Saturday 2 January 2010

Home » , » Creative Craft : Tudung saji berhias

0 Creative Craft : Tudung saji berhias




Kegunaan: Boleh buat hiasan ataupun tudung makanan. Tapi kalau setakat nak tudung maggi tu tak yah lah.. Kat luar bukan main cantik, bukak tengok maggi ajer?sengihnampakgigi Ish.. ish..
P/s: saya nak tudung tempoyak sepiring..peace


Assalamulaikum dan :hi:.. Lamanya tak update blog ni.. dah bersawang agaknya.. entah-entah spider pun malas nak nengok benda yang sama.. hehe.. Sebenarnya sudah lama nak upload picture ni, tapi picture tak ready lagi.. So, hari ni saya decide upload jer la dan edit sikit-sikit.

Gambar kat atas tu hasil kerja kraft masa lapang, sebelum tu belajar buat dengan kawan. Kalau tahap dia dah buat tudung saji yang besar, saya baru nak buat, yang kecil kira dah lulus dah.. Bendanya senang jer cuma nak kena rajin la buat. Lain patern jaring-jaring dia, lain pulak cara nak masukkan riben. Selain riben plastik, riben kain pun boleh guna.

Saya buat bukan untuk dijual cuma buat hiasan atas meja, tak pun bagi kat kawan sebagai cenderahati. Barulah puas hati sebab kita buat sendiri kan. Untuk masa sekarang saya tengah siapkan satu tudung saji yang kecil dan satu yang besar. Kalau tak bagi orang mungkin saya simpan sendiri. Tapi buat apa banyak-banyak sangat simpan, membazir pulak...


Sekian dari saya, wassalam.
Happy designing and happy blogging...:wave:

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms