Tuesday 1 December 2009

0 Furniture Design

Tour Fontana Arte Table

(Pereka meja ini ialah Gae Aulenti.. bukan saya yer.. Saya cuma review dan mengulas tentang produk ini.... )

Meja kaca ini direka dengan menggunakan roda basikal sebagai kakinya. Rodanya cukup kuat untuk menampung berat kaca di atasnya. Setiap satu roda ini boleh dipusing dan meja ini boleh digerakkan. Boleh la dipanggil meja sorong ya? Sekejap alih meja ni dari ruang makan ke ruang tamu, sekejap letak kat dapur la, next time kat ruang tamu pula. Idea yang bagus untuk mobiliti tapi tak menyemak ke roda-roda tu masa nak makan... Pengeluarnya oleh Fontana Arte Manufacturer dan perekanya ialah Gæ Aulenti.





Rak ini pula direka oleh Giorgio Caporaso dan telah dipamerkan di Milan Furniture Fair. Ia berkonsepkan modular untuk perabot serbaguna. Rak ini boleh diubah ke pelbagai bentuk, sudah tentu ianya menarik dan boleh menjimatkan ruang.

Saturday 21 November 2009

0 Kisah saya, blog saya dan Kak Wawa


:hi:Assalamulaikum.. kali ni saya tak cerita pasal design atau pun buat tutorial.. Insya Allah ada mood nanti saya akan buat juga.. pasal saya tengah sedih sekarang ni.. ::(sob! sob! tambah dengan cuaca mendung, selalu hujan, maklum monsoon season sekarang.. lembu dan kambing pun turut sedih.. minggu depan diorang tak sempat raya.. hehe..

To Kak Wawa.. sorrylah saya tak cam suara Kak Wawa yang telefon tempohari.. tu larr lama sangat tak call Kak Wawa.. hehe.. sorry sengihnampakgigi Rindu jugak dengan Kak Wawa.. Kak Wawa cerita pasal kawan dia Kak Azni. Sesekali teringat jugak dekat Izzah.. dah besar ek dia sekarang.. teringat dulu, petang-petang pergi rumah dia, main dengan dia, lepas tu bawak dia balik rumah sewa. Harap Kak Azni (mama Izzah) sekeluarga dalam rahmatNya.

Kata Kak wawa.. blog saya ni meriah dengan lagu.. hik hik.. yer la Kak Wawa, saya ni suka dengar lagu... tak tengok tv pun saya tak kisah janji internet dan mp3 ada. Entahlah, saya tak tau cerita apa kat dalam tv skang.. Lagu pun kalau yang berfaedah dapat juga dijadikan sumber motivasi dan jadi inspirasi.. tentang blog ni tak banyak perubahan.. saya dalam perancangan nak tukar background lagi kepada yang lebih simple dan look professional., sehingga sekarang masih mencari-cari template sedemikian.. Walaupun demikian beyondmindeyesstudio masih tetap dengan tujuannya iaitu blog grafik, seni kraetif dan ukhwah blog.. tak ketinggalan celoteh saya yang merapu ni.. haha kepada designer yang lebih pro, minta tunjuk ajar, kepada kawan-kawan dan followers terima kasih sentiasa bersama blog ini.

Akhir kata, saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua.. Sama-sama kita hayati sirah Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S.


P/s: Tentu anda tertanya-tanya siapa Kak Wawa kan.. She is my senior, not just a friend. Kira best among the best lah. Dulu pernah dapat award hostel 'The Most Concern Girl'. She taught me how to be a leader and inspire me to success sampailah sekarang. Teringat kata-kata Kak Wawa.. " jangan jadi lilin, jadilah matahari.. sebabnya kalau lilin dia terbakar sendiri demi menerangi orang lain, tapi kalau matahari dia tetap menerangi orang lain sampai bila-bila.." lebih kurang macam tulah kata-kata Kak Wawa. tapi saya tak nak bakar lilin, Kak Wawa, abis lah candle collection saya.. gelakguling Kalau dapat jadi matahari demi menerangi orang lain alanglah seronoknya tapi kalau jadi lilin.. tetap redha saja..xpasti

Sekian dari saya...babai
Happy designing and happy blogging..

Saturday 31 October 2009

1 Teddy Bears Glitter Graphics Collection

:hi: dan assalamualaikum... Hari ini saya telah belajar tentang cara nak buat glitter graphics. Semua image 'Cik Ted' adalah dari Lord Of Design, yang lain-lain pun dari internet la.. found somewhere.. sengihnampakgigi Laa.. macam ni caranya buat glitter graphics... dah lama saya nak belajar buat, alhamdulillah baru hari ni dapat belajar.. senyum tapi tak adalah cantik sangat.. simple saja, glitter yang lagi advance saya tak sempat belajar lagi... So hasil dia macam kat bawah ni, saya paste sekali code, kawan- kawan yang nak ambil dan guna silakan.. it's for free.. Ini saja yang saya sempat buat, nanti ada lagi saya upload lagi ek... peace



Salam dari saya.. happy designing and happy blogging...babai

P/s: New hosting for these images..



(Images : 250x250 px. Copy code below...)























Monday 26 October 2009

0 Digital Graffiti Art


:hi: dan assalamulaikum.. Hari ini saya telah mencuba seni graffiti tetapi dalam versi digital. Buat dalam PS berani la saya kalau buat kat dinding rumah sendiri atau rumah orang mesti kena hambat nanti.. huhu....sedih tak naaakk.. Itu dah masuk kategori vandalism tu.. Saya hanya sempat buat satu artwork sahaja.. tak menarik sangat just for fun...

Brick background : Warna coklat gelap, bagi efek brick (filter, texture, texturizer, texture : brick, scaling:139%, relief:3, Light: top right

Fonts : 280 Graffiti Fonts Packs from Lord Of Design (free download)

Maksud graffiti...

Graffiti adalah nama untuk gambar atau huruf yang digores, ditulis, disapu atau ditandakan dengan cara apapun pada harta benda. Graffiti adalah setiap jenis tanda-tanda umum yang mungkin muncul dalam bentuk bertulis sederhana kata-kata untuk menjelaskan lukisan dinding.

Yang negatif tentang graffiti :takbole

- Graffiti sering dikaitkan dengan vandalisme.
-'Karya' dipaparkan pada dinding bangunan dan tempat-tempat awam.
- Kadang-kadang grafiti yang digunakan untuk menyampaikan mesej sosial dan politik.
- Graffiti digunakan sebagai isyarat kumpulan untuk menandakan kawasan dan sebagai penunjuk atau "tag" untuk geng-aktiviti berkaitan.

Yang positif tentang graffiti :

Pada zaman sekarang, seni graffiti makin diterima ramai.. Budaya-budaya gelap yang sering dikaitkan dengan graffiti dah makin berkurang lantaran lahirnya artis-artis graffiti yang berbakat dan karya mereka. Bagaimanapun, masih ada lagi yang menggunakan graffiti sebagai medium untuk melepaskan geram, menyampaikan mesej negatif pada pihak-pihak tertentu.. Sebahagian besarnya mungkin golongan remaja. Pada saya, mereka ini jika didekati, didengari, diubah hidup mereka, mungkin akan lahir ramai artis-artis graffiti yang berbakat. Contohnya menyediakan platform untuk mereka mencurahkan bakat. Mesej yang disampaikan lebih positif , tidak perlu maki hamun, kata-kata kesat yang menyakitkan mata memandang terhadap karya-karya seperti ini, apatah lagi agama kita sendiri melarangnya.

Islamic Graffiti

Graffiti juga boleh dijadikan medium untuk berdakwah pada masa kini. Visual yang dihasilkan cukup cantik dan mesej yang disampaikan cukup terkesan di hati. Yang mengingatkan kita akan kebesaran Ilahi, yang ingin berbuat mungkar segera datang keinsafan dalam diri.. Subhanallah.. Maha Suci Allah..

Artis Islamic Graffiti Antarabangsa

Mohamed Ali
Ketahui lebih lanjut tentang beliau di : http://www.aerosolarabic.com/v2/index.php

Antara karya-karya beliau:






Menarik bukan? Jom kita support artis-artis graffiti yang berdakwah macam ini.... tepuktangan



Salam dari saya, happy designing and happy blogging..babai

Saturday 24 October 2009

0 The Revenge Of The Dragon

:hi:dan assalamulaikum...Entri kali ni.. pasal dragon, Bukan filem atau storybook tapi tutorial photoshop kali ni.


Tutorial ni pun saya ada refer kat Internet. Semua 50 step, tapi sebagai 'lazy designer' menarisaya skip banyak step dan buat pandai-pandai sendiri... Modify sana modify sini.. janji hasil dia tak lari daripada 50%. Tapi tak kisah la kalau anda bagi saya markah 50% pun.. Tu sesuai dengan kemalasan saya.. dan tandanya saya kena usaha lagi.. sengihnampakgigi


Below is the result of the Ps Tutorial...


Dalam Toturial ini banyak guna 'Adjustment Layer'. Then adjust dia punya 'Colour Balance', 'Brightness and Contrast' dan 'Layer Mask'. Setiap satu imej kena adjust semua ni.. Tapi saya cuma adjust brightness kat 'Curve Adjustment Layer'. New experience saya belajar ialah bongkah tanah tu sebenarnya imej sebuah bukit. So, kita transform saja dia guna 'Rotate'.

Second things ialah cara buat aliran lava... Select 'Brush Tool', setkan warna putih dan setkan saiz brush 1px atau 2 px. Pada 'Layer Style', 'Outer Glow' warna merah dengan 'Blend Mode' 'Colour Dodge' dan 'Inner Glow' warna kuning dengan 'Blend Mode' 'Normal'. then buat aliran lava kat mana perlu. Tapi saya tak puas hati dengan aliran kat atas castle tu.. Ya ampunn.. doamemang tak menjadi..

Sumber : Photoshop Lady.com (I'm a photoshop lady too...rindu)
Imej-imej boleh didapati dari Deviant Art, tapi kena daftar dulu. links dah ada dalam tutorial Photoshop Lady..

p/s : Terima kasih banyak kepada Cikgu Constantin Potorac yang bagi begitu banyak step tutorial ini.. ngantuk tapi dengan result WOW... yang dia punya larr..

Salam dari saya, happy designing and happy blogging..babai

Wednesday 21 October 2009

0 Put Your Trust In Allah...

Sunday 18 October 2009

0 Fantasy Art Photopshop Tutorial – Plasma in the Lake





:hi: and assalamualaikum... This is the latest tutorial I have done in Sunday afternoon. Sumber tutorial ini ialah dari Pswish.com. Cikgu Lorelei ajar macamana nak buat efek 'Fantasi Plasma' macam dalam novel atau cerita-cerita fantasi dan magical. I use the picture of my nephew, Ashraf the 8 year old boy.

Tiba-tiba budak Ashraf ni muncul dari dalam air (tasik), ada magik pulak tu.. hahhahErm nanti abang-abang dia tengok picture ni mesti nak suruh buat jugak.. garupale

Ini adalah hasil yang patut saya dapat setelah jalani hukuman oops... 30 steps tutorial ini...senyum

For those yang mahu ikuti step tutorial ini, bolehla Cikgu Lorelei ajarkan.. Steps dia walaupun banyak tapi mudah difahami dan Insya Allah hasil dia tak lari sangat lah..celebrate

Tutorial address : http://pswish.com/fantasy-art-photopshop-tutorial-plasma-in-the-lake/
Star Brushes boleh download kat internet. Antara sumbernya: http://www.brushking.eu/Category/Stars-Space-Brushes.html

Salam dari saya, happy designing and happy blogging...babai

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms