Showing posts with label rhinoceros. Show all posts
Showing posts with label rhinoceros. Show all posts

Saturday, 18 June 2011

0 Office Chair model

Salam and hi..

Another model design from me. It's an ffice chair. Entahlah ergonomik dan estetik ke tak.. hahah.. I just refer to a picture which i google. Let's take a look of it.. Damn beautiful or damn ugly??? hahaaha


Empuk ke tak empuk ku tak tahulah.. hehehe

just render dengan render biasa dalam Rhino, V-Ray
tak dapat nak guna on expired version 

lima roda dah selamat.. insya Allah tak jatuh punya..
DURABLE AND SAFE!!!

Monday, 13 June 2011

0 Modem oh Modem

Salam to all..

Hari ni punya posting tentang modem saya. Modem yang saya guna ialah brand CSL. Bentuk modem ni empat segi dan nipis jer.. bolehlah dikatakan old school atau old fashion lah coz banyak modem yang ada dan terkini sekarang kan jenis macam pendrive. Tapi sehingga hari ini modem ini masih berfungsi dengan baik sekali, lagipun time internet kat pc ajer khidmatnya diperlukan. Ini lah rupa modem saya sebagai model... 3D. Jadi blog star ko ri ni ek..!! hehe

on the board

another perspective view

on the marble


Friday, 10 June 2011

0 Gubahanku :Transformer Robotic Tiger Model

Salam and hi to all...  This is special design from me. First ever robotic model i ever designed. I just refer to the Tranformer pen drive picture and started to build this model in Rhino. Quite tough and can make me crazy lol.. coz i just imagine how the other side of the original model according to a piece of picture! Saya tak pernah ada dan tak pernah lihat pen drive jenis ini secara live apalagi pernah ada permainan robot Transformer..

Minatlah jugak dengan cerita ini tapi bukanlah seperti guys  and kids yang ada collection. Dan saya telah modified sesedap rasa untuk menyermpurnakan model ini tapi ada saja part2 yang tak siap sepenuhnya kerana masa begitu mencemburui, beberapa jam telah digunakan untuk bina model ini. Tapi sayangnya saya tak dapat save kerana menggunakan perisian Rhino yang saya guna ini, evaluation version sahaja (cannot save after expired date).

Jom kita tengok bagaimana rupa model ini..

Inilah model robot tiger saya.. aummmmm!!!!! lol





Scene added for the model. Scene ni sy borrow dari Jason Simpson
Siapa dia entah saya pun tak kenal coz saya google jer hehe
tapi saya tak lupa letak nama dan bagi credit kat dia
Sekian dari saya,

Happy Designing and happy Blogging

Thursday, 9 June 2011

0 Modeling Design vs Packaging Design

Assalamulaikum dan salam sejahtera..

Posting baru ini masih lagi berkisar tentang rekabentuk model dari perisan Rhinoceros.. Oh apakah!! ku dah jatuh chenta dengan perisian ini.. ???? hahaha Semakin hari semakin biasa dengan perisian ini dan lebih selesa gunakan perisian ini dari 3D Max.

First let's see a model design of a bottle.. It can be a multipurpose bottle.

Modeling design description:
Model design: Washing Liquid bottle
Software : Rhinoceros


A yellow bottle with blue cap..

three various colours

Now we add the packaging design to the bottle. I am using Adobe Photoshop and get the pictures from Google. Sorry it just a simple packaging design.. :)


The perspective view
Ultra Max Washing Liquid.. can it compete with Dynamo, Breeze and etc??? lol


The front view

Anyone want to hire me to model a bottle and the packaging design??? :p

Saturday, 7 May 2011

0 CINCIN PERMATA ZAMRUD

Asslamulaikum.. dan hai..
Saya tak ada idea betul lah untuk posting  terbaru... tapi ada beberapa picture design yang baru dipelajari. Cincin permata hijau.. boleh jugakla panggil zamrud kan.. Model ini ditebusguna daripada model percuma yang dimuatturun. Saya guna bahagian permata sahaja dan untuk bahagian cincin saya design sendiri. Jom kita tengok bagaimana rupa kejadiannya???




Haa ini lah dia cincin tu.. bukan cincin hikmat yer...

lagi one of the view

top view.. asal berkilat and nampak rupa cincin udahlah yer.. hehe cincai punya design..ahakz

Monday, 2 May 2011

0 Rendering Meja Dalam Rhino

Pada hari Ahad, (semalam) saya sempat menyiapkan sebuah meja kecil  dalam perisian Rhino. Dari melakar 2D dan 3D hinggalah ke proses render. Sebelum tu rasa teruja sangat  sebab nak render dengan VRay, khabarnya lebih elok dan lebih realistik daripada basic render yang kat dalam Rhino sendiri. Kiranya VRay ni plug-in untuk Rhino lah kan. Setelah mendownload yang trial version untuk 30 hari, setelah install, fail pulak run kan software ini. Apapun material dalam VRay yang berformat '.vismat' boleh la jugak digunakan walaupun kurang sempurna selain yang berformat jpeg. Jom kita tengok apa yang terhasil...




Meja kecil  satu set lilin,  gelas dan pasu


visual yang lebih detail...  


Bahagian kaki meja yang lebih jelas.. Harap jelas akan efek kayu


Selain table top nya diperbuat dari kayu, ada juga pilihan marble atau marmar.
Ungu dan putih memang cantik...


Marble berwarna hitam dan putih...


Marble berwarna hijau dan putih...


Yang mana satu pilihan anda?


Sekianlah sahaja paparan visual untuk menjamu mata anda..hehe.. Insya Allah saya akan membuat lebih banyak product dan merender dengan lebih baik lagi dan semestinya akan dipaprkan untuk readers yang selalu berkunjung di sini..

Saturday, 30 April 2011

0 Rhinoceros



Assalamulaikum , salam sejahtera dan hai untuk semua...
Sudah lama missbeyond tak buat posting kan.. asyik tag ajer.. hehe.. Seperti tajuk di atas.. missbeyond bukanlah pergi ke zoo atau membela badak sumbu sebagai binatang peliharaan tapi ia adalah sejenis perisian 3D untuk membuat dan membina model-model produk dan lain-lain.. untuk keterangan lanjut boleh ke http://www.rhino3d.com/

Software ini dah lama tapi baru kini missbeyond berkesempatan mempelajarinya. Maklum lepas kolej, kerja grafik pulak sesambil tu ada juga usha2 software 3D Max. Sebenarnya apa jua perisian 3D, lebih kurang saja functions dan U.I (user interface) nya.. jadi sesiapa yang ada basic 3D, explore sikit-sikit dah boleh buat. Bagi missbeyond.. software 3D ni tengok tahap power dia kat rendering dan juga tengok la software ni user friendly tak, kalau software canggih bagai tapi sebulan explore baru jumpa function yang kita nak.

Ini ialah hasil pembelajaran missbeyond.. malu wehh kalau otai 3D tengok...


Ini red and green apple.. haha  readers da tau la..


ini baru belajar render dengan software Rhino


Ini ialah Armadillo Bread Bin.. ramai yang kata macam rupa tenggiling, siput, dan topi perang Roman



Haha macam  awning tudung  yang disusun la pulak..
Ini just letak colour belum rendering lagi.
Saya just nak bezakan saiz -saiz  serkup armadillo ni sebab
nak resizekan setiap satunya..



Haa inilah rupanya setelah siap proses rendering,  (letak warna dan pencahayaan)
Entahla nampak realistik ke tak...


Tentang Armadillo Bread Bin ni sebenarnya dah ada di pasaran luar negara, tak pasti pulak siapa perekanya. Yang missbeyond buat tak samala kat tepinya.. lain sikit.. suasah nak modify dalam masa yang terhad dam software yang missbeyond miliki ni yang trial version saja, dah expired setelah 20 kali save tak silap.. Almaklum harganya 'mahal serupa bedil' orang Terengganu kata.. Haha.. Lagipun macamla missbeyond ada company sendiri yer nak beli software ori punya... pakai trial version pun jadi setakat nak belajar tapi leceh sikitla kalau dah expired..

This is the real product of Armadillo Bread Bin
Product Details

Name :  Armadillo Bread Bin

Subject Matter: Armadillo 

Designer: don't know

Material : brushed aluminium, wood and plastic
Style: sharp, sleek and stylish
Price: around $75.00. in 2010 


Kat Malaysia ntahla berapa RM dan  tak tahu ada ke tak produk ni tapi kat Malaysia ada ini:




credit to sam-puansyurga.blogspot.com


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms