Saturday, 7 May 2011

0 CINCIN PERMATA ZAMRUD

Asslamulaikum.. dan hai..
Saya tak ada idea betul lah untuk posting  terbaru... tapi ada beberapa picture design yang baru dipelajari. Cincin permata hijau.. boleh jugakla panggil zamrud kan.. Model ini ditebusguna daripada model percuma yang dimuatturun. Saya guna bahagian permata sahaja dan untuk bahagian cincin saya design sendiri. Jom kita tengok bagaimana rupa kejadiannya???




Haa ini lah dia cincin tu.. bukan cincin hikmat yer...

lagi one of the view

top view.. asal berkilat and nampak rupa cincin udahlah yer.. hehe cincai punya design..ahakz

Monday, 2 May 2011

0 Rendering Meja Dalam Rhino

Pada hari Ahad, (semalam) saya sempat menyiapkan sebuah meja kecil  dalam perisian Rhino. Dari melakar 2D dan 3D hinggalah ke proses render. Sebelum tu rasa teruja sangat  sebab nak render dengan VRay, khabarnya lebih elok dan lebih realistik daripada basic render yang kat dalam Rhino sendiri. Kiranya VRay ni plug-in untuk Rhino lah kan. Setelah mendownload yang trial version untuk 30 hari, setelah install, fail pulak run kan software ini. Apapun material dalam VRay yang berformat '.vismat' boleh la jugak digunakan walaupun kurang sempurna selain yang berformat jpeg. Jom kita tengok apa yang terhasil...




Meja kecil  satu set lilin,  gelas dan pasu


visual yang lebih detail...  


Bahagian kaki meja yang lebih jelas.. Harap jelas akan efek kayu


Selain table top nya diperbuat dari kayu, ada juga pilihan marble atau marmar.
Ungu dan putih memang cantik...


Marble berwarna hitam dan putih...


Marble berwarna hijau dan putih...


Yang mana satu pilihan anda?


Sekianlah sahaja paparan visual untuk menjamu mata anda..hehe.. Insya Allah saya akan membuat lebih banyak product dan merender dengan lebih baik lagi dan semestinya akan dipaprkan untuk readers yang selalu berkunjung di sini..

Saturday, 30 April 2011

0 Rhinoceros



Assalamulaikum , salam sejahtera dan hai untuk semua...
Sudah lama missbeyond tak buat posting kan.. asyik tag ajer.. hehe.. Seperti tajuk di atas.. missbeyond bukanlah pergi ke zoo atau membela badak sumbu sebagai binatang peliharaan tapi ia adalah sejenis perisian 3D untuk membuat dan membina model-model produk dan lain-lain.. untuk keterangan lanjut boleh ke http://www.rhino3d.com/

Software ini dah lama tapi baru kini missbeyond berkesempatan mempelajarinya. Maklum lepas kolej, kerja grafik pulak sesambil tu ada juga usha2 software 3D Max. Sebenarnya apa jua perisian 3D, lebih kurang saja functions dan U.I (user interface) nya.. jadi sesiapa yang ada basic 3D, explore sikit-sikit dah boleh buat. Bagi missbeyond.. software 3D ni tengok tahap power dia kat rendering dan juga tengok la software ni user friendly tak, kalau software canggih bagai tapi sebulan explore baru jumpa function yang kita nak.

Ini ialah hasil pembelajaran missbeyond.. malu wehh kalau otai 3D tengok...


Ini red and green apple.. haha  readers da tau la..


ini baru belajar render dengan software Rhino


Ini ialah Armadillo Bread Bin.. ramai yang kata macam rupa tenggiling, siput, dan topi perang Roman



Haha macam  awning tudung  yang disusun la pulak..
Ini just letak colour belum rendering lagi.
Saya just nak bezakan saiz -saiz  serkup armadillo ni sebab
nak resizekan setiap satunya..



Haa inilah rupanya setelah siap proses rendering,  (letak warna dan pencahayaan)
Entahla nampak realistik ke tak...


Tentang Armadillo Bread Bin ni sebenarnya dah ada di pasaran luar negara, tak pasti pulak siapa perekanya. Yang missbeyond buat tak samala kat tepinya.. lain sikit.. suasah nak modify dalam masa yang terhad dam software yang missbeyond miliki ni yang trial version saja, dah expired setelah 20 kali save tak silap.. Almaklum harganya 'mahal serupa bedil' orang Terengganu kata.. Haha.. Lagipun macamla missbeyond ada company sendiri yer nak beli software ori punya... pakai trial version pun jadi setakat nak belajar tapi leceh sikitla kalau dah expired..

This is the real product of Armadillo Bread Bin
Product Details

Name :  Armadillo Bread Bin

Subject Matter: Armadillo 

Designer: don't know

Material : brushed aluminium, wood and plastic
Style: sharp, sleek and stylish
Price: around $75.00. in 2010 


Kat Malaysia ntahla berapa RM dan  tak tahu ada ke tak produk ni tapi kat Malaysia ada ini:




credit to sam-puansyurga.blogspot.com


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms