Saturday 31 October 2009

1 Teddy Bears Glitter Graphics Collection

:hi: dan assalamualaikum... Hari ini saya telah belajar tentang cara nak buat glitter graphics. Semua image 'Cik Ted' adalah dari Lord Of Design, yang lain-lain pun dari internet la.. found somewhere.. sengihnampakgigi Laa.. macam ni caranya buat glitter graphics... dah lama saya nak belajar buat, alhamdulillah baru hari ni dapat belajar.. senyum tapi tak adalah cantik sangat.. simple saja, glitter yang lagi advance saya tak sempat belajar lagi... So hasil dia macam kat bawah ni, saya paste sekali code, kawan- kawan yang nak ambil dan guna silakan.. it's for free.. Ini saja yang saya sempat buat, nanti ada lagi saya upload lagi ek... peace



Salam dari saya.. happy designing and happy blogging...babai

P/s: New hosting for these images..



(Images : 250x250 px. Copy code below...)























Monday 26 October 2009

0 Digital Graffiti Art


:hi: dan assalamulaikum.. Hari ini saya telah mencuba seni graffiti tetapi dalam versi digital. Buat dalam PS berani la saya kalau buat kat dinding rumah sendiri atau rumah orang mesti kena hambat nanti.. huhu....sedih tak naaakk.. Itu dah masuk kategori vandalism tu.. Saya hanya sempat buat satu artwork sahaja.. tak menarik sangat just for fun...

Brick background : Warna coklat gelap, bagi efek brick (filter, texture, texturizer, texture : brick, scaling:139%, relief:3, Light: top right

Fonts : 280 Graffiti Fonts Packs from Lord Of Design (free download)

Maksud graffiti...

Graffiti adalah nama untuk gambar atau huruf yang digores, ditulis, disapu atau ditandakan dengan cara apapun pada harta benda. Graffiti adalah setiap jenis tanda-tanda umum yang mungkin muncul dalam bentuk bertulis sederhana kata-kata untuk menjelaskan lukisan dinding.

Yang negatif tentang graffiti :takbole

- Graffiti sering dikaitkan dengan vandalisme.
-'Karya' dipaparkan pada dinding bangunan dan tempat-tempat awam.
- Kadang-kadang grafiti yang digunakan untuk menyampaikan mesej sosial dan politik.
- Graffiti digunakan sebagai isyarat kumpulan untuk menandakan kawasan dan sebagai penunjuk atau "tag" untuk geng-aktiviti berkaitan.

Yang positif tentang graffiti :

Pada zaman sekarang, seni graffiti makin diterima ramai.. Budaya-budaya gelap yang sering dikaitkan dengan graffiti dah makin berkurang lantaran lahirnya artis-artis graffiti yang berbakat dan karya mereka. Bagaimanapun, masih ada lagi yang menggunakan graffiti sebagai medium untuk melepaskan geram, menyampaikan mesej negatif pada pihak-pihak tertentu.. Sebahagian besarnya mungkin golongan remaja. Pada saya, mereka ini jika didekati, didengari, diubah hidup mereka, mungkin akan lahir ramai artis-artis graffiti yang berbakat. Contohnya menyediakan platform untuk mereka mencurahkan bakat. Mesej yang disampaikan lebih positif , tidak perlu maki hamun, kata-kata kesat yang menyakitkan mata memandang terhadap karya-karya seperti ini, apatah lagi agama kita sendiri melarangnya.

Islamic Graffiti

Graffiti juga boleh dijadikan medium untuk berdakwah pada masa kini. Visual yang dihasilkan cukup cantik dan mesej yang disampaikan cukup terkesan di hati. Yang mengingatkan kita akan kebesaran Ilahi, yang ingin berbuat mungkar segera datang keinsafan dalam diri.. Subhanallah.. Maha Suci Allah..

Artis Islamic Graffiti Antarabangsa

Mohamed Ali
Ketahui lebih lanjut tentang beliau di : http://www.aerosolarabic.com/v2/index.php

Antara karya-karya beliau:






Menarik bukan? Jom kita support artis-artis graffiti yang berdakwah macam ini.... tepuktangan



Salam dari saya, happy designing and happy blogging..babai

Saturday 24 October 2009

0 The Revenge Of The Dragon

:hi:dan assalamulaikum...Entri kali ni.. pasal dragon, Bukan filem atau storybook tapi tutorial photoshop kali ni.


Tutorial ni pun saya ada refer kat Internet. Semua 50 step, tapi sebagai 'lazy designer' menarisaya skip banyak step dan buat pandai-pandai sendiri... Modify sana modify sini.. janji hasil dia tak lari daripada 50%. Tapi tak kisah la kalau anda bagi saya markah 50% pun.. Tu sesuai dengan kemalasan saya.. dan tandanya saya kena usaha lagi.. sengihnampakgigi


Below is the result of the Ps Tutorial...


Dalam Toturial ini banyak guna 'Adjustment Layer'. Then adjust dia punya 'Colour Balance', 'Brightness and Contrast' dan 'Layer Mask'. Setiap satu imej kena adjust semua ni.. Tapi saya cuma adjust brightness kat 'Curve Adjustment Layer'. New experience saya belajar ialah bongkah tanah tu sebenarnya imej sebuah bukit. So, kita transform saja dia guna 'Rotate'.

Second things ialah cara buat aliran lava... Select 'Brush Tool', setkan warna putih dan setkan saiz brush 1px atau 2 px. Pada 'Layer Style', 'Outer Glow' warna merah dengan 'Blend Mode' 'Colour Dodge' dan 'Inner Glow' warna kuning dengan 'Blend Mode' 'Normal'. then buat aliran lava kat mana perlu. Tapi saya tak puas hati dengan aliran kat atas castle tu.. Ya ampunn.. doamemang tak menjadi..

Sumber : Photoshop Lady.com (I'm a photoshop lady too...rindu)
Imej-imej boleh didapati dari Deviant Art, tapi kena daftar dulu. links dah ada dalam tutorial Photoshop Lady..

p/s : Terima kasih banyak kepada Cikgu Constantin Potorac yang bagi begitu banyak step tutorial ini.. ngantuk tapi dengan result WOW... yang dia punya larr..

Salam dari saya, happy designing and happy blogging..babai

Wednesday 21 October 2009

0 Put Your Trust In Allah...

Sunday 18 October 2009

0 Fantasy Art Photopshop Tutorial – Plasma in the Lake





:hi: and assalamualaikum... This is the latest tutorial I have done in Sunday afternoon. Sumber tutorial ini ialah dari Pswish.com. Cikgu Lorelei ajar macamana nak buat efek 'Fantasi Plasma' macam dalam novel atau cerita-cerita fantasi dan magical. I use the picture of my nephew, Ashraf the 8 year old boy.

Tiba-tiba budak Ashraf ni muncul dari dalam air (tasik), ada magik pulak tu.. hahhahErm nanti abang-abang dia tengok picture ni mesti nak suruh buat jugak.. garupale

Ini adalah hasil yang patut saya dapat setelah jalani hukuman oops... 30 steps tutorial ini...senyum

For those yang mahu ikuti step tutorial ini, bolehla Cikgu Lorelei ajarkan.. Steps dia walaupun banyak tapi mudah difahami dan Insya Allah hasil dia tak lari sangat lah..celebrate

Tutorial address : http://pswish.com/fantasy-art-photopshop-tutorial-plasma-in-the-lake/
Star Brushes boleh download kat internet. Antara sumbernya: http://www.brushking.eu/Category/Stars-Space-Brushes.html

Salam dari saya, happy designing and happy blogging...babai

Tuesday 13 October 2009

0 Video Tutorial : Basic Photoshop Tools

Assalamualaikum.. There is no post for today.. cuma video tutorial Photoshop for begineers. Cikgu Omputih ni ajar tentang Basic Photoshop Tools. Dia guna CS 3 kot, yang older versions pun boleh pakai, janji dia punya icons sama so dia punya functions sama jugak. Saya pun kena buat revision jugak...kenyit




Monday 12 October 2009

Saturday 10 October 2009

0 My PS Tutorial : A Custom Mp3 Player

Jumaat, 9 Oct 2009.

:hi: Assalamualaikum dan alhamdulillah dapat jugak follow tutorial A Custom Mp3 Player menerusi laman developertutorials.com/. Dah lama tak buat tutorial PS, start buat la. Yang bermain-main di fikiran ialah untuk design rupa bentuk sebuah gadget... Mula-mula, macam biasalah kena cari idea dulu by searching images.. Last-last jumpa tutorial ni kat laman dia, so terus follow saja. Tengok dia punya step, punyalah panjang.. sampai 26 step! :sigh: Berapa lama time nak ambil ni sedangkan banyak lagi kerja nak buat.. Erm tak apa.. kura-kura atas perahu.. try dulu baru tahu.. dan diamjangan cakap banyak.. hahaha kura-kura lagi....

Setelah hampir 2 jam baru dapat disiapkan tutorial ni.. Lama tuh.. biasala bagi begineer macam saya. . tak jadi modify lagi... dan inilah hasilnya (telah dikecilkan saiznya dan dipaparkan pada kolum belah kiri blog ini). Jom kita zoom image tu.



Dan ini pula ialah image asal atau rupa yang sepatutnya saya design...

Ha macamana.. memang tak samakan? malu Tapi saya dah try follow each step.. masih tak jadi so saya pun modify ikut citarasa sendiri.. Aapapun saya dah belajar untuk buat skrin yang bercahaya macam tu, button dan satu perkara yang saya abaikan selama ini ialah Font jenis Webdings yang terdapat dalam PS rupanya ada simbol-simbol tertentu. Contoh, dalam image mp3 di atas ada simbol play. Setiap huruf a-z dan nombor 0-9 mewakili simbol-simbol tertentu. Susah jugak tu kena type dulu baru tahu.. Alternatif lain ambil di Custom Shape Tool atau pun create sendiri simbol-simbol tu. Susah pun kena jugak sebab dah namanya belajar.. Insya Allah jika ada kesempatan lain tutorial lain akan dimuat naik di laman ini.

Salam dari saya, happy designing and happy blogging...babai

Credits : Developer Tutorial
(Sila klik di sini untuk tutorial lengkap.)
Creating a Custom MP3 Player with Photoshop - Begin creating your mp3 player

Wednesday 7 October 2009

0 Under Maintenance

:hi: Salam... tengah buat maintenance untuk beyond mind eyes studio tapi still boleh diakses..

You can see many features inserted and widgets installed... Saya masih lagi belajar untuk upgrade blog saya like a pro, so banyak jugak refer tutorial untuk blog. Susahtension jugak belajar coding tapi kalau faham betul-betul macam best lak.. Semua trial and error.. Kalau berjaya untuk ubah coding tu uihh beshnyer.. menari Macamana nak modify template yang sedia ada, nak bagi jadi dua header, tambah side bar column, buat tulisan atau image gerak-gerak (marquee) dan tambah widget-widget berkaitan... tambah jugak logo-logo apa-apa terus buat button sebab logo yang sedia ada tak le cantik sangat, tak sama size, so nak puas hati dan bagi standardize buat le dalam photoshop.. Macam tu jugak buat promo untuk my ads.. Tapi simple jer my works..

Bagi yang gemar baca majalah dan paper boleh terus link from here ok.. Also lain-lain links yang anda suka.. One thing.. links majalah/web tentang muzik / gossip artis tidak dipaparkan di blog ini.. kecuali Islamic entertainment sahaja.. hehe.. pilih hiburan alternatif.. takbole
Pendapat / cadangan / kritikan membina amat saya alu-alukan untuk memperbaiki kelemahan saya... tq. wassalam.babai

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms