Monday 30 August 2010

0 LO Digital Scrapbook Anak Buahku

Assalamulaikum.. salam Ramadhan al- Mubarak.. Untuk anak buah saya yang baru, saya telah mengedit gambarnya dan buatkan Digital Scrapbook untuknya.. Baby ni adalah anak buah saya yang ke 11, lahir pada 28.08.2010 baru-baru ini.. Anak buah perempuan yang ke 4 dan selain tu 7 lagi adalah lelaki. Kat bawah ni LO Digital Scrapbook baby tu yang sempat saya buat. Oh ya.. baby ini masih belum diberi nama lagi..



Diabadikan dalam fake magazine cover...
(made in beyondmindeyesstudio)



Bar code tarikh lahir baby ni...



Tido ajer yer.. pergi kedai abah cepat..
orang nak beli topup tu..




Baby tengah tengok tangan dia.. kenapa
ada kain kat tangan ni.?



Elephant, Rhino, Giraffe and Monkey want to play with you



Baby ceria.. "Daddy Is My Hero"- Her first shirt



Atas kiri : Kakak ipar (Haniza)
Bawah kiri : kakak ipar pd kak haniza
Kanan : baby lah.. nak kuar wad dah ni...



SEMALAMAN DI HSNZ.. Pada 27.08.2010, lebih kurang dekat pukul 12 malam, terima panggilan telefon dari abang no.2 minta temankan kakak ipar nak bersalin.. Laa nak bersalin dah ke.. tak nak tunggu esok pagi? Maka sepantas kilat saya bersiap-siap dan kemas barang, for sure malam tu tidur hospital. Mula la kalut mengemas, yang penting broadband tu huhu.. sempat lagi tu.. Mujurlah jalan tak jam, cuma lampu merah di traffic light yang melambatkan. Tapi kakak ipar cuma sakit je bukan "dan-dan" nak bersalin.. Kalau tak, bersalin dalam kereta? Siapa bidannya? Saya? Wooh.. ngeri-ngeri...

Sesampai di HSNZ Kuala Terengganu.. dah la salah jalan, ingat nak ke kecemasan ke.. So pergi semula ke pintu utama.. Ishhh kalut punya pasal.. Setelah daftar dan kakak diperiksa, saya pun tunggu kat luar.. Sambil menunggu sempat lagi main Ym, x der laptop cuma hp saya jer.. Terkejut kawan saya bila saya cakap ada kat hospital, tanya siapa sakit.. Setelah diberitahu kakak ipar nak bersalin, saya pulak yang kena sound, "dah awak bila nak bersalin..?" wakaka.. kita pulak.. kurang asam punya awak.. nakal ekk...

Setelah diperiksa beliau dimasukkan ke wad menunggu bersalin... Lama jugak ni.. Saya steady jer duduk menunggu kat kerusi di luar bilik pemeriksaan.. Alamak.. battery hp abis la.. Kat depan tu ada plug.. saya dah siap jeling-jeling plug tu, nak gi charge tak berani.. Lama jugak tunggu.. tak bersalin lagi.. Saya ni macamana.. tak tidur ni.. Mana boleh dan mana selesa tidur atas kerusi macam tu.. tempat public pulak tu.. orang lalu lalang.. bercampur lelaki perempuan.. Ada makcik-makcik siap bawak tikar tidur kat atas lantai... saya tak lah.. malu arr macam tu. anak dara mana leh wat macam tu.. hilang kesopanan dan keayuan.. hoho..

Tak lama abang saya datang lagi... Saya tanya nak charge hp, dia kata boleh kot.. So dengan berani saya pergi charge. Lebih kurang 15 minit.. nurse-nurse keluar dengan patient... "Adik.. tak boleh charge ye...." "Ye...ye..kejap...." haha.. kan dah kena sound.. Nasib baik tak ramai orang.. Tapi saya rasa orang lain pun faham, kalau dalam keadaan kecemasan macam tu, bateri hp habis, mesti susah nak buat panggilan..kan.. hehe.. Tapi tak apa, dapatla charge sekejap...

Saya bersahur dekat dekat pukul lima pagi dengan nasi goreng dan teh o panas yang abang beli. tak apalah tak selesa sikit pun.. janji besok dapat berpuasa. Lebih kurang pukul 6 kakak dihantar ke dewan bersalin.. Saya pulak yang berdebar-debar. Tapi alahai tak bersalin jugak.. Jam 7,8 dah 2 kali gi bertanya nurse kat kaunter dewan bersalin.. Menuggu dalam keboringan.. borak jugak dengan makcik yang menunggu menantu dia bersalin, tiba-tiba dia hadiahkan saya sesuatu, benda ni biasa jer tapi memang penting diwaktu memerlukan.. hehe dan juga sepotong doa.. Minta maaf tak boleh nak beritahu apa benda itu hehe.. :)

Akhirnya kakak ipar dibawa keluar jugak setelah selamat bersalin pada jam 7 pagi.. Eeii nurse ni, kita tanya 2 kali tapi diberitahu belum bersalin. . tentulah sekeluarga risau. Alhamdulillah dapat bayi perempuan seperti saya nak, tapi memang doctor scan perempuan. Beratnya 3 kg lebih. Tak ada masalah apa cuma lemas sekejap setelah lahir, tapi alhamdulillah baby ni ok.

Setelah masuk ke wad post natal.. dapat la saya tengok puas-puas. Apa yang lucu bila je dia dengar baby lain nangis.. dia pun nangis sama.. Lagi kuat suaranya.. Amboi buka loudspeaker tu...Tak dapat nak snap gambar dia, kehabisan bateri hp. Dalam pukul 12 saya pergi ke Surau HSNZ, nak berehat.. Dah la surau ni depan pantai.. badan dah letih, kena plak angin pantai.. fuhh mengantuk.. dapatlah rehat dan qadha tidur semlam.. hehe...Dapat charge hp lama-lama. Lebih kurang pukul 5 petang saya naik balik ke wad.. Dapatlah saya snap gambar dia banyak-banyak dan ambil video.. Setelah uruskan pendaftaran keluar dengan kakak ipar kakak, dapatlah si ibu dan bayi keluar.. Abang hantar saya balik dulu kemudian baru balik rumah kakak ipar, anak buah saya yang tunggu kat rumah saya tu bukan main excited lagi bila tengok ibu bapa mereka pulang bersama adik yang baru..


Friday 27 August 2010

0 Belajar Membuat Vector Pelita Menggunakan Adobe Illustrator

DIPERBHARUI: PENAMBAHAN LANGKAH BERGAMBAR UNTUK TUTORIAL PELITA

(Maaf, penambahan tutorial agak lewat tapi masih belum terlambat lagi untuk mendesign kad raya untuk kawan, raya kan sebulan.. layangkan sesuatu daripada hasil tangan anda sendiri, pasti lebih bermakna...updated 9 sept 2010)


Assalamualaikum.. Masih lagi dalam mood Ramadhan dan nanti akan menyambut raya pula. So saya telah belajar membuat vector pelita. Tujuan sebenar nak letakkan sebagai widget. So saya telah meng"google' image pelita. Malasnya nak trace buat vector, so saya vectorkan secara automatik di internet... Uuuuihh hasilnya macam tak bestlah. So terpaksalah trace balik dalam Illustrator. Tutorial ni bagi siapa yang dah tahu asas illustrator, yang boleh guna pen tool, colour, gradient colour dan change colour. Satu lagi, effects outer glow dan revolve. Yang tak tahu guna outer glow dan revolve ada cara diberi di bawah. Harap boleh faham.


(atas kiri : gambar pelita yang ditrace.
atas kanan : gambar asal pelita
bawah kiri : pelita 3d
bawah kanan : pelita 3d berbagai warna dan
garis merah adalah lukisan badan pelita sebelum ditransform ke 3d.


Imej sebenar

Imej yang telah di "online vector"

MEMBUAT VECTOR PELITA

Open image pelita dalam Adobe Illustrator. Klik dekat "pen tool" kemudian trace dekat objek. Kalau dekat api, sekeliling api tu lah kena trace. Warna kat api, buatkan "gradient" colour kena trace, gunakan warna gradient oren ke kuning. Kemudian pergi ke "Effect"-->"Stylize"--> "Outerglow" Pilih mode "normal",warna kuning, "Opacity" pilih berapa yang anda nak. Jangan lupa tick dekat "Preview". Setelah puas hati terhadap hasil kerja anda, tekan "OK"

Untuk badan pelita gunakan "pen tool" untuk trace. Saya gunakan warna kelabu gelap, bukan "kelabu asap" ye.. Part atas badan pelita ni saya trace jugak dengan gradient colour hitam dan putih. So nampak ada cerah gelap kat situ.

Untuk panjut pelita, saya tracekan jugak, warna buluh tu seakan kuning cair. Bahagian anyaman warna gradient orange gelap-orange cerah. Susun aje jalur-jalur anyaman ni dengan seret objek tu.. tak payah susah-susah macam saya nak anyam tudung saji..hehe.(Kalau saya select layer tudung saji tu kan best lepas tu duplicate banyak-banyak. Muahahaha.. senang lepas tu jual je.. amboi berangan...)

MEMBUAT PELITA 3D

Jom kita design pelita 3D, ikut langkah bergambar di bawah ini.

Tapi hasil vector ni tak der lah best sangat, so saya punya idea nak buat pelita ala 3d. So apa yang diperlukan lukiskan separuh badan pelita dalam bentuk 2d dulu. Pastikan wall anda ada grid ehe eh bukan wall kat Fb tau.. Pergi ke "View"--->"Show Grid". Pada yang dah terer tangan cam pembaris tu.. tak payah guna grid.. Badan pelita sekali dengan bahagian besi yang sumbu dia tu. Sila rujuk gambar kat bawah. Line merah tu lah separuh badan pelita.


STEP 1 : Sebagai contoh tutorial, saya mahu membuat pelita berwarna pink -merah. Klik 2 kali pada stroke, pilih warna. Klik pada pen tool. Mulakan membuat separuh badan pelita secara 2D. Rujuk gambar di atas. Pastikan line dan lengkung smooth, yang tajam-tajam tak nak ye. Yang ada tajam-tajam tu sila select all-delete dan buat baru.



STEP 2 : Pergi ke Effect --->3D--->Revolve. Pastikan ia 360 darjah dan tick kat preview. Hasil kerja anda kan terpapar. Klik ok. Boleh save seketika sebagai langkah keselamatan.





(saiz boleh di adjust macam biasa)


STEP 3 : Langkah seterusnya ialah menambah api pada pelita. Tracekan saja dari imej original. Buka imej pelita (original) di Adobe Illustrator dan copy pada fail pelita 3D tadi. Klik pada pen tool dan stroke, pilih warna oren atau apa-apa saja (sebab nanti stroke ini akan dibuang kerana yang kita mahu hasil gradient sahaja). Kemudian trace sekeliling bentuk api. Klik 2 kali pada gradient tool. Kemudian pilh warna oren dan kuning. Boleh adjust gradient ini. klik ok. Buangkan stroke api ini. Pindahkan api yang telah siap ini ke pelita 3D.




STEP 4 : Langkah seterusnya ialah memberikan efek bercahaya pada api. Select api tersebut, pergi ke Effects ---> Stylize---> Outer Glow. Pilih warna kuning dan adjustkan opacity cahaya tersebut. Klik ok. So dah siap sebuah pelita 3D. Boleh tambah background hitam pada pelita untuk menampakkan pelita yang bercahaya tersebut.



STEP 5 : Kalau nak buat warna pelita yang lain, cuma copy pelita tadi dan ubahkan saja warna stroke. Setelah siap, boleh groupkan pelita dengan api tersebut. Setelah siap dan berpuas hati savekan kerja anda. Mahu edit dalam Adobe Photoshop pun boleh, misalnya untuk tambahkan asap. Guna brush "smoke" yang telah di download. Ikut kreativiti sendiri.




Inilah hasil pelita 3D yang berwarna- warni,
murah je ni, tak mahal satu-RM10) jee.. hehe



Maaflah kalau hasil pelita ni tak cantik mana... Bagi saya ini yang tercantik saya buatla.. Kalau otai Illustrator tengok, malu ni.. hehe.. Apapun "ketereran" dan kepandaian itu adalah dari Allah S.W.T juga.. Pujian semua pulang kat Dia juga..

Pelita di sini hanya untuk illustrasi saja, janganlah kita berlumba-lumba memasang pelita untuk malam tujuh likur kononnya.. Kalau sekadar untuk keceriaan Ramadhan tak apa, tapi jangan ada kepercayaan atau niat lain.. Boleh refer artikel Mencari Lailatulqadar yang belum ditemui. Wallahu a'lam..

Ok sekian tutorial dari saya .. Wassalam..

Happy Designing and Happy Blogging..

Wednesday 25 August 2010

2 Merdeka 53 and Floating Button Badge

Sibuk-sibuk berpuasa dan excited nak raya macam lupa-lupa je kat Hari Kemerdekaan negara kita. Hehe.. Haip!! tak baik tu.. Saya stay rumah jadi tak adalah program-program kemerdekaan macam pejabat-pejabat ke. . Tapi tak mengapa, kat dalam blog-blog banyak promo tentang hari merdeka ni.. Yang ke 53 iye? Temanya "1 Malaysia Menjana Transformasi". Sedap jugak slogan ni.. siapakah yang merekanya? huhu..

Sambil blogwalking... ada terjumpa benda-benda baru saya nak kongsi dengan anda semua.. Dekat blog Cik Army4War- Flavour Of Life, saya terbaca di posting terbaru beliau akan kempen 1 blog 1 bendera dan akhirnya saya pun nak buat something patriotik kat blog saya ni. Saya dah letak widget bendera negara dalam bentuk button badge yang float kat blog. Dah cari widget yang macam tu tapi tak ada. So kena create sendiri, banyak nye kerja :
  • Search yahoo mengenai widget bendera malaysia yang ku chentai
  • Tak jumpa (malas nak search lama2)., jumpa bendera Malaysia kat laman Kumprinx.com yang telah diizin oleh empunya untuk download gambar bendera ni.
  • Buka Ps, buka fail button badge, edit la bendera Malaysia ni. Mula-mula save dalam jpeg aduss ada pulak background putih kat tepi.. yang background putih-putih ni tak mau yer... Lepas tu saya search kat yahoo macamana nak save image tanpa background.. ada kat somewhere punya link.. dia cakap.. (owh boleh cakap erk?) save dalam format gif sebab ia sokong transparent. Ok allright... then setelah saya save balik dan hosting balik image berkenaan, maka letak la image itu di blog saya.. tadaa dah jadi...

Tipuuu ar dia ni..cara nak buat floating image belum cerita lagi kat pembaca kan.. hehe...

Ok.. Let's transform the image into floating image on blog. Rasanya ramai yang dah tahu tapi yang belum tahu boleh ambil tauhu tahu.

Anda perlukan image apa-apa ajer.. host kan ia. Perhatian, kalau nak ambil button badge bendera kat blog saya pun boleh.. Saya izinkan. Image ni bersaiz 150px x150 px dalam format gif.



Pada gambar ini. klik kanan, save image as, dan save. Pastikan dalam bentuk gif. Lepas tu host kan kat mana-mana hosting. Dapatkan code html image tersebut.

Ok, sudah ada image, sudah ada kod html, jom kita mula..

Untuk langkah-langkahnya, pergi ke laman ini..
Membuat image atau widget terapung (floating) pada blog dengan mudah
kurang asam jawa betul, kata nak ajar tapi dia suruh pergi web lain.. hehe..sabarr.. sebabnya saya dah cuba buat tutorial dengan terperinci dengan memasukkan contoh-contoh kod tu tapi banyak kesukaran sebab dia floating sama!!So saya bagi link sajalah.

Untuk blog saya saya ambil code "Bahagian bawah penjuru kanan", kemudian saya gantikan url seperti yang diarahkan dengan url blog saya dan saya gantikan dgn kod html image yang telah saya hostkan.

Oh ya....siapa nak Wallpaper Edisi Istimewa dapatkan di blog Designer En. Mohzam di jomconteng.blogspot Semua boleh naik bendera ops.. boleh naik ibu jari maksudnya.. nice lah.. hehe..

Sekian dari saya, wassalam...

Happy Designing and Happy Blogging... Emoticon

Sunday 22 August 2010

3 Tudung Saji Comelku


Tatkala orang lain sibuk menguli tepung nak buat kuih raya nak jual, jemari ku pula sibuk menganyam ketupat riben-riben untuk menghiasi tudung saji comel ku.. Yer lah first order dari Puan X (identiti dirahsiakan... sebab saya pun tak tahu siapa, kak ipar yang deal..hehe..) mahukan sepasang tudung saji berhias yang bertema hitam-putih dan bercorak abstract. Akan cuba jin Aladin Emoticon tunaikan.. tapi yang "kejadiannya" adalah seperti gambar di bawah.

Saya buatkan untuk Puan X yang bertema hitam-putih mnggunakan riben kain, aduss riben tu kecil saiznya jadi more works to do.. Riben plastik berwarna hitam saya tak jumpa cari.. huhu...rasanya memang tak ada jual. Lace organza putih pulak sudah habis stok, jadi saya beli lace warna gold jer la.. Yang abstract susah sikit nak buat, saya belum belajar lagi, puas di fikir.. Tak apalah, kata Puan X kat kak ipar saya dia terimalah macamana pun saya buat.. Ni sayang Puan X ni.. hehe... Saya tau Puan X nak pakai raya, so saya buat cepat-cepat untuk dia..

Tentang harga opss tak boleh nak jual murah sangat.. Setelah ditolak cost, abang saya cadangkan jual RM22 bagi seunit tudung saji berhias termasuk sepinggan nasi Eh puasa kan... hehe.. yang menggunakan riben kain, saiz kecil. Untuk riben plastik pulak lebih murah lagi..mungkin sekitar RM 18.. Sekarang abang saya pula yang nak tolong jual kat tempat kerjanya. Mungkin pula lepas ni saya promo kat lain pula.. Maklum baru mula bisnes, nak mula rasa payah jer, tapi bila dah start ada order, ok lah.. untuk pasaran offline sahaja buat masa sekarang.


Diperincikan dengan organza lace warna gold..
Eh eh ada butterfly.. mana datang ni..



yang ini belum ada sesiapa beli..
Biru, putih dan hitam temanya...


Alangkah cantiknya jika tudung saji comel ni mennghiasi meja makan
dan menutupi juadah istimewa anda di Aidil Fitri..
pasti lagi sedap juadah tu. hehe



Sekian dari saya...wassalam

Happy Designing and Happy Blogging... Emoticon

Monday 16 August 2010

0 Ahlan Ya Ramadhan 1431

Assalamulaikum w.b.t.. Salam Ramadhan al-Mubarak.....

Seperti yang tertera di blog saya sebelum ini, gambar-gambar ini telah ada di bahagian atas post dan di sidebar kanan. Apapun saya buat juga posting mengenainya.

E-card kali ini lebih simple berlatar biru dengan corak islamik yang ringkas. Khat Ramadhan Kareem dan Islamic Pattern saya perolehi di Vectorise. Boleh download percuma di sana dan jangan lupa link or credit back to them. Khat Ramadhan Kareem ni saya buat ada "noise".... ia bukan bermaksud bising (gambar tak boleh membuat efek bising ya.. ) tapi corak.. err yang dot2 kecil-kecil dalam khat tu.. aiyoo nak reti nak terang la..hahaha "Noise" diperlukan untuk membuat animated image. E-card ini telah saya saved dalam format gif dan juga jpeg dan membiarkan noise tu macam tu ajer.. Syyy.. diam-diam, dont make noise... :)




Banner Ramadhan pula saya pilih latar coklat dengan gambar masjid Terapung. Saya tambahkan Islamic Ornament dan guna brush half tone untuk dapatkan tona seperti di atas. Lebih mudah guna brush saja. Brush boleh di download dari http://www.brusheezy.com/

Terima kasih ya En. Mohzam dari jomconteng.blogspot yang syorkan saya ke Vectorise untuk dapatkan khat Ramadhan dan juga ke Sifoo.com. Lamanya tak ke Sifoo, sampai kena daftar lain. Terkejut melihat perubahan Sifoo. Rasa masuk ke alam lain pulak, hehe.. jangan alam bunian sudah.. Anda boleh dapatkan ole-ole kat sana, bukan kuih tapi freebies yang boleh anda download. Terima kasih juga Sifoo Imran sediakan ole-ole untuk kami.

Anda boleh juga dapatkan Wallpaper Ramadhan kat jomconteng. Semua cantik-cantik.. Example macam pic kat bawah ni.. LCD saya dah bergaya dengan salah satu wallpaper tu.. jom... tukar kertas dinding baru... :)









Sunday 15 August 2010

0 Petikan Harian Metro : Harum nama negara

Tarikh : 08/08/2010
Klik link ke artikel di Harian Metro


SASARAN tiga sekawan ini ialah menebus kekalahan tahun lalu. Disebabkan itu juga mereka bekerja keras sejak awal tahun ini bagi memastikan dapat menggenggam kejayaan dalam pertandingan pereka muda, Asian Young Inventions of Energy Exhibition (AYEE) 2010 Taiwan di Taiwan, baru-baru ini.
pix_middle

Mereka yang belajar di Sekolah Menengah Teknik (SMT) Tunku Abdul Rahman Putra, Pulau Pinang berjaya melalui ciptaan 'Nail Plunger' iaitu sejenis alat mencabut paku.

Mohammed Jeffri atau lebih mesra dipanggil Jeffri berkata, pada mulanya wujud sedikit kegusaran dengan ciptaan mereka kerana kurang pengetahuan.


"Kami bermula dengan idea mencipta sejenis alat mencabut paku apabila penggunaan tukul kuku kambing memerlukan kekuatan tinggi. Idea awal untuk membina alat mencabut paku ini menggunakan model asas 'staple gun', namun pengiraan daya diperlukan tidak mencukupi untuk mencabut paku.

"Pengolahan idea bersama rakan menemui jalan buntu sehingga guru pembimbing kami, Md Nasser Samsudin membantu," katanya.

Hasil kerjasama itu mereka membuat beberapa lakaran baru menggunakan perisian AutoCad yang menunjukkan pembinaan sebenar model yang bakal dibina menggunakan teknologi tiga dimensi (3D).
Mohammad Ariff Syafiq atau Syafiq berkata, beberapa cubaan awal mereka gagal namun dengan usaha berterusan selain bantuan guru, mereka mendapati penggunaan pistol gam (glue gun) boleh mendapatkan daya diperlukan untuk mencabut paku.

"Dengan menggunakan pistol gam, pencabut paku boleh menarik paku dengan hanya menggunakan kekuatan minimum. Selepas itu Jeffri mula melukis pelan baru untuk pembuatan alat ini, seterusnya dibina dengan bantuan guru kami," katanya.

Syafiq yang bertindak sebagai pengurus pembinaan menyediakan semua barangan diperlukan selain memberi sokongan kepada rakan pasukan.

Mohammad Ridwan dengan bantuan guru pembimbing lebih banyak membantu ketua pasukan, Jeffri untuk membina 'Nail Plunger'.

Katanya, permulaan untuk membina alat mencabut paku itu mencabar kerana model 3D yang dicipta rumit.

"Walaupun hasilnya nampak senang, pembinaan awal adalah susah memandangkan kami hanya berbekalkan reka bentuk model 3D," katanya.

Menurutnya, pada permulaan mereka menggunakan penutup suis lama yang diperbuat daripada besi sebagai kotak untuk menarik paku.

Selepas beberapa cubaan, mereka mendapati kotak perlu lebih tinggi untuk menarik paku lebih panjang yang digunakan untuk bangunan industri.

"Akhirnya kami menggunakan kiub besi yang dipotong mengikut saiz sesuai dengan panjang paku di dalam negara," katanya.

Menurutnya, tukul kuku kambing dibina dengan material besi keras bagi memastikan ketahanannya ketika menarik paku.

"Kombinasi pistol gam, kuku kambing dan besi kiub yang mudah akhirnya membawa kami ke peringkat kebangsaan, seterusnya ke Taiwan," katanya.

Nail Plunger adalah alat pencabut paku yang dihasilkan guru dan tiga pelajar berkenaan berjaya mengharumkan nama negara apabila pasukan reka cipta mereka itu muncul pemenang utama anugerah pingat emas Pereka Muda Asia pada AYEE 2010 di Southern Taiwan University di Tainan, Taiwan pada 10 hingga 11 Julai lalu.

Hasil kemenangan itu Jeffri, Syafiq, Ridwan dan guru pembimbing mereka Md Nasser diiktiraf oleh Taiwan serta dianugerahkan pemenang gelaran Anugerah Khas Taiwan kategori antarabangsa.

Penyertaan mereka di Taiwan bermula selepas meraih kemenangan pada peringkat Kejohanan Antara Teknik Pulau Pinang pada 29 April lalu di Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Batu Lanchang, Pulau Pinang.

Mereka kemudian muncul pemenang anugerah pingat Perak Pereka Muda Asia di Asian Young Inventions Exhibition (AYIE) 2010, International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2010) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 15 hingga 16 Mei.

Rentetan kejayaan itu, SMT Tunku Abdul Rahman Putra dijemput oleh kerajaan Taiwan untuk bertanding di Taiwan.

Kejayaan cemerlang itu diperoleh berdasarkan kreativiti pelajar menggunakan apa dipelajari di sekolah dan memanupulasi keupayaan alatan dalam menghasilkan 'Nail Plunger' yang mempunyai kekuatan setanding dengan alatan sedia ada di pasaran.

Projek itu dihasil menggunakan bahan daripada logam seperti keluli lembut kerana ia lebih ringan, kuat dan mampu menahan tekanan serta lebih mesra pengguna, selamat berbanding dengan alatan sedia ada.

Ciptaan pelajar berkenaan juga menjadi lebih istimewa apabila paku ditarik keluar itu boleh diguna semula kerana tidak bengkok atau patah. Ia juga boleh digunakan pada pelbagai sudut yang sukar dicapai oleh alatan penarik paku sedia ada serta mempunyai fungsi mengapit.


>PROFIL
NAMA: Mohammed Jeffri Jamaluddin
UMUR: 17 tahun
LAHIR: Pulau Pinang
PENDIDIKAN: Tingkatan lima di Sekolah Menengah Teknik (SMT) Tunku Abdul Rahman Putra, Pulau Pinang
HOBI: Melukis lukisan teknikal dan seni
CITA-CITA: Jurutera jentera berat
PENCAPAIAN: Pingat Perak Pereka Muda Asia di Asian Young Invention Exhibition (AYIE) 2010; Pingat Perak di International Invention, Innovation dan Technology Exhibition (ITEX '10), Pingat Emas di Asian Young Inventions of Energy Exhibition (AYEE) 2010 Taiwan dan Anugerah Khas Taiwan di Asian Young Inventions of Energy Exhibition (AYEE) 2010 Taiwan

>PROFIL
NAMA: Mohammad Ariff Syafiq Idrus
UMUR: 17 tahun
LAHIR: Negeri Sembilan
PENDIDIKAN: Tingkatan lima di Sekolah Menengah Teknik (SMT) Tunku Abdul Rahman Putra, Pulau Pinang
HOBI: Bersukan, bermain hoki dan bola sepak
CITA-CITA: Arkitek
PENCAPAIAN: Pingat Perak Pereka Muda Asia di Asian Young Invention Exhibition (AYIE) 2010; Pingat Perak di International Invention, Innovation dan Technology Exhibition (ITEX '10), Pingat Emas di Asian Young Inventions of Energy Exhibition (AYEE) 2010 Taiwan dan Anugerah Khas Taiwan di Asian Young Inventions of Energy Exhibition (AYEE) 2010 Taiwan

>PROFIL
NAMA: Mohammad Ridwan Zulamran
UMUR: 17 tahun
LAHIR: Pulau Pinang
PENDIDIKAN: Tingkatan lima di Sekolah Menengah Teknik (SMT) Tunku Abdul Rahman Putra, Pulau Pinang
HOBI: Melukis, membaca dan bersukan
CITA-CITA: Jurutera
PENCAPAIAN: Pingat Perak Pereka Muda Asia di Asian Young Invention Exhibition (AYIE) 2010; Pingat Perak di International Invention, Innovation dan Technology Exhibition (ITEX '10), Pingat Emas di Asian Young Inventions of Energy Exhibition (AYEE) 2010 Taiwan dan Anugerah Khas Taiwan di Asian Young Inventions of Energy Exhibition (AYEE) 2010 Taiwan

Saturday 14 August 2010

0 Petikan Harian Metro : Cari Pereka Berinovasi


Tarikh : 14/08/2010

Pautan: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Cariperekaberinovasi/Article


PETALING JAYA: Dalam usaha mencari pereka cipta inovasi terbaik dari peringkat akar umbi di kalangan rakyat Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Sirim Berhad (Sirim) dan Proton Holdings Berhad (Proton) bekerjasama mengadakan program realiti televisyen terbaru berasaskan pertandingan reka cipta.

Program yang dinamakan Idea: Malaysian Inventors Challenge yang bakal disiarkan menerusi saluran TV3 juga dihasilkan bagi menjana minat rakyat terutama generasi muda untuk melahirkan masyarakat kreativiti dan berinovasi.


Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof, berkata pertandingan itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia secara individu atau berkumpulan yang bukan profesional namun mempunyai inovasi yang mampu dikomersilkan di peringkat tempatan mahupun pasaran antarabangsa.


“Kesemua mereka yang ingin menyertai program ini perlu melalui proses saringan dan sesiapa yang tersenarai dalam 24 peserta terakhir akan diberikan dana sebanyak RM2,000 supaya idea mereka dapat dipersembahkan sebagai satu prototaip kepada panel.


“Manakala pemenang utama daripada empat peserta akhir akan membawa pulang hadiah RM30,000. Bagaimanapun, 24 yang berjaya memasuki program ini juga akan dibantu untuk mengembangkan idea dan dibiayai supaya hasil cipta mereka didaftarkan sebagai harta intelek,” katanya pada sidang media selepas melancarkan program berkenaan, di sini, semalam.


Hadir sama, Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaafar; Pengerusi Proton, Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh; Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir; Pengarah Urusan Media Prima Berhad, Datuk Amrin Awaludin; Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan dan Presiden dan Ketua Eksekutif Sirim Berhad, Yahaya Ahmad.


Fadillah berkata, 24 peserta berkenaan juga boleh memohon geran kepada Mosti sekiranya berpotensi dan hasil reka cipta akan dinilai mengikut kriteria yang ditetapkan, jika berjaya mereka diberikan sokongan dana dan dibantu melalui jaringan perniagaan.


Program tajaan Proton yang mengandungi 10 episod itu akan disiarkan di TV3 pada setiap Sabtu jam 7 malam selama 30 minit mulai 25 September hingga 27 November ini.


Sesi saringan program yang dihoskan oleh personaliti, Dephne Iking dan Angkasawan Negara, Mejar Dr Faiz Khaled itu akan dimulakan pada 25 September depan di Hotel MS Garden, Kuantan diikuti 2 Oktober di Hotel Grand Borneo, Kota Kinabalu, 9 Oktober di Sirim, Shah Alam dan 16 Oktober di Kuching.


Mereka yang berminat hanya perlu membawa model atau prototaip yang berfungsi hasil inovasi atau rekaan sendiri ke mana-mana sesi saringan, ataupun mendaftar terlebih dulu di laman sesawang www.1Idea.com.my.


Dalam majlis itu, Proton dan Sirim turut bertukar dokumen memorandum persefahaman (MoU) bagi penganjuran program berkenaan.


Dalam pada itu, Fadillah berkata, sehingga Mei 2010, pihaknya sudah meluluskan dana sebanyak RM2.8 bilion bagi pelaksanaan 4,435 projek di bawah dana-dana penyelidikan, pembangunan dan pengkormesilan Mosti.


Daripada jumlah itu, sebanyak 1,903 projek sudah siap dengan 991 harta intelek didaftarkan. Manakala, 15.4 peratus daripada projek yang sudah siap itu berjaya dikomersilkan dengan hasil penjualan bernilai RM3.2 bilion.

Friday 13 August 2010

0 Tudung Saji Berhias .... lagi...

It was not my intention to sell this craft, tapi melihatkan kesungguhan my sis-in-law nak tolong jual, maka saya buatlah lagi tudung saji berhias ni untuk dia sebagai 'sample' untuk letak dan promote kat rumahnya. Manalah tahu ada orang nak beli katanya. Saya pun mulalah cari material nak buat. Actually saya tak tahu sangat pasaran tudung saji berhias ni kalau offline market. Kalau di internet tu ada la saya survey sikit-sikit. Tapi buat masa sekarang saya tidak bercadang untuk jual online lagi. Harga yang saya kenakan untuk promosi murah saja RM12-RM15 je untuk tudung saji saiz paling kecil hingga sederhana. Tudung saji yang paling besar tak jual.. tapi ada la sebiji tengah diusahakan yang belum siap-siap lagi. Itu untuk kegunaan rumah saja, ia sebenarnya tudung saji lama, nak buang terasa sayang so, kena hias sikit bagi cantik. Ok kan...?






0 Belajar Interior Design

Masa lapang kat rumah di isi dengan mengadap komputer, tak Photoshop, 3D Max. Sebabnya memang nak pandai jugak software 3D ni, dah lama sangat tak sentuh. Masih lagi belajar dengan buku asas 3D Max. Software pun yang download saja (trial version) so tiap bulan la kau download. Mana mampu nak beli ori software 3D Max ni, nak-nak software Alias Studio Tools yang pernah belajar dulu. Apapun guna sajalah yang mana ada.

Baru pandai sikit-sikit asas untuk shape dan lain-lain. Rendering pun mudah je dengan 3D Max 2011. Bila dah tahu dan cekap asas 3D Max ni baru boleh reka macam-macam contohnya product, interior dan lain-lain. Bila dah terer sangat masuk pulak bab animation. Tapi saya tak adalah niat untuk buat animation atau jadi animator pula, sekadar boleh buat animasi sikit-sikit dah ok rasanya. Saja, suka explore pengetahuan baru.

Kat bawah ni gambar-gambar room interior design. Belum siap sepenuhnya lagi. Banyak lagi nak renovate...opss.. kena modified la.. Ini semua belum di render lagi ni..



Design tak comeyy...
(Kalau otai 3D tengok ni, malu ni.. heehe..)




siap sekali bathroom..

Tuesday 10 August 2010

0 Bicara Tanpa Suara : Ramadhan wish n posting

Assalamualaikum.. Ahlan ya Ramadhan al-mubarak.. When Ramadhan in coming, somebody is leaving.. Pak itam bertanduk dah tak ada maka tinggalah kita berperang dengan hawa nafsu sendiri. Puasalah dengan sebenar-benar puasa, meningkatkan amal ibadah, puasa dari makan-minum, puasa dari berkata yang sia-sia, puasa dari perkataan dan perbuatan keji dan segala-galanya lah..hehe.(eh ada plak hehe mknanya x serius dalam bercakap, macam lawak plak.. Itu belum bagi speech lagi tu..x reti ok.)

Selamat berpuasa kepada semua followers dan pengunjung blog ini. Maaf tak sempat nak design e-card untuk anda. Maklum pc tengah format. Mungkin lepas dia ok nanti ek. Entri baru bukan tak ada tapi banyak gambar tak letak watermark, so tak nak publish dulu. Yang first pasal craft tudung saji dan second pasal 3D interior using 3D Max. Ececeh macam terer sangat 3D Max.. Sebab tak terer la saya terus belajar. Kak Wawa dari ilhambicara.blogspot (link dia cari kat blog saya ek) pun sokong jugak. Beliau pun tengah belajar Illustrator sekarang. Nampaknya saya kena pinjam semangat juang beliau.. We both agree that proses pembelajaran itu sepanjang hayat, samada formal ataupun tidak. Ilmu boleh dapat dari mana-mana saja. Hendak seribu daya..

Sekian dari saya,

HaPpY DeSiGnInG n HaPpY BlOgGiNg..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms