
Tatkala orang lain sibuk menguli tepung nak buat kuih raya nak jual, jemari ku pula sibuk menganyam
ketupat riben-riben untuk menghiasi tudung saji comel ku.. Yer lah first order dari Puan X (identiti dirahsiakan... sebab saya pun tak tahu siapa, kak ipar yang deal..hehe..) mahukan sepasang tudung saji berhias yang bertema hitam-putih dan bercorak abstract. Akan cuba jin Aladin

tunaikan.. tapi yang "kejadiannya" adalah seperti gambar di bawah.
Saya buatkan untuk Puan X yang bertema hitam-putih mnggunakan riben kain, aduss riben tu kecil saiznya jadi more works to do.. Riben plastik berwarna hitam saya tak jumpa cari.. huhu...rasanya memang tak ada jual. Lace organza putih pulak sudah habis stok, jadi saya beli lace warna gold jer la.. Yang abstract susah sikit nak buat, saya belum belajar lagi, puas di fikir.. Tak apalah, kata Puan X kat kak ipar saya dia terimalah macamana pun saya buat.. Ni sayang Puan X ni.. hehe... Saya tau Puan X nak pakai raya, so saya buat cepat-cepat untuk dia..
Tentang harga opss tak boleh nak jual murah sangat.. Setelah ditolak cost, abang saya cadangkan jual
RM22 bagi seunit tudung saji berhias
termasuk sepinggan nasi Eh puasa kan... hehe.. yang menggunakan riben kain, saiz kecil. Untuk riben plastik pulak lebih murah lagi..mungkin sekitar RM 18.. Sekarang abang saya pula yang nak tolong jual kat tempat kerjanya. Mungkin pula lepas ni saya promo kat lain pula.. Maklum baru mula bisnes, nak mula rasa payah jer, tapi bila dah start ada order, ok lah..
untuk pasaran offline sahaja buat masa sekarang.
Diperincikan dengan organza lace warna gold..
Eh eh ada butterfly.. mana datang ni..

yang ini belum ada sesiapa beli..
Biru, putih dan hitam temanya...

Alangkah cantiknya jika tudung saji comel ni mennghiasi meja makan
dan menutupi juadah istimewa anda di Aidil Fitri..
pasti lagi sedap juadah tu. hehe
Sekian dari saya...wassalam
Happy Designing and Happy Blogging...
