sekadar pelakon tambahan..



Bahan- bahan Puding Cocktail :
1 paket kecil agar-agar serbuk (dalam  8 gram 1 paket, biasa saya guna SERBUK AGAR-AGAR NONA)
4 gelas air
3/4 -1 tin susu pekat manis (kemanisan ikut citarasa sendiri..boleh modify)
1 senduk susu sejat /cair
1 tin cocktail
3 biji telur
sedikit tepung kastad yang dibancuh dengan air
Pewarna

Cara-cara:

Masak agar-agar dengan 4 gelas air dalam periuk sederhana besar, di atas api sederhana. Campurkan air cocktail, 3/4 - 1 tin susu pekat dan 1 senduk susu sejat/cair. Kacau perlahan Pecahkan telur dalam bekas berasingan dan pukul. (jangan sampai nangis ye) Kemudian tuangkan dalam periuk tadi sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga habis telur tadi. Masukkan pewarna, bancuhan air kastad dan akhir sekali masukkan cocktail. Kacau dan biarkan seketika. Kemudian boleh padamkan api dan sedia dituang dalam acuan. Tunggu sejuk sedikit kemudian boleh simpan dalam peti ais.

Bahan-bahan Kuah Kastad

Lebihan susu sejat/cair (anggaran 3/4 tin)
Sedikit tepung kastad dibancuh bersama air
2-3 cawan air.


Cara-cara :

Masakkan susu sejat/cair di atas api perlahan. Masukkan air kastad dan masukkan 2-3 cawan air. Biasanya saya masukkan 2 cawan air sahaja tapi untuk yang baru-baru ini saya masukkan lebih banyak air supaya kuah kastad jadi lebih cair sedikit dan tidak terlalu pekat. Anda boleh ubah mengikut kesesuaian citarasa anda lah.. Setelah masak, tutup api dan sejukkan. Sedia dituang ke atas puding cocktail.

Hiasan:

Boleh dihias dengan cherry, peach slice atau aiskrim vanila.


P/S: Kemanisan puding ini bergantung pada banyak mana susu pekat yang anda guna dan tiap-tiap orang skala (skala ke?) manis baginya berbeza. Macam baru ni, saya guna 1 tin susu pekat pun ada orang kata tak manis lagi, dan sorang lagi kata dah manis. Anda boleh modify ikut citaras sendirilah ye.. Kalau nak buat bahagian puding tanpa kuah kastad pun ok sebab dah manis. Kalau pertama kali cuba x menjadi, sila cuba lagi dan modify mana yang patut sebab kadang bila saya masak pakai anggar jer, modify juga mana yang patut. Kalau boleh cocoktal yang anda guna tu biarlah yang ada buah peach, cherries, dll berbanding yang ada tropical fruit seperti betik, nanas dll sebab ianya rasa masam sedikit. (Saya guna yang ini dalam gambar tu.. busy bershopping raya tak sempat cari yang lain)Tapi bagi yang gemar, tak ada masalah.


Sekian dari saya..

Happy Desingning (food) and Happy Blogging..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms