Wednesday 30 June 2010

0 Paparan 3D Gambar Flickr

:) Hi dan assalamualaikum..

Posting kali ini pula review tentang satu laman web yang menyediakan paparan gambar dalam bentuk 3D kepada pengguna iaitu Tag Galaxy di alamat http://taggalaxy.de/ Paparan 3D hanya di laman itu saja, tidak perlu install apa-apa di PC pengguna.



Di laman Tag Galaxy. masukkan kata kunci atau tag foto yang ingin dicari dan tekan "Go". Kemudian tag anda dipaparkan bersama tag yang berkaitan dalam visual matahari dan planet yang bergerak. Klik pada tag pilihan anda dan satu bebola (planet) yang terdiri dari kepingan-kepingan kosong akan terpapar. seterusnya Tag Galaxy akan berhubung dengan Flickr. Gambar-gambar yang telah anda tag akan memenuhi kepingan-kepingan pada planet tersebut. Satu planet memaparkan lebih dua ratus gambar. Untuk melihat lebih banyak gambar, cuma perlu tekan anak panah. Planet ini boleh dipusing (rotate) untuk melihat kesemua gambar. Juga boleh di "zoom" untuk besarkan gambar. Maklumat gambar dan link ke Flickr page akan dipaparkan.

Kepingan-kepingan gambar melengkapi planet.


Zoom gambar


Mengapa tidak di"google" atau seach di Yahoo atau terus ke Flickr itu sendiri? Pilihan anda sendiri.. Laman ini disediakan untuk pengguna yang mahukan paparan yang lebih menarik dan interaktif serta pengalaman paparan 3D sama juga macam perisian Google Earth. Ya, saya pun suka Google Earth...

0 Paparan 3D Tab Firefox

:) Hi dan assalamulaikum...

Sebaik saja Pc saya dibaikpulih (format), saya terus mencari sesuatu untuk ditambah pada Mozilla saya. Apa yang saya mahu ada, satu paparan menyenaraikan beberapa laman web kegemaran saya, yang saya akses setiap hari (halaqah.net, google, yahoo, metro dan kosmo) macam Google Chrome atau Opera Mini 5 yang saya guna dalam handphone. Bookmark dan Favorite memang telah sedia ada di Mozilla tapi saya mahu paparan yang lebih menarik, paparan 3D kalau boleh! What to do..memang kepala 3D daaa...

Cari punya cari Adds-ons untuk Musang Api (Firefox) saya ni, akhirnya jumpalah dua add-ons iaitu Fox Tab dan Cool Iris. Dua-dua saya install, Fox Tab bukan macam Google Chrome yang bila buka saja, terpapar beberapa tab dalam satu page. Untuk Fox Tab, kena klik icon Fox Tab berwarna biru dulu bersebelahan dengan address website. Cool Iris pun lebih kurang berbentuk 3D tapi untuk perkongsian foto dan links ke beberapa channel seperti Music, News, Games dan sebagainya. pengguna juga boleh melihat gambar dari PC sendiri untuk dipaparkan dalam 3D. Tapi saya lebih gemar guna Fox Tab dari Cool Iris, nanti ada jugak orang uninstall Cool Iris dalam PC dia.. ;>



Fox Tab 1.2
Website : http://www.foxtab.com/
Saiz Fail: 431 kb
Keperluan : Mozilla Firefox 3 - 3.6 ( Download Mozilla Firefox 3.6 )
OS: Windows XP or Vista, Linux, Mac OS X

Fox Tab menghasilkan paparan tab 3D yang sungguh inovatif dan menarik. Tiga ciri Fox Tab:
1)Top Site (atau Speed Dial)-memudahkan pengguna mengakses laman kegemaran mereka
2)Tab Flipper - boleh flip Tab menggunakan mouse atau keyboard
3)Recently Closed Tab- untuk membuka semula tab yang telah ditutup sebelumnya

Setting untuk Fox Tab pun mudah digunakan. Pengguna boleh setting pada mode interactive, flip dan display seperti yang diinginkan. Juga terdapat beberapa warna sebagai tema Fox Tab. Paparan 3D pun bebas dipilih. Semuanya mengikut kemahuan pengguna.



Fox Tab bergaya di PC saya
(erm.. beyondmindeyesstudio pun ada jugak.... eksyen!!)



Next time saya akan review paparan 3d untuk foto pula.

Sekian dari saya...

"Happy designing and happy blogging..."


Wednesday 23 June 2010

0 Rindu Dengan Pc dan PSku..

Salam alaik.. Sudah lama ku tak buat tutorial PS dan web walking cari info maka tak adalah posting baru dalam beyondmindeyesstudio. Pc kat rumah ku tinggalkan, maka ku berteman hp saja berinternet. Yang penting halaqah.net tetap di hatiku. Studio atas awan ini juga tidak lupa ku jenguk. Walau ia sebuah blog yang membosankan kalian, yang design entah apa-apa tapi ku tetap dengannya. Ku tahu bukan semua orang memahami dunia imaginasi ini. Blogku tak ada berita negara, cerita sensasi apalagi gosip artis. Pun tak ada tazkirah, ku tak pandai, yang ku suggest joinlah forum halaqah.net. Datanglah dan sama-sama kita cari ilmu yang ada.. Dari satu feedback yang ku intai dari forum lain, halaqah.net ramai budak sekolah, ramai perempuan, tak sesuailah dengan mereka yang dah tinggi ilmunya.. Tak mengapalah kalau anda tak suka. Sesiapa pun tak rugi.. Bagi diri mereka yang 'baru mencari' macam diri saya ni, inilah tempatnya daripada habiskan masa berfacebook, friendster berjam-jam, lepaklah di halaqah.net juga. Sesuai dengan tag line dia, 'Islam untuk semua'. Selamat berhalaqah..
Ops terlebih promo.. Tak apa, yang baik kita kongsi sama. Tentang posting baru di blog ini, jika ada kesempatan insya Allah akan diusahakan. Sekarang Pc ku ada di ward, ditempat dia diwujudkan, to reborn.. Terima kasih buat pengunjung baru yang menjejak kaki di sini dan buat pengunjung lama dan followers terima kasih banyaklah jugak setia di blog yang tak famous ni.. at least saya tahu kamu ada sense of design!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms