Wednesday 7 September 2011

0 Beyond's 3D Studio Hangout

Assalamulaikum and hello to all..

Entri kali ni bukanlah nak bercakap banyak pun cuma nak menjemput 3D designers dan peminat2 3D sekalian alam LIKE komuniti fb page saya Beyond's 3D Studio Hangout . Beyond's 3D Studio Hangout adalah page 3d baru yang ingin menghimpunkan para 3D designer dan peminat2 3D untuk berkomunikasi secara terus.

SIAPA YANG PATUT LIKE PAGE INI DAN APA FAEDAHNYA NAK LIKE PAGE INI???
  • Designer product / interior / transport / architecture - janji anda menggunakan perisian2 3D - anda boleh berkongsi 3D work yang anda hasilkan dan mendapatkan komen daripada designer lain dan peminat2 3D
  • Pelajar-pelajar IPT yang mengambil kursus 3D dan yang sewaktu dengannya - ini adalah platform terbaik untuk anda mengenali dan mendapatkan contact designer-designer tempatan dan antarabangsa. Mana tahu di akhir pengajian, anda perlukan tempat praktikal atau contact company2 design untuk memohon kerja.?? Anda boleh mengemukakan pertanyaan secara langsung melalui page ini. Diharapkan anda berpeluang untuk 'mencuri skill, ilmu pengetahuan dan pengalaman' mereka...  :p
  • Pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah yang menyertai kelab rekacipta - ini adalah pendedahan yang baik untuk para pelajar memupuk minat dan mengembangkan bakat dan kreativiti dalam bidang rekacipta
  • Pensyarah atau guru-guru dalam bidang ini dan yang sewaktu dengannya - anda boleh bertukar-tukar pendapat, pengetahuan dan skill dengan designer2 tempatan. Diharap serba sedikit dapat membantu pengajaran dan pembelajaran di sekolah anda.
  • Peminat-peminat 3D   
  • IF YOU ARE NOT A MALAYSIAN, YOU STILL CAN LIKE AND JOIN THIS PAGE, UNTIL NOW WE HAVE LIKER AND DESIGNERS FROM PAKISTAN AND HOPEFULLY WE WILL GAIN LIKER FROM ALL OVER THE WORLD...
Picture profile page Beyond's 3D Studio Hangout


DI MANA BOLEH SAYA LIKE PAGE INI??

Jika anda mempunyai akaun facebook, sila search atau terus ke link ini Beyond's 3D Studio Hangout

Atau anda boleh terus LIKE corner Find us on facebook yang terdapat di kolum kanan pada blog ini.


Kepada yang sudah LIKE dan akan LIKE sebentar nanti.. terima kasih banyak..


Nota kaki: Admin page ini bukanlah designer ternama di  Malaysia, hanyalah seorang perempuan biasa yang sangat mencintai teknologi dan dunia rekabentuk 3D. Tiada kelulusan khas tetapi pernah mengambil kursus dalam bidang ini. Oleh yang demikian, admin page ini sangat-sangat berharap agar LIKERS page ini dapat mengaktifkan dan memanfaatkan page atau platform yang disediakan sebaik mungkin terutamanya kepada designer2 agar dapat berkongsi skill, ilmu pengetahuan masing-masing agar lebih ramai lagi designer lahir di malaysia dan dapat memertabatkan bidang kemahiran atau rekabentuk di tahap yang tertinggi..

Sekian, 

Happy Designing and Happy Blogging.

Monday 5 September 2011

0 myMetroMotor RM165,000

Saturday 6 August 2011

0 Nuffnang...

My nuffnang will be closed after raya. Coz it doesnt make profit at all walaupun 1 sen. Dah lama i register, tak kan lah masih lagi static at zero kan.. Dah lama i wonder benda ni, pernah dapatkan nasihat blogger berpengalaman la jugak kat forum tapi dia suh contact Nuffnang team. Malas ar. Mungkin i x pandai manage blog, trafik x kebaboom. I malas nak salahkan visitor i plak x klik ke ape. Tak kan lah x ada org klik langsung.. Tu i pelik. Apepun if blog ni dah tak ada iklan, uolls tetaplah datang blog i ni eah n tinggalkan shout atau komen, nanti pc i ok i g blogwalking blog n klik iklan2 uolls. Sbg tanda penghargaan u walking sini, tp kalau just guna auto blogwalking x yah lah..hu2.
Ok selamat berpuasa utk semua.. I tau ramai je dtg blog i time2 Ramadhan ni cari resepi puding karamel, resepi puding cocktail dan cara buat vector pelita. Tq very much dtg sini k. Bye salam.

Missbeyond.. Posted by mobile.

Saturday 18 June 2011

0 Office Chair model

Salam and hi..

Another model design from me. It's an ffice chair. Entahlah ergonomik dan estetik ke tak.. hahah.. I just refer to a picture which i google. Let's take a look of it.. Damn beautiful or damn ugly??? hahaaha


Empuk ke tak empuk ku tak tahulah.. hehehe

just render dengan render biasa dalam Rhino, V-Ray
tak dapat nak guna on expired version 

lima roda dah selamat.. insya Allah tak jatuh punya..
DURABLE AND SAFE!!!

Monday 13 June 2011

0 Modem oh Modem

Salam to all..

Hari ni punya posting tentang modem saya. Modem yang saya guna ialah brand CSL. Bentuk modem ni empat segi dan nipis jer.. bolehlah dikatakan old school atau old fashion lah coz banyak modem yang ada dan terkini sekarang kan jenis macam pendrive. Tapi sehingga hari ini modem ini masih berfungsi dengan baik sekali, lagipun time internet kat pc ajer khidmatnya diperlukan. Ini lah rupa modem saya sebagai model... 3D. Jadi blog star ko ri ni ek..!! hehe

on the board

another perspective view

on the marble


Friday 10 June 2011

0 Gubahanku :Transformer Robotic Tiger Model

Salam and hi to all...  This is special design from me. First ever robotic model i ever designed. I just refer to the Tranformer pen drive picture and started to build this model in Rhino. Quite tough and can make me crazy lol.. coz i just imagine how the other side of the original model according to a piece of picture! Saya tak pernah ada dan tak pernah lihat pen drive jenis ini secara live apalagi pernah ada permainan robot Transformer..

Minatlah jugak dengan cerita ini tapi bukanlah seperti guys  and kids yang ada collection. Dan saya telah modified sesedap rasa untuk menyermpurnakan model ini tapi ada saja part2 yang tak siap sepenuhnya kerana masa begitu mencemburui, beberapa jam telah digunakan untuk bina model ini. Tapi sayangnya saya tak dapat save kerana menggunakan perisian Rhino yang saya guna ini, evaluation version sahaja (cannot save after expired date).

Jom kita tengok bagaimana rupa model ini..

Inilah model robot tiger saya.. aummmmm!!!!! lol





Scene added for the model. Scene ni sy borrow dari Jason Simpson
Siapa dia entah saya pun tak kenal coz saya google jer hehe
tapi saya tak lupa letak nama dan bagi credit kat dia
Sekian dari saya,

Happy Designing and happy Blogging

Thursday 9 June 2011

0 Modeling Design vs Packaging Design

Assalamulaikum dan salam sejahtera..

Posting baru ini masih lagi berkisar tentang rekabentuk model dari perisan Rhinoceros.. Oh apakah!! ku dah jatuh chenta dengan perisian ini.. ???? hahaha Semakin hari semakin biasa dengan perisian ini dan lebih selesa gunakan perisian ini dari 3D Max.

First let's see a model design of a bottle.. It can be a multipurpose bottle.

Modeling design description:
Model design: Washing Liquid bottle
Software : Rhinoceros


A yellow bottle with blue cap..

three various colours

Now we add the packaging design to the bottle. I am using Adobe Photoshop and get the pictures from Google. Sorry it just a simple packaging design.. :)


The perspective view
Ultra Max Washing Liquid.. can it compete with Dynamo, Breeze and etc??? lol


The front view

Anyone want to hire me to model a bottle and the packaging design??? :p

Saturday 7 May 2011

0 CINCIN PERMATA ZAMRUD

Asslamulaikum.. dan hai..
Saya tak ada idea betul lah untuk posting  terbaru... tapi ada beberapa picture design yang baru dipelajari. Cincin permata hijau.. boleh jugakla panggil zamrud kan.. Model ini ditebusguna daripada model percuma yang dimuatturun. Saya guna bahagian permata sahaja dan untuk bahagian cincin saya design sendiri. Jom kita tengok bagaimana rupa kejadiannya???




Haa ini lah dia cincin tu.. bukan cincin hikmat yer...

lagi one of the view

top view.. asal berkilat and nampak rupa cincin udahlah yer.. hehe cincai punya design..ahakz

Monday 2 May 2011

0 Rendering Meja Dalam Rhino

Pada hari Ahad, (semalam) saya sempat menyiapkan sebuah meja kecil  dalam perisian Rhino. Dari melakar 2D dan 3D hinggalah ke proses render. Sebelum tu rasa teruja sangat  sebab nak render dengan VRay, khabarnya lebih elok dan lebih realistik daripada basic render yang kat dalam Rhino sendiri. Kiranya VRay ni plug-in untuk Rhino lah kan. Setelah mendownload yang trial version untuk 30 hari, setelah install, fail pulak run kan software ini. Apapun material dalam VRay yang berformat '.vismat' boleh la jugak digunakan walaupun kurang sempurna selain yang berformat jpeg. Jom kita tengok apa yang terhasil...




Meja kecil  satu set lilin,  gelas dan pasu


visual yang lebih detail...  


Bahagian kaki meja yang lebih jelas.. Harap jelas akan efek kayu


Selain table top nya diperbuat dari kayu, ada juga pilihan marble atau marmar.
Ungu dan putih memang cantik...


Marble berwarna hitam dan putih...


Marble berwarna hijau dan putih...


Yang mana satu pilihan anda?


Sekianlah sahaja paparan visual untuk menjamu mata anda..hehe.. Insya Allah saya akan membuat lebih banyak product dan merender dengan lebih baik lagi dan semestinya akan dipaprkan untuk readers yang selalu berkunjung di sini..

Saturday 30 April 2011

0 Rhinoceros



Assalamulaikum , salam sejahtera dan hai untuk semua...
Sudah lama missbeyond tak buat posting kan.. asyik tag ajer.. hehe.. Seperti tajuk di atas.. missbeyond bukanlah pergi ke zoo atau membela badak sumbu sebagai binatang peliharaan tapi ia adalah sejenis perisian 3D untuk membuat dan membina model-model produk dan lain-lain.. untuk keterangan lanjut boleh ke http://www.rhino3d.com/

Software ini dah lama tapi baru kini missbeyond berkesempatan mempelajarinya. Maklum lepas kolej, kerja grafik pulak sesambil tu ada juga usha2 software 3D Max. Sebenarnya apa jua perisian 3D, lebih kurang saja functions dan U.I (user interface) nya.. jadi sesiapa yang ada basic 3D, explore sikit-sikit dah boleh buat. Bagi missbeyond.. software 3D ni tengok tahap power dia kat rendering dan juga tengok la software ni user friendly tak, kalau software canggih bagai tapi sebulan explore baru jumpa function yang kita nak.

Ini ialah hasil pembelajaran missbeyond.. malu wehh kalau otai 3D tengok...


Ini red and green apple.. haha  readers da tau la..


ini baru belajar render dengan software Rhino


Ini ialah Armadillo Bread Bin.. ramai yang kata macam rupa tenggiling, siput, dan topi perang Roman



Haha macam  awning tudung  yang disusun la pulak..
Ini just letak colour belum rendering lagi.
Saya just nak bezakan saiz -saiz  serkup armadillo ni sebab
nak resizekan setiap satunya..



Haa inilah rupanya setelah siap proses rendering,  (letak warna dan pencahayaan)
Entahla nampak realistik ke tak...


Tentang Armadillo Bread Bin ni sebenarnya dah ada di pasaran luar negara, tak pasti pulak siapa perekanya. Yang missbeyond buat tak samala kat tepinya.. lain sikit.. suasah nak modify dalam masa yang terhad dam software yang missbeyond miliki ni yang trial version saja, dah expired setelah 20 kali save tak silap.. Almaklum harganya 'mahal serupa bedil' orang Terengganu kata.. Haha.. Lagipun macamla missbeyond ada company sendiri yer nak beli software ori punya... pakai trial version pun jadi setakat nak belajar tapi leceh sikitla kalau dah expired..

This is the real product of Armadillo Bread Bin
Product Details

Name :  Armadillo Bread Bin

Subject Matter: Armadillo 

Designer: don't know

Material : brushed aluminium, wood and plastic
Style: sharp, sleek and stylish
Price: around $75.00. in 2010 


Kat Malaysia ntahla berapa RM dan  tak tahu ada ke tak produk ni tapi kat Malaysia ada ini:




credit to sam-puansyurga.blogspot.com


Saturday 23 April 2011

0 First Giveaway Umidanish



Assalamualaikum...  dan selamat malam.. ketika saya menaip ni.. hari dah malam yer. hehe.. Ada lagi contest opss GIVEAWAY lar..  Dapat info dari blog Aqishah lagi.. very the informer one la you ni.. hehe... Kali ni  dianjurkan olah blogger bernama Umidanish. Saya pun follow jer la blog beliau and then wat posting ni..  Minggu ni memang nak memollow dan menambah kenalan blogger, bertukar2 link dsb...

Link giveaway nya kat sini... First Giveaway Umidanish

Apa pulak syarat dan cara nak masuk ni.. jom check2..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------


1. Terbuka kepada semua follower umidanish dan bukan (tapi kalau nak follow lagi best, merapatkan lagi ukhuwah) tak kira lelaki atau perempuan..


2. Buat satu entry paling simple ; tajuknya adalah "First Giveaway Umidanish", letakkan banner di dalam entry tersebut berserta link giveaway blog umidanish ni, itu sahaja... mudahkan????


3. Tinggalkan Link entry anda di bawah dan alamat email bagi memudahkan umidanish berkenalan..

4. Hadiah berupa barangan tupperware (akan di upload kemudian) untuk 5 pemenang bertuah


5. Penilaian akan dibuat oleh pakcik random.. (first time guna pakcik random ni..)


due date: 3 MAY 2011

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

notakaki : fuuh dalam masa kurang 10 minit siap.. 

Friday 22 April 2011

0 Jom Join Bloglist Blog Hackers





Berjalan-jalan di blog Aqishah tadi terpandangkan  mende ini.. seperti tajuk di atas.. Seorang blogger bernama Hackers nak buat bloglist baru kat blog beliau. Owh ada masa lagi nak join, closing date hari ni, 22 April 2011 jam 11 pm. Fuuh sempat lagi ni.. hehe..mari kita tengok cara nak join bloglist Hackers ni.. Link nye di di sini..  Jom Join Bloglist Blog Hackers.


----------------------------------------------------------------------------------------------

  1. Letak header Hackers yang comel tu diatas.
  2. Letak tajuk : Jom Join Bloglist Hackers
  3. Checiter skit kenapa korang nak masuk bloglist Hackers ini? Bagi tahu group mana korang nak masuk.
  4. Bila dah siap, tinggalkan entry korang kat komen di bawah.
  5. Tarikh tutup Bloglist ini pada 22hb April 2011 jam 11.00pm

--------------------------------------------------------------------------------------------


Pertanyaan :  Kenapa korang nak masuk bloglist Hackers ini? 


Jawapan : Sebab nak meramaikan kenalan... dan pastinya nak dapatkan trafik.. hehehe


Pertanyaan : Bagi tahu group mana korang nak masuk.


Jawapan : Anda kata  "Bloglist ini, Hackers akan dibahagikan 2 group iaitu :


  • Bloglist Gadis Pilihan Hackers
  • Bloglist Jejaka Pilihan Hackers"
 Jadi saya nak masuk bloglist group kedua.. haha.. opsss  bloglist group pertama daa : Bloglist Gadis Pilihan Hackers... 

Sekian time kaseh...

Saturday 9 April 2011

0 TAG : Bahan Bacaan Kegemaran Saya


Assalamulaikum w.b.t..

Tajuk posting yang tertera adalah taging daripada Kak Wawa dan kali ini saya berpeluang untuk join memandangkan terms and conditions yang mudah.Ok let's check apa dia peraturan taging kali ni..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Peraturan Tagging 'Bahan Bacaan Kegemaran Saya'

1. Link kan entry ini ke blog anda

2. Nyatakan 1 jenis bahan bacaan yang menjadi kegemaran anda (cth: novel cinta, buku agama, motivasi, seni dan kraftangan) 

3. Nyatakan 1 penulis kegemaran anda dan kenapa?
4. Nyatakan 1 penerbit yang anda gemari
5. Nyatakan waktu bila biasanya anda membaca dan berapa lama masa yang diambil untuk menghabiskan bacaan
6. Nyatakan salah satu tajuk yang menjadi kegemaran anda (yang ditulis oleh penulis yang anda minat tu...)
7. Tag 5 orang untuk senaraikan Bahan Bacaan Kegemaran mereka pulak
8. Dah selesai, link kan entry anda tu kat ruangan COMMENT entry ini



Nota

1. Game ini berlangsung sehingga 22 April 2011

2. Entry anda akan diundi secara rawak untuk menerima GIFT iaitu A SET OF BOOKMARK daripada saya
3. Peraturan 3 & 4 mungkin tiada kena mengena kerana ada penulis yang menulis untuk penerbit yang berlainan.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Link posting asal / host taging game ni : Bahan Bacaan Kegemaran Saya


'Bahan Bacaan Kegemaran Saya'


credit to allposters.com


1. Buku atau majalah kegemaran saya ialah tentang design, motivasi dan cinta berunsur Islamik.





credit to jijah95.blogspot.com

2. Salah seorang penulis kegemaran saya ialah Fatimah Syarha Mohd Nordin selain Habiburahman El Shirazi. Tulisan dan garapan  beliau dalam buku Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul  amat menarik. Penceritaan pengalaman dirinya  (walaupun tidak dinyatakan secara terang-terangan namun kita boleh agak kan...) menjadi teras dakwah yang disasarkan kepada golongan pemuda-pemudi Islam agar menjadikan cinta itu lebih diberkati. 





 credit to ekafahara.blogspot.com


3. Sebenarnya saya tak kisah sangat tentang penerbit, yang penting bahan bacaan itu menarik tapi kalau nak listkan. penerbit pilihan  saya ialah dari Alaf 21 untuk novel-novel dan Karangkraf untuk majalah-majalah. Sebab ape ye.. banyak pengeluaran dan banyak pilihan kot.. Satu lagi penulis pun best2 la jugak..






4. Tak ada waktu khusus untuk melunasi hobi membaca ini, mana-mana waktu terluang siang atau malam, hari biasa atau hari minggu janji bahan bacaan dapat dihabiskan secepat mungkin. :D






credit to duniaimanis.blogspot.com


5. Satu tajuk kegemaran saya ialah Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul. Kekaguman sebentar baca buku ni, nak laksanakan sendiri visi2 seperti ini masih belum mampu.. huhu.. Insya Allah kalau berpeluang...



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Peserta yang best dan sporting yang saya nak tag seterusnya ialah :
p/s: kalau x busy dan x keberatan sudilah join yer kawan2..



1) Cik Kala ... sporting abis join previous tag... sheoll x minat baca.. its ok dear

2) Miss Agent .. beliau ini sgt suka membaca. sesuai sangatlah masuk ni..  dah masuk.. hehe

3) Aqishah... i just try to tell her to join...


4)


5) dan seterusnya akan saya listkan dan tag kemudian yer..

Tuesday 1 March 2011

0 5 Tabiat Saya

5 Tabiat Saya ini telah di  tag oleh  Kak Wawa kepada kawan-kawannya termasuklah Miss Beyond. Ini link entri yang ditulis Kak Wawa : 5 Tabiat Saya


Peraturan Tagging '5 TABIAT SAYA'

1. Link kan entry ini ke blog anda

2. Senaraikan TABIAT anda

3. Tag 5 orang untuk senaraikan TABIAT mereka pulak

4. Dah selesai, link kan entry anda tu kat ruangan COMMENT entry ini (di blog k.wawa)


Nota

1. Game ini berlangsung sehingga 4 Mac 2011
2. Entry anda akan diundi secara rawak untuk menerima GIFT daripada saya


Miss Beyond tak tahu sangat camane main tagging kat blog ni, tak pernah main tagging. hahaha..Tapi kak Wawa dah bagi explaination kat fb dan blognya Ilham Bicara. Okay, I will try my best...heeee..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

5 Tabiat Saya


Suka mereka-reka. hahahah ini memang tabiat tak boleh blah.. bukan mereka-reka cerita yer.. ini reka = design kat pc lah.. Ada jer benda nak dibuat....


Suka membaca suratkhabar dari belakang.. Dulu la, zaman dulu-dulu sebab nak baca yang hiburan dulu.. haaha. Sekarang baca dari depan, baca berita utama dulu kemudian berita setempat dan luar negara. kena la ambil tahu isu-isu semasa.


Bila time sedih-sedih suka gi shopping atau window shopping, mesti beli satu barangan sebab wat nak wat kenangan itulah hari sedih. hahaha gelak lagi, sorry readers, Miss Beyond tak pandai nak buat serius2 dalam berblog.. Satu lagi makan coklat time sedih-sedih, sikit jer lah cuma meredakan mood sedih tu.

Bila beli buku atau majalah baru suka habiskan baca cepat-cepat. tak adanya nak simpan baca esok atau minggu depan kecualilah novel yang tebal sangat. Lepas tu mulalah boring. huhuh... Sekarang kurang dah beli semua-semua tu, sebab banyak baca kat internet jer. Kalau ada pun majalah Wanita dan majalah PC.

Pergi shopping atau ke tempat-tepat baru, mesti nak beli C.A.N.D.L.E, sebagai tanda kenang-kenanganlah konon.. Lepas tu kalau blackout tak ada langsung candle biasa, terpaksa lah korbankan yang collection punya dengan hati yang separuh.. Tak relaku bergelap2..  haa siapa yang nak bagi Miss Beyond pezen, sila bagi candle lah yer..hehehe

----------------------------------------------------------------------------------------------------------




Okai.. 5 Tabiat Miss Beyond telah pun kita ketahui... So Miss Beyond nak tag nama dan pemilik blog ni pulak.. Anda yang telah ditag harap-harap redha and sudi main tagging ni yer.. Sporting2 lah yer.. Hehehe..


1) Sis Azwa Nanee
2) ex Cik Kala
3) Miss Agent Sesat
4) Anem Arnamee
entah k.wawa.. sy dah tak tahu nak letak siapa.. huhuhu...
ok sorang lagi miss beyond rasa nak tag Cik cahayamylife lah coz dia dtg berkunjung ke blog..   so miss beyond letak nama dia..hehe..
5) Cik Cahayamylife

Sunday 13 February 2011

0 Petikan Harian Metro Online | Bangunan mesra alam

Tarikh : 13.02.2011
Link ke artikel di Harian Metro


CANGGIH... Menara Taiwan mengikut lakaran artis.

PERKHIDMATAN Internet tanpa wayar menyeluruh, jalan raya hanya untuk kenderaan pengangkutan awam, tiada kereta, sampah atau pengeluaran karbon.

Ia bagaikan satu impian yang sukar dicapai pada masa depan tetapi tanpa disedari banyak pihak, situasi ideal itu sebenarnya sudah wujud.

Masdar City — terletak hanya beberapa kilometer dari Abu Dhabi — akan beroperasi sepenuhnya menjelang 2020.
Mengikut pelan asal, bandar raya itu akan mengitar semula hampir semua air digunakan, selain kenderaan mengeluarkan asap diharamkan dan diganti dengan sistem pengangkutan berasaskan bateri.

Langkah sama turut dilaksanakan di bandar Dezhou, utara China, yang mencipta ‘lembah suria’ apabila semua lampu jalan dan kolam renangnya dipanaskan hasil haba daripada matahari.

Kira-kira 80 peratus daripada bangunan di situ juga memanfaatkan kuasa suria bagi memanaskan air.

Isu trafik pula memang satu daripada masalah terbesar di mana-mana bandar raya dalam dunia.

Di China, biasanya kerumitan itu cuba diatasi dengan penggunaan 50,000 basikal yang digunakan dalam skim perkongsian bersama.

Di Curitiba, Brazil, perkhidmatan bas Rapid Transit digunakan empat perlima populasi bandar itu melalui sistem prabayar.

Di Tallinn, Estonia, langkah kerajaan memberi akses Internet menyeluruh bagi membolehkan semua tempat awam, termasuk taman rekreasi, muzium, kafe dan kereta api, menjadi pusat sambungan ke dunia maya.

Bandar raya Minneapolis pula memiliki kawasan seluas hampir 95 kilometer persegi yang mempunyai sambungan Internet walaupun sesetengah penduduknya masih membayar bagi perkhidmatan berkenaan.

Kemudian, ada pula rancangan membina bangunan luar biasa oleh sekumpulan arkitek yang membayangkan sebuah dunia dipenuhi menara pokok, piramid terapung serta rumah yang dibina di atas air.

Sebahagian daripada reka bentuk paling menakjubkan turut dicadangkan dibina di Timur Jauh, dengan Jepun dan China bakal mendahului negara lain bagi mewujudkan sebuah model bandar bersih masa depan.

Pada masa sama, Britain juga berusaha ke arah itu. Bandar The Shard kini dibangunkan sebagai mercu tanda baru dan pusat pembangunan masa depan di South Bank.

BERKEMILAU... Masdar City di Abu Dhabi akan dibuka sepenuhnya pada 2020 dan tiada kereta dibenarkan di sini, manakala hampir semua airnya dikitar semula.

TOKYO MASA DEPAN... cadangan pembinaan Piramid Bandar Mega Shimizu belum menjadi kenyataan kerana bahan binaan ringan untuk diapungkan di Teluk Tokyo belum berjaya dicipta.



UNTUK PIALA DUNIA... Stadium al-Khor di Qatar akan menjadi lokasi pertandingan Piala Dunia 2022, menggunakan tenaga solar untuk menggerakkan penyaman udara bagi memastikan suhu berada di bawah 26° Celsius.

STADIUM HIJAU... Stadium Olimpik Sochi di Russia direka bentuk seperti cengkerang dengan dinding dan bumbung menggunakan bahan yang mampu ditembusi cahaya pada siang dan diterangi lampu ketika malam. Ia akan digunakan pada 2014.


MENARA TAIWAN... di Taichung, Taiwan, pelantar pemerhati berisi gas helium dibina di luar menara dan kerja membangunkannya akan dimulakan tahun depan. Bangunan diilhamkan daripada bentuk pokok ini menggunakan tenaga solar dan air hujan yang dirawat. Bakal menempatkan pejabat, restoran, muzium.



KAPSUL KONSEP... binaan Seascraper (atas) dibentuk untuk menahan arus kuat bagi mendapatkan sumber tenaga secara percuma, manakala Gyre (bawah) adalah menara akuatik yang mampu terapung di lautan. Ia boleh dijadikan pusat pelancongan atau stesen penyelidikan.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms