Sunday 13 February 2011

0 Petikan Harian Metro Online | Bangunan mesra alam

Tarikh : 13.02.2011
Link ke artikel di Harian Metro


CANGGIH... Menara Taiwan mengikut lakaran artis.

PERKHIDMATAN Internet tanpa wayar menyeluruh, jalan raya hanya untuk kenderaan pengangkutan awam, tiada kereta, sampah atau pengeluaran karbon.

Ia bagaikan satu impian yang sukar dicapai pada masa depan tetapi tanpa disedari banyak pihak, situasi ideal itu sebenarnya sudah wujud.

Masdar City — terletak hanya beberapa kilometer dari Abu Dhabi — akan beroperasi sepenuhnya menjelang 2020.
Mengikut pelan asal, bandar raya itu akan mengitar semula hampir semua air digunakan, selain kenderaan mengeluarkan asap diharamkan dan diganti dengan sistem pengangkutan berasaskan bateri.

Langkah sama turut dilaksanakan di bandar Dezhou, utara China, yang mencipta ‘lembah suria’ apabila semua lampu jalan dan kolam renangnya dipanaskan hasil haba daripada matahari.

Kira-kira 80 peratus daripada bangunan di situ juga memanfaatkan kuasa suria bagi memanaskan air.

Isu trafik pula memang satu daripada masalah terbesar di mana-mana bandar raya dalam dunia.

Di China, biasanya kerumitan itu cuba diatasi dengan penggunaan 50,000 basikal yang digunakan dalam skim perkongsian bersama.

Di Curitiba, Brazil, perkhidmatan bas Rapid Transit digunakan empat perlima populasi bandar itu melalui sistem prabayar.

Di Tallinn, Estonia, langkah kerajaan memberi akses Internet menyeluruh bagi membolehkan semua tempat awam, termasuk taman rekreasi, muzium, kafe dan kereta api, menjadi pusat sambungan ke dunia maya.

Bandar raya Minneapolis pula memiliki kawasan seluas hampir 95 kilometer persegi yang mempunyai sambungan Internet walaupun sesetengah penduduknya masih membayar bagi perkhidmatan berkenaan.

Kemudian, ada pula rancangan membina bangunan luar biasa oleh sekumpulan arkitek yang membayangkan sebuah dunia dipenuhi menara pokok, piramid terapung serta rumah yang dibina di atas air.

Sebahagian daripada reka bentuk paling menakjubkan turut dicadangkan dibina di Timur Jauh, dengan Jepun dan China bakal mendahului negara lain bagi mewujudkan sebuah model bandar bersih masa depan.

Pada masa sama, Britain juga berusaha ke arah itu. Bandar The Shard kini dibangunkan sebagai mercu tanda baru dan pusat pembangunan masa depan di South Bank.

BERKEMILAU... Masdar City di Abu Dhabi akan dibuka sepenuhnya pada 2020 dan tiada kereta dibenarkan di sini, manakala hampir semua airnya dikitar semula.

TOKYO MASA DEPAN... cadangan pembinaan Piramid Bandar Mega Shimizu belum menjadi kenyataan kerana bahan binaan ringan untuk diapungkan di Teluk Tokyo belum berjaya dicipta.



UNTUK PIALA DUNIA... Stadium al-Khor di Qatar akan menjadi lokasi pertandingan Piala Dunia 2022, menggunakan tenaga solar untuk menggerakkan penyaman udara bagi memastikan suhu berada di bawah 26° Celsius.

STADIUM HIJAU... Stadium Olimpik Sochi di Russia direka bentuk seperti cengkerang dengan dinding dan bumbung menggunakan bahan yang mampu ditembusi cahaya pada siang dan diterangi lampu ketika malam. Ia akan digunakan pada 2014.


MENARA TAIWAN... di Taichung, Taiwan, pelantar pemerhati berisi gas helium dibina di luar menara dan kerja membangunkannya akan dimulakan tahun depan. Bangunan diilhamkan daripada bentuk pokok ini menggunakan tenaga solar dan air hujan yang dirawat. Bakal menempatkan pejabat, restoran, muzium.



KAPSUL KONSEP... binaan Seascraper (atas) dibentuk untuk menahan arus kuat bagi mendapatkan sumber tenaga secara percuma, manakala Gyre (bawah) adalah menara akuatik yang mampu terapung di lautan. Ia boleh dijadikan pusat pelancongan atau stesen penyelidikan.

Tuesday 1 February 2011

0 Say No To Valentine's Day 2011


Sempena Hari Memperingati Kekasih atau lebih dikenali sebagai Valentine's Day pada tahun ini, Miss beyond tidak ketinggalan untuk merekabentuk grafik untuk campaign Say No To Valentine's Day yang bukan anjuran sesiapa. Iyalah tahun lepas portal ILuv Islam telah menganjurkan kempen ini dengan mengadakan pertandingan merekabentuk yang mana Miss Beyond segan nak masuk, maklum kreativiti bukan tahap gaban.

Apapun Miss Beyond tertarik dengan kempen ini dan dirasakan setiap kali Februari datang, maka Miss Beyond cuba lapangkan juga masa untuk merekabentuk grafik yang baru untuk kempen ini. Diri hamba yang jahil ini sangatlah lemah dan tidak pandai berdakwah maka Miss Beyond hanya mampu berdoa dan lakarkan idea digital dari setitis bakat sebagai medium untuk seruan 'amar makruf nahi mungkar'. Berkesan atau tidak Miss Beyond serahkan pada Allah S.W.T sahaja.

Semasa mencari idea dan bahan dari Google, Miss Beyond ada juga merayau di forum sekian-sekian yang majoriti ahlinya adalah non-Muslim. Bukan apa topiknya pun meminta pandangan tentang Say No To Valentine. Miss Beyond bukan mahu wujudkan sensitiviti perkauman di sini tapi sekarang ada saja sensitiviti umat Islam disentuh, dipersoalkan. Kalau tidak faham tentang Islam dapatkan maklumat dan penjelasan mengenai agama yang suci ini, apa peraturan dan etikanya. Hormati agama Islam kerana ianya agama rasmi negara ini. Berbalik kepada Valentine pula, untuk forumer di forum itu, Miss Beyond ingin tegaskan kempen Say No To Valentine itu untuk pemuda-pemudi, muslim-muslimah, lelaki-perempuan yang dari agama kami iaitu Islam, walau apapun bangsanya janji ia Islam. Kami tidak melarang kamu menyambutnya tapi kami melarang saudara seagama kami menyambutnya. Kami tidak mahu biarkan mereka hanyut dalam kemaksiatan yang dilarang keras oleh agama kami. Perlakuan maksiat yang sememangnya membawa kepada keruntuhan moral dan gejala sosial serta mewujudkan pelbagai kesan negatif  dalam pelbagai perkara. Rasanya kesan gejala sosial tidak terbatas kepada sesuatu kaum atau agama saja, tapi keseluruhan. Adik-adik remaja, saudara seagamaku yang ingin juga menyokong dan menyambut Valentine ini, kasihan kat kamu...

"Ayuh Muslim, Never celebrate and Say No To Valentine's Day..."

Sekian dari saya,

Happy Designing and Happy Blogging...





Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms