
Tarikh : 13.02.2011
Link ke artikel di Harian Metro
CANGGIH... Menara Taiwan mengikut lakaran artis.
PERKHIDMATAN Internet tanpa wayar menyeluruh, jalan raya hanya untuk kenderaan pengangkutan awam, tiada kereta, sampah atau pengeluaran karbon.
Ia bagaikan satu impian yang sukar dicapai pada masa depan tetapi tanpa disedari banyak pihak, situasi ideal itu sebenarnya sudah wujud.
Masdar City — terletak hanya beberapa kilometer dari Abu Dhabi — akan beroperasi sepenuhnya menjelang 2020.Mengikut pelan asal, bandar raya itu akan mengitar semula hampir semua air digunakan, selain kenderaan mengeluarkan asap diharamkan dan diganti dengan sistem pengangkutan berasaskan bateri.
Langkah sama turut dilaksanakan di bandar Dezhou, utara China, yang...