Thursday 11 November 2010

0 Resepi Puding Caramel

Tiada entry baru berkenaan grafik dan tutorial di blog saya. Pc dan ps jauh di kampung halaman.. Tak dapat buat apa-apa design pun dan juga e-card untuk Hari Raya Aidil Adha akan datang.. Apapun untuk entri baru saya postkan resepi saja lah.. Puding Caramel yang mudah.. Resepi ni dapat dari kawan, credit to her.

Resepi Puding Caramel
---------------
Bahan-bahan :
3/4 cwn gula
3/4 cwn air
1 tin susu cair
4 biji telur
1 sudu makan kastad
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara :
1. Gorengkan gula untuk buat karamel di atas api perlahan.

2. Setelah gula keperangan dan cair kesemuanya, masukkan air. Kacau lagi hingga gula mencair. Setelah jadi air karamel, tutup api dan sejukkan.

3. Di dalam bekas, masukkan susu cair, pecahkan telur dan kacau rata dalam bekas berasingan kemudian campurkan dalam susu cair. Masukkan sedikit air karamel, kastad dan esen vanila. Kacau rata.

4. Masukkan dalam loyang dan kukus hingga masak.

5. Setelah masak, sejukkan dan terbalikkan loyang dan tuang air karamel di atas puding.

Nota :
- Mengikut resepi sebenar, air dan gula masing-masing adalah 1 cawan. Saya kurangkan jadi 3/4 cawan (kurang manis). Goreng gula tu goreng kering ye jangan letak minyak pulak.. Jangan berangan masa memasak.. Karang jadi macam budak tu pergi letak air terus dalam gula. Jadi la air gula, tak jadi karamel lagi. Hahaha.

2. Semasa mengukus, balutkan tudung periuk kukus dgn kain atau tutupkan dengan beberapa helai surat khabar untuk mengelak wap terjatuh ke dalam loyang. Gantikan surat khabar yang telah basah dengan yang baru.

3. Selamat menjamu selera... Maaf tak ada image puding caramel untuk tatapan semua. Boleh google saja. Saya posting melalui hp saja, payah nak insert.

Sekian dari saya wassalam.,

Happy designing (food) and happy bloggin..

Wednesday 27 October 2010

1 Petikan Harian Metro | Wanita Paling Mudah Terkena

Laporan :  Afiq Hanif



DUNIA perkomputeran sememangnya memberi pengaruh yang cukup berkesan dalam kehidupan.
Apa tidaknya, kemungkinan satu pertiga daripada kehidupan seharian diluangkan di tempat kerja atau tempat belajar yang mana sebahagian besarnya berada di hadapan komputer peribadi (PC).

Tekanan kerja atau pembelajaran di hadapan PC jika bijak dikawal akan meningkatkan produktiviti atau motivasi, seterusnya memberikan kesan positif dalam keputusan tertentu, tetapi jika sebaliknya, ia akan memberi impak negatif kepada diri sendiri.

Boleh dikatakan, tekanan disebabkan pekerjaan atau pembelajaran adalah interaksi kompleks antara persekitaran tempat kerja, personaliti dan reaksi tubuh badan serta mental seseorang. Persekitaran pekerjaan memberikan desakan serta tekanan tertentu yang merangsang tindak balas individu secara mental dan fizikal.

Banyak implikasi negatif berlaku apabila seseorang tidak dapat mengawal tekanan kerjanya terutama apabila perkakasan komputer tidak membantu, sebaliknya menambah tekanan pada anggota yang menambah kekusutan di minda.

Lesu, murung, gelisah dan hilang tumpuan adalah antara kesannya. Kadang kala ada di kalangan kita yang mencari jalan singkat dan salah dalam mengatasi tekanan sehingga mengganggu kehidupan peribadi.

Sepatutnya, teknologi berupaya membantu kehidupan manusia bukan saja sebagai platform yang mempercepatkan proses kerja namun pada sama mengurangkan tekanan terutama melalui faktor rekaan produk yang bersesuaian.

Oleh itu, timbul perkataan ergonomik yang berasal dari bahasa Yunani iaitu ‘erg’ yang membawa maksud bekerja dan 'nomoi' iaitu undang-undang alam bermakna persekitaran pekerjaan dipengaruhi keadaan alam sekitar.

Mengikut pakar ergonomik, Holly A Sweeney, persekitaran ergonomik mula dikesan pada awal abad ke-18 yang mana doktor melihat situasi pekerja memerlukan mereka untuk mempertahankan kedudukan tubuh badan tertentu bagi jangka masa lama sehingga mengalami masalah muskuloskeletal.
“Dalam 20 tahun terakhir ini, kajian jelas menunjukkan bentuk hubungan antara persekitaran pekerjaan tertentu dan kecederaan tekanan berulang (RSI),” katanya.

Menurutnya, terdapat dua unsur yang dikesan termasuk pekerjaan yang statik atau bekerja secara statik yang merujuk pada keadaan muskuloskeletal diperlukan untuk posisi tertentu walaupun ia memberi keselesaan kepada individu.
“Sebagai contoh, ketika kita duduk dan bekerja di komputer, menjaga kepala kita dan menegakkan tubuh memerlukan jumlah pergerakan kecil bergantung pada kecekapan posisi tubuh kita yang mengadaptasinya,” katanya.

Tambahnya, tekanan merujuk pada jumlah ketegangan otot yang kita hasilkan. Misalnya, menggerakkan kepala ke depan atau belakang dari kedudukan tertentu yang membuatkan otot bekerja di leher sehingga meningkatkan kekuatan disebabkan penambahan ketegangan otot diperlukan untuk menyokong kepala anda pada kedudukan condong.

“Sehingga kini, pakar ergonomik mengkaji kemampuan manusia dalam bekerja serta cuba untuk mentakrifkan postur yang meminimumkan kerja statik dan mengurangkan tekanan pada tubuh,” katanya.
Salah satu teknik yang dicadangkan Sweeney adalah Teknik Alexander yang membolehkan pengguna meletakkan prinsip ergonomik dalam amalan seharian seterusnya membantu mereka mengurangkan risiko RSI.

“Teknik Alexander bukanlah hal baru. Ia dikembangkan pada abad ke-20 iaitu kaedah pendidikan yang menunjukkan bagaimana mereka ‘menyalahgunakan’ tubuh mereka dan bagaimana kebiasaan seharian di tempat kerja membahayakan mereka,” katanya.

Beliau berkata, Teknik Alexander mengajar bagaimana untuk mengelakkan kebiasaan kerja statik yang berlebihan dan bagaimana mengurangkan jumlah kekuatan otot yang tidak perlu mereka terapkan untuk tubuh.

Berada di depan PC sememangnya mengakibatkan tekanan yang menggusarkan yang memerlukan manusia mengubah sedikit situasi biasa diamalkan kepada teknik lebih selamat dalam usaha memelihara kesihatan tubuh badan secara fizikal.

Ergonomik yang merujuk kepada hubungan antara pengguna dan persekitaran (biasanya perkakasan digunakan) membolehkan pekerja lebih produktif dan kreatif de�ngan ruang pejabat perlu direka bentuk secara ergonomik.

Justeru, terdapat unsur persekitaran seperti perabot, pencahayaan sempurna selain pilihan perkakasan perkomputeran yang membolehkan seseorang bekerja dengan baik perlu diberi penekanan.

Jika diabaikan semuanya, pengguna akan sering mengadu sakit kepala, sakit tengkuk, sakit belakang, kelesuan, mata letih, lenguh pergelangan tangan, lenguh siku ataupun sakit bahu yang boleh menurunkan kadar produktiviti.

Kalau ia diabaikan, pengguna akan mengalami RSI atau masalah tulang belakang terutama yang berada di depan komputer dikategorikan sebagai pengguna Terminal Paparan Video (VDT).

Kebanyakan VDT mengalami simptom seperti pedih mata kerana terlalu lama menghadap skrin komputer atau pencahayaan terlalu cerah atau tidak mencukupi.
Difahamkan, kelesuan dan sakit kepala yang berat menjejaskan daya konsentrasi mereka.

Dengan simptom berkenaan turut mengalami kesakitan anggota terutama bahagian bawah belakang, diikuti leher dan bahu kerana menjalankan tugas menggunakan komputer dan kerusi yang tidak direka secara ergonomik.

Malah, wanita dikatakan lebih cenderung menghadapi masalah ini kerana saiz badan kecil dan tidak serasi dengan perabot pejabat yang keba�nyakannya hasil rekaan di negara yang tidak menghasilkan reka bentuk sesuai bagi wanita negara ini.

Pengurus Ergonomik Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Dr Jalaluddin Dahalan ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Kajian Gangguan Otot dan Tulang di Persidangan Keselamatan Pekerjaan ke-5 berkata kajian membabitkan 460 pekerja beberapa syarikat iaitu 248 wanita dan 221 lelaki menunjukkan beberapa hasil mengejutkan.

“Sebanyak 70 peratus pekerja mengadu pedih mata, 64 peratus kelesuan, 50 peratus menjadi pelupa, 47 peratus sakit kepala, 41 peratus terkena radang atau kerengsaan dan 36 peratus mengalami masalah konsentrasi.

“Sebanyak 61 peratus pekerja terbabit juga mengadu sakit bahagian bawah belakang, 52 peratus sakit leher dan 50 peratus sakit bahu,” katanya.

Hasilnya, kajian itu mengemukakan beberapa cadangan bagi menangani masalah ini termasuk menyarankan pengeluar perabot tempatan menyesuaikan reka bentuk perabot mengikut saiz badan rakyat negara ini, terutama wanita serta mengawal waktu kerja supaya tidak terlalu lama melakukan senaman ringan atau regangan dan pembahagian kerja yang seimbang.

Dalam keadaan perkomputeran di tempat kerja pula, NIOSH mencadangkan panduan seperti menempatkan komputer di bawah cahaya lampu yang membuatkan anda tidak hanya menumpukan kepada satu kawasan saja iaitu skrin komputer.

Untuk penggunaan dalam tempoh masa panjang, ruang kerja sepatutnya tidak gelap kerana cahaya daripada monitor boleh mempengaruhi kesihatan.

Letakkan komputer sejauh mungkin dari muka untuk mengu�rangkan radiasi dari skrin.

Sekiranya ruang kerja anda terlebih cahaya, mata anda akan mula berair. Cuba kurang�kan pembalikan cahaya dari permukaan skrin. Jika boleh, cahaya tidak terpancar terus ke mata anda.

Cahaya semula jadi lebih menenangkan dan menjimatkan tenaga, tetapi cuba elakkan daripada menerima terus cahaya matahari ke atas skrin ketika bekerja.

Tentukan kedudukan monitor komputer supaya bahagian atas skrin monitor berada pada atau di bawah paras mata anda.

Letakkan pula tetikus komputer dekat dengan papan kekunci untuk memastikan anda tidak perlu mencapai dengan meng�gunakan keseluruhan lengan daripada badan ketika berada pada keadaan duduk. Jangan lupa untuk memastikan jarak yang bersesuaian dengan kedudukan monitor komputer.

Hadkan masa menghadap komputer bagi memastikan anda berehat seketika untuk melakukan regangan atau senaman ringan.

Antara senaman yang digalakkan selepas penat mengadap monitor untuk tempoh lama ialah:

1. Membuat genggaman tangan yang kuat dan gerakkan dalam 10 bulatan ke dalam dan 10 bulatan ke luar.

2. Letakkan permukaan tangan anda bersama dan ramas dalam 10 saat. Ulangi langkah ini dengan unjurkan jari ke bawah dan ramas untuk 10 saat berikutnya.

3. Kembangkan jari anda dan kemudian kuncupkan semula.

4. Berdiri dan peluk badan de�ngan tangan, kemudian pusing ke kiri dan ke kanan.�
Dengan adanya panduan ini, perhatikan semula tempat peng�gunaan komputer di pejabat anda dan buat perubahan yang sesuai.

5. Ukuran ergonomik bagi ketinggian perabot meja kerja hendaklah antara 650 hingga 750 milimeter (mm) dari aras lantai manakala ketinggian papan kekunci komputer pula lebih rendah iaitu kira-kira 570 hingga 670 mm.

6. Jika papan kekunci diletakkan atas meja, pasang alat penyokong tangan untuk memastikan tangan separas dengan papan berkenaan supaya dapat mengurangkan ketegangan pada jari, tangan dan bahu.

7. Komputer diletak membelakangi cahaya matahari dan dijauhkan daripada pancaran cahaya lampu kerana kesan silau boleh memedihkan mata.

8. Pastikan juga kerusi yang dibeli adalah kerusi untuk bekerja, bukan kerusi untuk kegunaan lain. Oleh itu, carilah kerusi jenis berpusing supaya ia turut berpusing apabila anda memusingkan badan, misalnya untuk menjawab panggilan telefon atau mencapai sesuatu di tepi dan belakang meja.

9. Seelok-eloknya pilih kerusi yang berkusyen supaya punggung tidak berasa kebas apabila terpaksa duduk lama. Jika kerusi berpelapik kusyen yang terlalu lembut akan menenggelamkan punggung dan membuat kedudukan ketinggian antara meja kerja dan kerusi kerja tidak sesuai.

Saturday 25 September 2010

2 Review Majalah 3 sekejap tadi..

Assalamualaikum.. Sebenarnya kali ni bukanlah posting baru, tapi komen untuk kenalan blogger saya Cik Solvil. Tak taulah kenapa, dah try komen kat blog dia, tp x dpt, guna hp je. Last2 buat posting kat blog ni, haha. Sorry Cik Solvil, highlight kan nama anda di blog ni. (Sekarang guna hp je browse internet, sebab sekarang ni berada kat luar Terengganu, laptop x ada,PC pula tinggal kat rumah. Sabar je lah..huhu.)

Wah..Cik Solvil masuk M3 ye.. Tahniah. Hari Jumaat petang lagi terpandang promo M3 kat tv. Sure kena tengok ni. Baru tahu lebih detail skop kerja anda bagaimana. Ternganga anak-anak buah saya kat umah ni tengok model-model anda, diorang ni hari2 suka main lego. Yang si adik cakap eh sama la lego (gambar orang) tu dlm internet Pernah tnjuk kat dia gambar Cik Solvil pegang lego gambar orang). Anyway congrate again. Mintak sain otograf satu, hehe.

Saturday 18 September 2010

0 Resepi Puding Cocktail






Assalamualaikum.. Posting kali ini, kita bukan nak buat Puding Cocktail melalui Adobe Photoshop tapi betul-betul kat kitchen la.. Resepi ni dah lama dah, dapat dari seorang rakan lama.. Puan Aida namanya.. credit to her.. Untuk Aidil Fitri lepas pun saya cuba juga buat untuk hidangan.. tak lah banyak sangat, siapa datang beraya dia dapat.. (rezeki jiran sebelah..)





Puding Cocktail yang telah siap,
ditambah aiskrim vanilla dan buah cherry merah.
Cherry tu hiasan melalui Photoshop je tu.. hehe..




Puding Cocktail Tropika (betik, nanas, nata de coco dan cherry)
Cherry hijau sekadar pelakon tambahan..



Bahan- bahan Puding Cocktail :
1 paket kecil agar-agar serbuk (dalam  8 gram 1 paket, biasa saya guna SERBUK AGAR-AGAR NONA)
4 gelas air
3/4 -1 tin susu pekat manis (kemanisan ikut citarasa sendiri..boleh modify)
1 senduk susu sejat /cair
1 tin cocktail
3 biji telur
sedikit tepung kastad yang dibancuh dengan air
Pewarna

Cara-cara:

Masak agar-agar dengan 4 gelas air dalam periuk sederhana besar, di atas api sederhana. Campurkan air cocktail, 3/4 - 1 tin susu pekat dan 1 senduk susu sejat/cair. Kacau perlahan Pecahkan telur dalam bekas berasingan dan pukul. (jangan sampai nangis ye) Kemudian tuangkan dalam periuk tadi sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga habis telur tadi. Masukkan pewarna, bancuhan air kastad dan akhir sekali masukkan cocktail. Kacau dan biarkan seketika. Kemudian boleh padamkan api dan sedia dituang dalam acuan. Tunggu sejuk sedikit kemudian boleh simpan dalam peti ais.

Bahan-bahan Kuah Kastad

Lebihan susu sejat/cair (anggaran 3/4 tin)
Sedikit tepung kastad dibancuh bersama air
2-3 cawan air.


Cara-cara :

Masakkan susu sejat/cair di atas api perlahan. Masukkan air kastad dan masukkan 2-3 cawan air. Biasanya saya masukkan 2 cawan air sahaja tapi untuk yang baru-baru ini saya masukkan lebih banyak air supaya kuah kastad jadi lebih cair sedikit dan tidak terlalu pekat. Anda boleh ubah mengikut kesesuaian citarasa anda lah.. Setelah masak, tutup api dan sejukkan. Sedia dituang ke atas puding cocktail.

Hiasan:

Boleh dihias dengan cherry, peach slice atau aiskrim vanila.


P/S: Kemanisan puding ini bergantung pada banyak mana susu pekat yang anda guna dan tiap-tiap orang skala (skala ke?) manis baginya berbeza. Macam baru ni, saya guna 1 tin susu pekat pun ada orang kata tak manis lagi, dan sorang lagi kata dah manis. Anda boleh modify ikut citaras sendirilah ye.. Kalau nak buat bahagian puding tanpa kuah kastad pun ok sebab dah manis. Kalau pertama kali cuba x menjadi, sila cuba lagi dan modify mana yang patut sebab kadang bila saya masak pakai anggar jer, modify juga mana yang patut. Kalau boleh cocoktal yang anda guna tu biarlah yang ada buah peach, cherries, dll berbanding yang ada tropical fruit seperti betik, nanas dll sebab ianya rasa masam sedikit. (Saya guna yang ini dalam gambar tu.. busy bershopping raya tak sempat cari yang lain)Tapi bagi yang gemar, tak ada masalah.


Sekian dari saya..

Happy Desingning (food) and Happy Blogging..

0 OPEN BLOG VS OPEN HOUSE

Jom Menjamu Selera Mata...

Nasi Beriani, Laksa Terengganu, Lemang, Almond London, Tat Nanas, Batang Buruk,
Puding Cocktail dan lain-lain pilihan beyondmindeyesstudio




Mari kita lihat istilah-istilah ini:

OPEN HOUSE : Trend membuat rumah terbuka dalam bulan Syawal dengan menjemput kawan-kawan dan saudara-mara beraya bersama dan dihidangkan dengan juadah istimewa.

OPEN OFFICE : Istilah open office ialah perisian macam Microsoft Office jugak, sebuah set perisian produktiviti pejabat. Ia sumber perisian terbuka yang di taja oleh Sun Microsystems tapi kita tak nak bincangkan pasal perisian kat sini.

"OPEN OFFICE" : Warga pekerja pejabat juga tak ketinggalan buat style open house ni. Jika dibuat di pejabat, kita sebutlah "open office" yer tak..?

"OPEN BLOG" : bukan bertujuan blog dibuka untuk ditulis orang lain, tapi sekadar dijemput ziarah dan menjamu mata dengan visual juadah dan kuih muih yang disediakan si penulis blog.. Saya lah tu... (istilah open blog kat sini je ada kot.. Jangan percaya istilah merapu ini.. hehe)


Jomlah rasa juadah dan kuih muih ni.. tapi saya hanya mampu paparkan visual sahaja.. bukan juadah dan kuih muih real... Maklumlah di alam maya ini semua virtual.. Tak mampu nak nak buat open house betul-betul punya untuk pengunjung dan kenalan blog ini, maklumlah blog pun pada tahap yang tak berapa nak "pemes" ni mana ramai pengunjung sangat dan anda juga ada di merata-rata tempat.. Samada yang saya kenali ataupun tidak. Masih lagi tercari-cari siapa pengunjung setia dari Seri Kembangan (tapi Feedjit tulis Seri Kembangan, Negeri Sembilan) yang suka view KIds At The Zoo (Playground) dan juga pelawat dari Jakarta Raya yang selalu juga ke sini. I would like to thank to local and foreign visitors for your regular visits to this blog. Have a nice surfing here no matter what your race and religion in the name of sharing knowledge and skills. For Muslims all around the world out there.. I wish you Happy Eid Mubarak.


Semua imej di atas bukan saya punya (kecuali tudung saji berhias tu).. cuma editting saja.. Di bawah ni pemilik beberapa imej tersebut, credits to them. Bukan senang nak promo-promo web dan blog orang ni, siapa yang nak tahu lebih jelas sila ziarah ke sana lah ye.. Mana tahu yang terpandang resepi nak cuba atau yang terpandang jualan nak tempah untuk tahun depan.. rezeki tuu.. hehe

http://www.eats.my/recipe.php?id=21
http://www.pahang-delights.com/lemang.html
http://munirahghazali.fotopages.com/?entry=941779
http://tourism.terengganu.gov.my/culinary/laksa.htm
http://kuihrayaodah.blogspot.com/2009/08/almond-bar.html
http://mycookiesrecipe.blogspot.com/2009/07/pineapple-tart-tat-nanas.html
http://krafkasihjie.blogspot.com/2010/04/bekas-kuih-menarik-harga-menarik.html





0 Aidil Fitri 2010

Salam Lebaran... Hari Raya tahun ini amat sederhana bagiku.. Nasib baik teringat nak beli baju raya, kalau tak, jadi macam satu tahun tu tak ada langsung baju raya sebab terlupa nak tempah, tak sempat beli gara-gara sibuk dengan final project masa study zaman dulu-dululah.. Persiapan untuk diri pun cukup hanya 3 pasang baju kurung dan 2 blouse yang sederhana, tak der vogue 2 lagi dan tak der blink2 lagi.. haha.. Bukan pergi berjalan raya sangat pun, cuma pakai saja dan kemudian duduk kat dapur.. huhu. Kemeriahan raya di rumah pun kurang terasa sebab tak ramai saudara mara yang datang berkunjung pada tiga hari raya pertama berbanding tahun-tahun lepas yang mana sudah ditempah juadah raya: nasi minyak, laksa dan nasi dagang.

Masing-masing malas nak berjalan raya.. yerlah jam terlalu teruk di sepanjang jalan terutamanya pusat bandar Kuala Terengganu. Siapa yang tahu jalan short cut oklah.. Lepas raya jam lagi, warga kota yang dah habis bercuti berpusu-pusu pulang ke destinasi masing-masing. Dalam perjalanan mesti singgah punyalah shopping after raya kat Pasar Payang, beli keropok Lekor Losong atau di sepanjang jalan di Marang, kat Kijal pulak tentunya Lemang Kijal yang glamour jadi pilihan. Alhamdulillah sekurang-kurangnya perantau ni masih ingat dan mahu meneruskan trend balik kampung. Saya tak balik kampung (area K. Terengganu je), beraya kat rumah je setiap tahun, maklum atuk nenek dah tak ada, yang dekat kampung pakcik-makcik di kampung, KL dan Negeri Sembilan pula yang datang ziarah kami.

Adalah jugak beberapa keping foto raya bersama mereka tapi saya malas plak nak exposed diri saya yang ada dalam gambar tu kat sini.. Nak crop tak sesuai.. jadi dipaparkan foto-foto anak-anak buah yang beraya sakan. Err tahun ini saya tak bagi duit raya untuk anak buah (maklum company sendirian berhad), jadi diorang pula yang bagi saya duit raya.. ada yang bagi seringgit, ada yang bagi dua ringgit.. Sebenarnya nak membodek saya sebab nak main games kat komputer saya.. Haha dah macam cc la pulak.. payah nak nak tutup cc ni, yang kecik nak main games, yang besar sikit nak ber FB.. Ish..ish.. raya pun tak cuti ker games dgn FB tu.. hehe

Anak buah saya cuma main bunga api je..
Ada ke dipaksa saya main sama? Kwang3x...



Tg. Noor Aliya Syahirah
Anak buah saya yang baru.. baru pertama kali beraya
sedondon gaun dengan sampul raya celcom.. biru dan putih.


Anak buah saya yang lama.. 4 tahun dah beraya hehe..
Awek kecik makin vogue berbaju kurung merah dan
kasut hitam putih berkilat nak pergi raya...


Tak ketinggalan anak dara meningkat remaja
Aiena & Adwina nak vogue jugak..


Nazeem, Yash Ammar (anak cousin), Nizam dan Alif
seronok main games.

Sekian dari saya..

"Happy Designing and Happy Blogging"


p/s : dah beraya design dan blogging la pulak

Saturday 4 September 2010

2 E-Card Aidl Fitri 1431

Especially for beyondmindeyesstudio Followers and Readers... Rakan Designer & Semua yang mengenaliku...



Asalnya design ni nak buat untuk anak buah punya e-card.. Bila dah siap, macam ok jer..ok ker? Eh eh mana aci.. aunty dia nak jugak.. hehe.. malas nak design lain punya pasal..


Pesanan untuk semua : maaf banyak-banyak.. selamat balik kampung, pandu cermat, jangan main mercun, gembira di hari raya, dah habis cuti jangan lupa balik rumah yer.. yang bekerja di hari raya.. sabar dan kerja ajer lah.. hehe


credit to Vectorise for the lovely khat, smsluv.com for the nice pantun (dah modified sikit)

Monday 30 August 2010

0 LO Digital Scrapbook Anak Buahku

Assalamulaikum.. salam Ramadhan al- Mubarak.. Untuk anak buah saya yang baru, saya telah mengedit gambarnya dan buatkan Digital Scrapbook untuknya.. Baby ni adalah anak buah saya yang ke 11, lahir pada 28.08.2010 baru-baru ini.. Anak buah perempuan yang ke 4 dan selain tu 7 lagi adalah lelaki. Kat bawah ni LO Digital Scrapbook baby tu yang sempat saya buat. Oh ya.. baby ini masih belum diberi nama lagi..



Diabadikan dalam fake magazine cover...
(made in beyondmindeyesstudio)



Bar code tarikh lahir baby ni...



Tido ajer yer.. pergi kedai abah cepat..
orang nak beli topup tu..




Baby tengah tengok tangan dia.. kenapa
ada kain kat tangan ni.?



Elephant, Rhino, Giraffe and Monkey want to play with you



Baby ceria.. "Daddy Is My Hero"- Her first shirt



Atas kiri : Kakak ipar (Haniza)
Bawah kiri : kakak ipar pd kak haniza
Kanan : baby lah.. nak kuar wad dah ni...



SEMALAMAN DI HSNZ.. Pada 27.08.2010, lebih kurang dekat pukul 12 malam, terima panggilan telefon dari abang no.2 minta temankan kakak ipar nak bersalin.. Laa nak bersalin dah ke.. tak nak tunggu esok pagi? Maka sepantas kilat saya bersiap-siap dan kemas barang, for sure malam tu tidur hospital. Mula la kalut mengemas, yang penting broadband tu huhu.. sempat lagi tu.. Mujurlah jalan tak jam, cuma lampu merah di traffic light yang melambatkan. Tapi kakak ipar cuma sakit je bukan "dan-dan" nak bersalin.. Kalau tak, bersalin dalam kereta? Siapa bidannya? Saya? Wooh.. ngeri-ngeri...

Sesampai di HSNZ Kuala Terengganu.. dah la salah jalan, ingat nak ke kecemasan ke.. So pergi semula ke pintu utama.. Ishhh kalut punya pasal.. Setelah daftar dan kakak diperiksa, saya pun tunggu kat luar.. Sambil menunggu sempat lagi main Ym, x der laptop cuma hp saya jer.. Terkejut kawan saya bila saya cakap ada kat hospital, tanya siapa sakit.. Setelah diberitahu kakak ipar nak bersalin, saya pulak yang kena sound, "dah awak bila nak bersalin..?" wakaka.. kita pulak.. kurang asam punya awak.. nakal ekk...

Setelah diperiksa beliau dimasukkan ke wad menunggu bersalin... Lama jugak ni.. Saya steady jer duduk menunggu kat kerusi di luar bilik pemeriksaan.. Alamak.. battery hp abis la.. Kat depan tu ada plug.. saya dah siap jeling-jeling plug tu, nak gi charge tak berani.. Lama jugak tunggu.. tak bersalin lagi.. Saya ni macamana.. tak tidur ni.. Mana boleh dan mana selesa tidur atas kerusi macam tu.. tempat public pulak tu.. orang lalu lalang.. bercampur lelaki perempuan.. Ada makcik-makcik siap bawak tikar tidur kat atas lantai... saya tak lah.. malu arr macam tu. anak dara mana leh wat macam tu.. hilang kesopanan dan keayuan.. hoho..

Tak lama abang saya datang lagi... Saya tanya nak charge hp, dia kata boleh kot.. So dengan berani saya pergi charge. Lebih kurang 15 minit.. nurse-nurse keluar dengan patient... "Adik.. tak boleh charge ye...." "Ye...ye..kejap...." haha.. kan dah kena sound.. Nasib baik tak ramai orang.. Tapi saya rasa orang lain pun faham, kalau dalam keadaan kecemasan macam tu, bateri hp habis, mesti susah nak buat panggilan..kan.. hehe.. Tapi tak apa, dapatla charge sekejap...

Saya bersahur dekat dekat pukul lima pagi dengan nasi goreng dan teh o panas yang abang beli. tak apalah tak selesa sikit pun.. janji besok dapat berpuasa. Lebih kurang pukul 6 kakak dihantar ke dewan bersalin.. Saya pulak yang berdebar-debar. Tapi alahai tak bersalin jugak.. Jam 7,8 dah 2 kali gi bertanya nurse kat kaunter dewan bersalin.. Menuggu dalam keboringan.. borak jugak dengan makcik yang menunggu menantu dia bersalin, tiba-tiba dia hadiahkan saya sesuatu, benda ni biasa jer tapi memang penting diwaktu memerlukan.. hehe dan juga sepotong doa.. Minta maaf tak boleh nak beritahu apa benda itu hehe.. :)

Akhirnya kakak ipar dibawa keluar jugak setelah selamat bersalin pada jam 7 pagi.. Eeii nurse ni, kita tanya 2 kali tapi diberitahu belum bersalin. . tentulah sekeluarga risau. Alhamdulillah dapat bayi perempuan seperti saya nak, tapi memang doctor scan perempuan. Beratnya 3 kg lebih. Tak ada masalah apa cuma lemas sekejap setelah lahir, tapi alhamdulillah baby ni ok.

Setelah masuk ke wad post natal.. dapat la saya tengok puas-puas. Apa yang lucu bila je dia dengar baby lain nangis.. dia pun nangis sama.. Lagi kuat suaranya.. Amboi buka loudspeaker tu...Tak dapat nak snap gambar dia, kehabisan bateri hp. Dalam pukul 12 saya pergi ke Surau HSNZ, nak berehat.. Dah la surau ni depan pantai.. badan dah letih, kena plak angin pantai.. fuhh mengantuk.. dapatlah rehat dan qadha tidur semlam.. hehe...Dapat charge hp lama-lama. Lebih kurang pukul 5 petang saya naik balik ke wad.. Dapatlah saya snap gambar dia banyak-banyak dan ambil video.. Setelah uruskan pendaftaran keluar dengan kakak ipar kakak, dapatlah si ibu dan bayi keluar.. Abang hantar saya balik dulu kemudian baru balik rumah kakak ipar, anak buah saya yang tunggu kat rumah saya tu bukan main excited lagi bila tengok ibu bapa mereka pulang bersama adik yang baru..


Friday 27 August 2010

0 Belajar Membuat Vector Pelita Menggunakan Adobe Illustrator

DIPERBHARUI: PENAMBAHAN LANGKAH BERGAMBAR UNTUK TUTORIAL PELITA

(Maaf, penambahan tutorial agak lewat tapi masih belum terlambat lagi untuk mendesign kad raya untuk kawan, raya kan sebulan.. layangkan sesuatu daripada hasil tangan anda sendiri, pasti lebih bermakna...updated 9 sept 2010)


Assalamualaikum.. Masih lagi dalam mood Ramadhan dan nanti akan menyambut raya pula. So saya telah belajar membuat vector pelita. Tujuan sebenar nak letakkan sebagai widget. So saya telah meng"google' image pelita. Malasnya nak trace buat vector, so saya vectorkan secara automatik di internet... Uuuuihh hasilnya macam tak bestlah. So terpaksalah trace balik dalam Illustrator. Tutorial ni bagi siapa yang dah tahu asas illustrator, yang boleh guna pen tool, colour, gradient colour dan change colour. Satu lagi, effects outer glow dan revolve. Yang tak tahu guna outer glow dan revolve ada cara diberi di bawah. Harap boleh faham.


(atas kiri : gambar pelita yang ditrace.
atas kanan : gambar asal pelita
bawah kiri : pelita 3d
bawah kanan : pelita 3d berbagai warna dan
garis merah adalah lukisan badan pelita sebelum ditransform ke 3d.


Imej sebenar

Imej yang telah di "online vector"

MEMBUAT VECTOR PELITA

Open image pelita dalam Adobe Illustrator. Klik dekat "pen tool" kemudian trace dekat objek. Kalau dekat api, sekeliling api tu lah kena trace. Warna kat api, buatkan "gradient" colour kena trace, gunakan warna gradient oren ke kuning. Kemudian pergi ke "Effect"-->"Stylize"--> "Outerglow" Pilih mode "normal",warna kuning, "Opacity" pilih berapa yang anda nak. Jangan lupa tick dekat "Preview". Setelah puas hati terhadap hasil kerja anda, tekan "OK"

Untuk badan pelita gunakan "pen tool" untuk trace. Saya gunakan warna kelabu gelap, bukan "kelabu asap" ye.. Part atas badan pelita ni saya trace jugak dengan gradient colour hitam dan putih. So nampak ada cerah gelap kat situ.

Untuk panjut pelita, saya tracekan jugak, warna buluh tu seakan kuning cair. Bahagian anyaman warna gradient orange gelap-orange cerah. Susun aje jalur-jalur anyaman ni dengan seret objek tu.. tak payah susah-susah macam saya nak anyam tudung saji..hehe.(Kalau saya select layer tudung saji tu kan best lepas tu duplicate banyak-banyak. Muahahaha.. senang lepas tu jual je.. amboi berangan...)

MEMBUAT PELITA 3D

Jom kita design pelita 3D, ikut langkah bergambar di bawah ini.

Tapi hasil vector ni tak der lah best sangat, so saya punya idea nak buat pelita ala 3d. So apa yang diperlukan lukiskan separuh badan pelita dalam bentuk 2d dulu. Pastikan wall anda ada grid ehe eh bukan wall kat Fb tau.. Pergi ke "View"--->"Show Grid". Pada yang dah terer tangan cam pembaris tu.. tak payah guna grid.. Badan pelita sekali dengan bahagian besi yang sumbu dia tu. Sila rujuk gambar kat bawah. Line merah tu lah separuh badan pelita.


STEP 1 : Sebagai contoh tutorial, saya mahu membuat pelita berwarna pink -merah. Klik 2 kali pada stroke, pilih warna. Klik pada pen tool. Mulakan membuat separuh badan pelita secara 2D. Rujuk gambar di atas. Pastikan line dan lengkung smooth, yang tajam-tajam tak nak ye. Yang ada tajam-tajam tu sila select all-delete dan buat baru.



STEP 2 : Pergi ke Effect --->3D--->Revolve. Pastikan ia 360 darjah dan tick kat preview. Hasil kerja anda kan terpapar. Klik ok. Boleh save seketika sebagai langkah keselamatan.





(saiz boleh di adjust macam biasa)


STEP 3 : Langkah seterusnya ialah menambah api pada pelita. Tracekan saja dari imej original. Buka imej pelita (original) di Adobe Illustrator dan copy pada fail pelita 3D tadi. Klik pada pen tool dan stroke, pilih warna oren atau apa-apa saja (sebab nanti stroke ini akan dibuang kerana yang kita mahu hasil gradient sahaja). Kemudian trace sekeliling bentuk api. Klik 2 kali pada gradient tool. Kemudian pilh warna oren dan kuning. Boleh adjust gradient ini. klik ok. Buangkan stroke api ini. Pindahkan api yang telah siap ini ke pelita 3D.




STEP 4 : Langkah seterusnya ialah memberikan efek bercahaya pada api. Select api tersebut, pergi ke Effects ---> Stylize---> Outer Glow. Pilih warna kuning dan adjustkan opacity cahaya tersebut. Klik ok. So dah siap sebuah pelita 3D. Boleh tambah background hitam pada pelita untuk menampakkan pelita yang bercahaya tersebut.



STEP 5 : Kalau nak buat warna pelita yang lain, cuma copy pelita tadi dan ubahkan saja warna stroke. Setelah siap, boleh groupkan pelita dengan api tersebut. Setelah siap dan berpuas hati savekan kerja anda. Mahu edit dalam Adobe Photoshop pun boleh, misalnya untuk tambahkan asap. Guna brush "smoke" yang telah di download. Ikut kreativiti sendiri.




Inilah hasil pelita 3D yang berwarna- warni,
murah je ni, tak mahal satu-RM10) jee.. hehe



Maaflah kalau hasil pelita ni tak cantik mana... Bagi saya ini yang tercantik saya buatla.. Kalau otai Illustrator tengok, malu ni.. hehe.. Apapun "ketereran" dan kepandaian itu adalah dari Allah S.W.T juga.. Pujian semua pulang kat Dia juga..

Pelita di sini hanya untuk illustrasi saja, janganlah kita berlumba-lumba memasang pelita untuk malam tujuh likur kononnya.. Kalau sekadar untuk keceriaan Ramadhan tak apa, tapi jangan ada kepercayaan atau niat lain.. Boleh refer artikel Mencari Lailatulqadar yang belum ditemui. Wallahu a'lam..

Ok sekian tutorial dari saya .. Wassalam..

Happy Designing and Happy Blogging..

Wednesday 25 August 2010

2 Merdeka 53 and Floating Button Badge

Sibuk-sibuk berpuasa dan excited nak raya macam lupa-lupa je kat Hari Kemerdekaan negara kita. Hehe.. Haip!! tak baik tu.. Saya stay rumah jadi tak adalah program-program kemerdekaan macam pejabat-pejabat ke. . Tapi tak mengapa, kat dalam blog-blog banyak promo tentang hari merdeka ni.. Yang ke 53 iye? Temanya "1 Malaysia Menjana Transformasi". Sedap jugak slogan ni.. siapakah yang merekanya? huhu..

Sambil blogwalking... ada terjumpa benda-benda baru saya nak kongsi dengan anda semua.. Dekat blog Cik Army4War- Flavour Of Life, saya terbaca di posting terbaru beliau akan kempen 1 blog 1 bendera dan akhirnya saya pun nak buat something patriotik kat blog saya ni. Saya dah letak widget bendera negara dalam bentuk button badge yang float kat blog. Dah cari widget yang macam tu tapi tak ada. So kena create sendiri, banyak nye kerja :
  • Search yahoo mengenai widget bendera malaysia yang ku chentai
  • Tak jumpa (malas nak search lama2)., jumpa bendera Malaysia kat laman Kumprinx.com yang telah diizin oleh empunya untuk download gambar bendera ni.
  • Buka Ps, buka fail button badge, edit la bendera Malaysia ni. Mula-mula save dalam jpeg aduss ada pulak background putih kat tepi.. yang background putih-putih ni tak mau yer... Lepas tu saya search kat yahoo macamana nak save image tanpa background.. ada kat somewhere punya link.. dia cakap.. (owh boleh cakap erk?) save dalam format gif sebab ia sokong transparent. Ok allright... then setelah saya save balik dan hosting balik image berkenaan, maka letak la image itu di blog saya.. tadaa dah jadi...

Tipuuu ar dia ni..cara nak buat floating image belum cerita lagi kat pembaca kan.. hehe...

Ok.. Let's transform the image into floating image on blog. Rasanya ramai yang dah tahu tapi yang belum tahu boleh ambil tauhu tahu.

Anda perlukan image apa-apa ajer.. host kan ia. Perhatian, kalau nak ambil button badge bendera kat blog saya pun boleh.. Saya izinkan. Image ni bersaiz 150px x150 px dalam format gif.



Pada gambar ini. klik kanan, save image as, dan save. Pastikan dalam bentuk gif. Lepas tu host kan kat mana-mana hosting. Dapatkan code html image tersebut.

Ok, sudah ada image, sudah ada kod html, jom kita mula..

Untuk langkah-langkahnya, pergi ke laman ini..
Membuat image atau widget terapung (floating) pada blog dengan mudah
kurang asam jawa betul, kata nak ajar tapi dia suruh pergi web lain.. hehe..sabarr.. sebabnya saya dah cuba buat tutorial dengan terperinci dengan memasukkan contoh-contoh kod tu tapi banyak kesukaran sebab dia floating sama!!So saya bagi link sajalah.

Untuk blog saya saya ambil code "Bahagian bawah penjuru kanan", kemudian saya gantikan url seperti yang diarahkan dengan url blog saya dan saya gantikan dgn kod html image yang telah saya hostkan.

Oh ya....siapa nak Wallpaper Edisi Istimewa dapatkan di blog Designer En. Mohzam di jomconteng.blogspot Semua boleh naik bendera ops.. boleh naik ibu jari maksudnya.. nice lah.. hehe..

Sekian dari saya, wassalam...

Happy Designing and Happy Blogging... Emoticon

Sunday 22 August 2010

3 Tudung Saji Comelku


Tatkala orang lain sibuk menguli tepung nak buat kuih raya nak jual, jemari ku pula sibuk menganyam ketupat riben-riben untuk menghiasi tudung saji comel ku.. Yer lah first order dari Puan X (identiti dirahsiakan... sebab saya pun tak tahu siapa, kak ipar yang deal..hehe..) mahukan sepasang tudung saji berhias yang bertema hitam-putih dan bercorak abstract. Akan cuba jin Aladin Emoticon tunaikan.. tapi yang "kejadiannya" adalah seperti gambar di bawah.

Saya buatkan untuk Puan X yang bertema hitam-putih mnggunakan riben kain, aduss riben tu kecil saiznya jadi more works to do.. Riben plastik berwarna hitam saya tak jumpa cari.. huhu...rasanya memang tak ada jual. Lace organza putih pulak sudah habis stok, jadi saya beli lace warna gold jer la.. Yang abstract susah sikit nak buat, saya belum belajar lagi, puas di fikir.. Tak apalah, kata Puan X kat kak ipar saya dia terimalah macamana pun saya buat.. Ni sayang Puan X ni.. hehe... Saya tau Puan X nak pakai raya, so saya buat cepat-cepat untuk dia..

Tentang harga opss tak boleh nak jual murah sangat.. Setelah ditolak cost, abang saya cadangkan jual RM22 bagi seunit tudung saji berhias termasuk sepinggan nasi Eh puasa kan... hehe.. yang menggunakan riben kain, saiz kecil. Untuk riben plastik pulak lebih murah lagi..mungkin sekitar RM 18.. Sekarang abang saya pula yang nak tolong jual kat tempat kerjanya. Mungkin pula lepas ni saya promo kat lain pula.. Maklum baru mula bisnes, nak mula rasa payah jer, tapi bila dah start ada order, ok lah.. untuk pasaran offline sahaja buat masa sekarang.


Diperincikan dengan organza lace warna gold..
Eh eh ada butterfly.. mana datang ni..



yang ini belum ada sesiapa beli..
Biru, putih dan hitam temanya...


Alangkah cantiknya jika tudung saji comel ni mennghiasi meja makan
dan menutupi juadah istimewa anda di Aidil Fitri..
pasti lagi sedap juadah tu. hehe



Sekian dari saya...wassalam

Happy Designing and Happy Blogging... Emoticon

Monday 16 August 2010

0 Ahlan Ya Ramadhan 1431

Assalamulaikum w.b.t.. Salam Ramadhan al-Mubarak.....

Seperti yang tertera di blog saya sebelum ini, gambar-gambar ini telah ada di bahagian atas post dan di sidebar kanan. Apapun saya buat juga posting mengenainya.

E-card kali ini lebih simple berlatar biru dengan corak islamik yang ringkas. Khat Ramadhan Kareem dan Islamic Pattern saya perolehi di Vectorise. Boleh download percuma di sana dan jangan lupa link or credit back to them. Khat Ramadhan Kareem ni saya buat ada "noise".... ia bukan bermaksud bising (gambar tak boleh membuat efek bising ya.. ) tapi corak.. err yang dot2 kecil-kecil dalam khat tu.. aiyoo nak reti nak terang la..hahaha "Noise" diperlukan untuk membuat animated image. E-card ini telah saya saved dalam format gif dan juga jpeg dan membiarkan noise tu macam tu ajer.. Syyy.. diam-diam, dont make noise... :)




Banner Ramadhan pula saya pilih latar coklat dengan gambar masjid Terapung. Saya tambahkan Islamic Ornament dan guna brush half tone untuk dapatkan tona seperti di atas. Lebih mudah guna brush saja. Brush boleh di download dari http://www.brusheezy.com/

Terima kasih ya En. Mohzam dari jomconteng.blogspot yang syorkan saya ke Vectorise untuk dapatkan khat Ramadhan dan juga ke Sifoo.com. Lamanya tak ke Sifoo, sampai kena daftar lain. Terkejut melihat perubahan Sifoo. Rasa masuk ke alam lain pulak, hehe.. jangan alam bunian sudah.. Anda boleh dapatkan ole-ole kat sana, bukan kuih tapi freebies yang boleh anda download. Terima kasih juga Sifoo Imran sediakan ole-ole untuk kami.

Anda boleh juga dapatkan Wallpaper Ramadhan kat jomconteng. Semua cantik-cantik.. Example macam pic kat bawah ni.. LCD saya dah bergaya dengan salah satu wallpaper tu.. jom... tukar kertas dinding baru... :)









Sunday 15 August 2010

0 Petikan Harian Metro : Harum nama negara

Tarikh : 08/08/2010
Klik link ke artikel di Harian Metro


SASARAN tiga sekawan ini ialah menebus kekalahan tahun lalu. Disebabkan itu juga mereka bekerja keras sejak awal tahun ini bagi memastikan dapat menggenggam kejayaan dalam pertandingan pereka muda, Asian Young Inventions of Energy Exhibition (AYEE) 2010 Taiwan di Taiwan, baru-baru ini.
pix_middle

Mereka yang belajar di Sekolah Menengah Teknik (SMT) Tunku Abdul Rahman Putra, Pulau Pinang berjaya melalui ciptaan 'Nail Plunger' iaitu sejenis alat mencabut paku.

Mohammed Jeffri atau lebih mesra dipanggil Jeffri berkata, pada mulanya wujud sedikit kegusaran dengan ciptaan mereka kerana kurang pengetahuan.


"Kami bermula dengan idea mencipta sejenis alat mencabut paku apabila penggunaan tukul kuku kambing memerlukan kekuatan tinggi. Idea awal untuk membina alat mencabut paku ini menggunakan model asas 'staple gun', namun pengiraan daya diperlukan tidak mencukupi untuk mencabut paku.

"Pengolahan idea bersama rakan menemui jalan buntu sehingga guru pembimbing kami, Md Nasser Samsudin membantu," katanya.

Hasil kerjasama itu mereka membuat beberapa lakaran baru menggunakan perisian AutoCad yang menunjukkan pembinaan sebenar model yang bakal dibina menggunakan teknologi tiga dimensi (3D).
Mohammad Ariff Syafiq atau Syafiq berkata, beberapa cubaan awal mereka gagal namun dengan usaha berterusan selain bantuan guru, mereka mendapati penggunaan pistol gam (glue gun) boleh mendapatkan daya diperlukan untuk mencabut paku.

"Dengan menggunakan pistol gam, pencabut paku boleh menarik paku dengan hanya menggunakan kekuatan minimum. Selepas itu Jeffri mula melukis pelan baru untuk pembuatan alat ini, seterusnya dibina dengan bantuan guru kami," katanya.

Syafiq yang bertindak sebagai pengurus pembinaan menyediakan semua barangan diperlukan selain memberi sokongan kepada rakan pasukan.

Mohammad Ridwan dengan bantuan guru pembimbing lebih banyak membantu ketua pasukan, Jeffri untuk membina 'Nail Plunger'.

Katanya, permulaan untuk membina alat mencabut paku itu mencabar kerana model 3D yang dicipta rumit.

"Walaupun hasilnya nampak senang, pembinaan awal adalah susah memandangkan kami hanya berbekalkan reka bentuk model 3D," katanya.

Menurutnya, pada permulaan mereka menggunakan penutup suis lama yang diperbuat daripada besi sebagai kotak untuk menarik paku.

Selepas beberapa cubaan, mereka mendapati kotak perlu lebih tinggi untuk menarik paku lebih panjang yang digunakan untuk bangunan industri.

"Akhirnya kami menggunakan kiub besi yang dipotong mengikut saiz sesuai dengan panjang paku di dalam negara," katanya.

Menurutnya, tukul kuku kambing dibina dengan material besi keras bagi memastikan ketahanannya ketika menarik paku.

"Kombinasi pistol gam, kuku kambing dan besi kiub yang mudah akhirnya membawa kami ke peringkat kebangsaan, seterusnya ke Taiwan," katanya.

Nail Plunger adalah alat pencabut paku yang dihasilkan guru dan tiga pelajar berkenaan berjaya mengharumkan nama negara apabila pasukan reka cipta mereka itu muncul pemenang utama anugerah pingat emas Pereka Muda Asia pada AYEE 2010 di Southern Taiwan University di Tainan, Taiwan pada 10 hingga 11 Julai lalu.

Hasil kemenangan itu Jeffri, Syafiq, Ridwan dan guru pembimbing mereka Md Nasser diiktiraf oleh Taiwan serta dianugerahkan pemenang gelaran Anugerah Khas Taiwan kategori antarabangsa.

Penyertaan mereka di Taiwan bermula selepas meraih kemenangan pada peringkat Kejohanan Antara Teknik Pulau Pinang pada 29 April lalu di Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Batu Lanchang, Pulau Pinang.

Mereka kemudian muncul pemenang anugerah pingat Perak Pereka Muda Asia di Asian Young Inventions Exhibition (AYIE) 2010, International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2010) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 15 hingga 16 Mei.

Rentetan kejayaan itu, SMT Tunku Abdul Rahman Putra dijemput oleh kerajaan Taiwan untuk bertanding di Taiwan.

Kejayaan cemerlang itu diperoleh berdasarkan kreativiti pelajar menggunakan apa dipelajari di sekolah dan memanupulasi keupayaan alatan dalam menghasilkan 'Nail Plunger' yang mempunyai kekuatan setanding dengan alatan sedia ada di pasaran.

Projek itu dihasil menggunakan bahan daripada logam seperti keluli lembut kerana ia lebih ringan, kuat dan mampu menahan tekanan serta lebih mesra pengguna, selamat berbanding dengan alatan sedia ada.

Ciptaan pelajar berkenaan juga menjadi lebih istimewa apabila paku ditarik keluar itu boleh diguna semula kerana tidak bengkok atau patah. Ia juga boleh digunakan pada pelbagai sudut yang sukar dicapai oleh alatan penarik paku sedia ada serta mempunyai fungsi mengapit.


>PROFIL
NAMA: Mohammed Jeffri Jamaluddin
UMUR: 17 tahun
LAHIR: Pulau Pinang
PENDIDIKAN: Tingkatan lima di Sekolah Menengah Teknik (SMT) Tunku Abdul Rahman Putra, Pulau Pinang
HOBI: Melukis lukisan teknikal dan seni
CITA-CITA: Jurutera jentera berat
PENCAPAIAN: Pingat Perak Pereka Muda Asia di Asian Young Invention Exhibition (AYIE) 2010; Pingat Perak di International Invention, Innovation dan Technology Exhibition (ITEX '10), Pingat Emas di Asian Young Inventions of Energy Exhibition (AYEE) 2010 Taiwan dan Anugerah Khas Taiwan di Asian Young Inventions of Energy Exhibition (AYEE) 2010 Taiwan

>PROFIL
NAMA: Mohammad Ariff Syafiq Idrus
UMUR: 17 tahun
LAHIR: Negeri Sembilan
PENDIDIKAN: Tingkatan lima di Sekolah Menengah Teknik (SMT) Tunku Abdul Rahman Putra, Pulau Pinang
HOBI: Bersukan, bermain hoki dan bola sepak
CITA-CITA: Arkitek
PENCAPAIAN: Pingat Perak Pereka Muda Asia di Asian Young Invention Exhibition (AYIE) 2010; Pingat Perak di International Invention, Innovation dan Technology Exhibition (ITEX '10), Pingat Emas di Asian Young Inventions of Energy Exhibition (AYEE) 2010 Taiwan dan Anugerah Khas Taiwan di Asian Young Inventions of Energy Exhibition (AYEE) 2010 Taiwan

>PROFIL
NAMA: Mohammad Ridwan Zulamran
UMUR: 17 tahun
LAHIR: Pulau Pinang
PENDIDIKAN: Tingkatan lima di Sekolah Menengah Teknik (SMT) Tunku Abdul Rahman Putra, Pulau Pinang
HOBI: Melukis, membaca dan bersukan
CITA-CITA: Jurutera
PENCAPAIAN: Pingat Perak Pereka Muda Asia di Asian Young Invention Exhibition (AYIE) 2010; Pingat Perak di International Invention, Innovation dan Technology Exhibition (ITEX '10), Pingat Emas di Asian Young Inventions of Energy Exhibition (AYEE) 2010 Taiwan dan Anugerah Khas Taiwan di Asian Young Inventions of Energy Exhibition (AYEE) 2010 Taiwan

Saturday 14 August 2010

0 Petikan Harian Metro : Cari Pereka Berinovasi


Tarikh : 14/08/2010

Pautan: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Cariperekaberinovasi/Article


PETALING JAYA: Dalam usaha mencari pereka cipta inovasi terbaik dari peringkat akar umbi di kalangan rakyat Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Sirim Berhad (Sirim) dan Proton Holdings Berhad (Proton) bekerjasama mengadakan program realiti televisyen terbaru berasaskan pertandingan reka cipta.

Program yang dinamakan Idea: Malaysian Inventors Challenge yang bakal disiarkan menerusi saluran TV3 juga dihasilkan bagi menjana minat rakyat terutama generasi muda untuk melahirkan masyarakat kreativiti dan berinovasi.


Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof, berkata pertandingan itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia secara individu atau berkumpulan yang bukan profesional namun mempunyai inovasi yang mampu dikomersilkan di peringkat tempatan mahupun pasaran antarabangsa.


“Kesemua mereka yang ingin menyertai program ini perlu melalui proses saringan dan sesiapa yang tersenarai dalam 24 peserta terakhir akan diberikan dana sebanyak RM2,000 supaya idea mereka dapat dipersembahkan sebagai satu prototaip kepada panel.


“Manakala pemenang utama daripada empat peserta akhir akan membawa pulang hadiah RM30,000. Bagaimanapun, 24 yang berjaya memasuki program ini juga akan dibantu untuk mengembangkan idea dan dibiayai supaya hasil cipta mereka didaftarkan sebagai harta intelek,” katanya pada sidang media selepas melancarkan program berkenaan, di sini, semalam.


Hadir sama, Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaafar; Pengerusi Proton, Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh; Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir; Pengarah Urusan Media Prima Berhad, Datuk Amrin Awaludin; Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan dan Presiden dan Ketua Eksekutif Sirim Berhad, Yahaya Ahmad.


Fadillah berkata, 24 peserta berkenaan juga boleh memohon geran kepada Mosti sekiranya berpotensi dan hasil reka cipta akan dinilai mengikut kriteria yang ditetapkan, jika berjaya mereka diberikan sokongan dana dan dibantu melalui jaringan perniagaan.


Program tajaan Proton yang mengandungi 10 episod itu akan disiarkan di TV3 pada setiap Sabtu jam 7 malam selama 30 minit mulai 25 September hingga 27 November ini.


Sesi saringan program yang dihoskan oleh personaliti, Dephne Iking dan Angkasawan Negara, Mejar Dr Faiz Khaled itu akan dimulakan pada 25 September depan di Hotel MS Garden, Kuantan diikuti 2 Oktober di Hotel Grand Borneo, Kota Kinabalu, 9 Oktober di Sirim, Shah Alam dan 16 Oktober di Kuching.


Mereka yang berminat hanya perlu membawa model atau prototaip yang berfungsi hasil inovasi atau rekaan sendiri ke mana-mana sesi saringan, ataupun mendaftar terlebih dulu di laman sesawang www.1Idea.com.my.


Dalam majlis itu, Proton dan Sirim turut bertukar dokumen memorandum persefahaman (MoU) bagi penganjuran program berkenaan.


Dalam pada itu, Fadillah berkata, sehingga Mei 2010, pihaknya sudah meluluskan dana sebanyak RM2.8 bilion bagi pelaksanaan 4,435 projek di bawah dana-dana penyelidikan, pembangunan dan pengkormesilan Mosti.


Daripada jumlah itu, sebanyak 1,903 projek sudah siap dengan 991 harta intelek didaftarkan. Manakala, 15.4 peratus daripada projek yang sudah siap itu berjaya dikomersilkan dengan hasil penjualan bernilai RM3.2 bilion.

Friday 13 August 2010

0 Tudung Saji Berhias .... lagi...

It was not my intention to sell this craft, tapi melihatkan kesungguhan my sis-in-law nak tolong jual, maka saya buatlah lagi tudung saji berhias ni untuk dia sebagai 'sample' untuk letak dan promote kat rumahnya. Manalah tahu ada orang nak beli katanya. Saya pun mulalah cari material nak buat. Actually saya tak tahu sangat pasaran tudung saji berhias ni kalau offline market. Kalau di internet tu ada la saya survey sikit-sikit. Tapi buat masa sekarang saya tidak bercadang untuk jual online lagi. Harga yang saya kenakan untuk promosi murah saja RM12-RM15 je untuk tudung saji saiz paling kecil hingga sederhana. Tudung saji yang paling besar tak jual.. tapi ada la sebiji tengah diusahakan yang belum siap-siap lagi. Itu untuk kegunaan rumah saja, ia sebenarnya tudung saji lama, nak buang terasa sayang so, kena hias sikit bagi cantik. Ok kan...?






Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms