Tuesday 25 January 2011

0 Petikan Kosmo Online | Kreatif olah bahan buangan

Tarikh : 25.01.2011
Laporan : Khairul Amri Hassan
Klik Link ke Artikel di Kosmo Online



SAMPAH bagi sesetengah individu mungkin menjadi khazanah bernilai andai dipandang dari sudut artistik. Bagi yang bijak memanipulasi bahan buangan seperti kertas dan plastik, tidak mustahil ia mampu memberikan pulangan berlipat kali ganda malah boleh dijadikan sumber pencarian utama terutama pelajar yang sentiasa berkehendakkan pelbagai hajat.
Penuntut tahun akhir jurusan Seramik di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Mohd. Hanif Asri, 22, sering mendapat cetusan idea untuk menukarkan kotak-kotak minuman terbuang menjadi robot unik pelbagai bentuk dan corak.
Mula berjinak-jinak dengan dunia seni penciptaan patung kertas atau paper toys sejak mengikuti bidang diploma di universiti yang sama pada tahun 2007, kini jenama Pepatun Artwork yang dikeluarkan olehnya bersama lima orang rakan lain bertukar menjadi fenomena kegilaan remaja urban.
Tidak menduga hasil kreativiti pasukannya yang digelar Pepatun Rangers mendapat perhatian kumpulan-kumpulan muzik remaja seperti Hujan, Hanif mengakui kini permintaan yang diterima mencapai tahap di luar jangkaan.
“Kami disunting oleh kumpulan Hujan untuk berkolaborasi menghasilkan sebuah robot khas untuk album terbaru mereka, Lonely Soldier Boy,” singkapnya dalam pertemuan pertama sewaktu pameran Art Market di FSSR UiTM Shah Alam baru-baru ini. Patung kertas berwarna merah yang direka khas berkonsepkan samurai Jepun dan bersaiz 22cm tinggi itu diberi nama Lonely Soldier Bot dan mengambil masa hampir sebulan untuk melengkapkan keseluruhan ciptaan termasuk penghasilan acuan atau template.                   

Robot yang dilengkapi beg galas dan kasut yang boleh ditukar-tukar itu juga dijual pada harga pasaran RM90 dan boleh ditempah melalui pesanan dalam laman web rasmi kumpulannya, www.pepatunartwork.com.
Tambah Hanif, kertas khas iaitu orbit paper digunakan untuk penghasilan rekaan terbaru berikutan sasarannya menyuntik elemen elit dan memberi keteguhan dalam struktur asasnya.



“Mulanya kumpulan kami tiga tahun lalu dengan penghasilan patung-patung kain yang diberi nama Pepadolls. Kemudian, kami berkembang dengan berimaginasi untuk mengubah kotak minuman dan straw terbuang menjadi sesuatu yang bermanfaat dan diberikan satu kelas yang tersendiri bagi penggemarnya,” ucapnya ketika bercerita detik awal penubuhan kumpulannya bermodalkan duit sendiri.
Selain terlibat dengan lebih 30 pameran dan jualan di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya, Pepatun Artwork yang turut dianggotai Zainuri Ramlan, 22, Hafeezan Sulaiman, 22, Fazly Abu, 23, Ahmad Shafiq Aziz, 22, dan Mohammad Ridhwan Mohamad Nasir, 22, dari pelbagai fakulti itu juga berjaya melebarkan sayap ke Bumi Kenyalang dengan nama premis, Rare Boutique. Langkah itu dipergiatkan sejak setahun lalu semata-mata untuk memenuhi permintaan pelanggan di kepulauan Borneo termasuk dari Filipina dan Kalimantan.

Tempoh operasi yang singkat bagaimanapun telah berjaya melahirkan empat generasi keluaran patung kertas berbeza iaitu Strawbot yang dijual pada harga RM15, Strawbot Anatomic (RM38), Soldier Bot (RM90) dan Soldier Bot Metaphora yang bakal menemui peminatnya dalam tempoh terdekat.

Saturday 1 January 2011

0 Good Bye 2010, Welcome 2011


Assalamulaikum and hi to beyondmindeyesstudio readers... Sudah lama saya tidak menulis dalam blog ini.. Maklumlah sudah berbulan terpaksa berpisah dengan pc dan blog kesayangan. Baru-baru ini berkesempatan pulang ke kampung untuk menghadiri kenduri temuduga spa dan apa lagi, angkut saja pc dan semua perkakas bawak naik bas.. Satu beg balak (beg balik kampung), satu plastik bag besar (barang kraf, speaker, wayar-wayar dan plug-plug), sekotak cpu dan sekotak monitor LCD. Setelah kotak dibalut kemas yang tertera hanyalah label "AWAS! Barang Kaca.." haha.. Siapalah yang nak letak label barang komputer? LCD? CPU? Lesaplah jawabnya.. :D

Grafik di atas sekadar illustrasi sahaja dan penulis/pereka tidak berniat untuk menyambutnya pun. Dalam proses mencari idea untuk mereka e-card ini, saya telah meng-google imej sedemikian namun idea tak datang juga (walhal design yang ada di google adalah yang terbaru dan hebat-hebat belaka). Oleh yang demikian saya berhasrat untuk mereka imej saya sendiri yang simple tapi menarik dan telah merujuk kepada salah satu tutorial Typographic yang pernah saya pelajari.

Perkataan 3D
Perkataan dalam bentuk 3D telah dibuat dengan menggunakan perisian Rhinoceros yang baru saya pelajari. Credit to Mr. Hairol yang sudi berkongsi perisian ini. Tanpa perisian 3D seperti Rhinoceros, 3D Max dan lain-lain, kita boleh mendapatkan imej 3D dengan menggunakan perisian Adobe Illustrator (AI). Perisian AI saya dalam free version CS5 (Adobe Cretive Suite 5)  telah pun lama expired. (T_T)

Rhino ke PS?
Tak mungkin dapat pindahkan file Rhino ke PS. Kalau dalam AI boleh kerana bila nak save file ada pilihan format .ai. Boleh save dalam format ai dulu seterusnya ke PS. PIlihan yang saya ada hanyalah print screen image di Rhino dan paste di PS. Boleh edit macam biasa. Saya telah asingkan perkataan 2011 daripada perkataan Good Bye 2010 Welcome.

Permukaan bercorak
Fokus pada grafik ini ialah perkataan 2011.Maka ia diberi rupa yang lebih istimewa sedikit pada "face" (bahagian atas) dengan menambah warna dan corak. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan Magic Wand Tool dan Lasso tool yang menandakan ruangan yang perlu dicopy.

Contoh, kalau nombor 2, gunakan magic wand tool dan klik pada permukaan 2 sambil memastikan layer yang terhighlight adalah layer 2011. Kemudian copy dan paste. Ia akan menjadi layer yang baru. Warnakan layer ini. Klik semula magic wand tool di layer yang baru dan klik brush, pilih brush yang bercorak, adjustkan saiz brush, tetapkan warna dan akhir sekali klik kan pada face 2 tadi. Maka terhasillah face yang mempunyai corak.

Penambahan efek smoke dan fog
Boleh dilakukan dengan brush snoke dan fog. Pastikan latar belakang berwarna gelap bagi memastikan efek smoke dan fog menyerlah. Ubah di bahagian opacity untuk kejelasan efek smoke dan fog.

Sekian tutorial yang tak macam tutorial dari saya. Seandainya ada permintaan untuk lebih detailkan tutorial ini dengan penambahan langkah bergambar sila hubungi saya, insya Allah ada kelapangan saya siapkan juga.

Salam hormat dari saya..

Happy Designing and Happy Blogging...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms