
:) Hi dan assalamualaikum..
Posting kali ini pula review tentang satu laman web yang menyediakan paparan gambar dalam bentuk 3D kepada pengguna iaitu Tag Galaxy di alamat http://taggalaxy.de/ Paparan 3D hanya di laman itu saja, tidak perlu install apa-apa di PC pengguna.
Di laman Tag Galaxy. masukkan kata kunci atau tag foto yang ingin dicari dan tekan "Go". Kemudian tag anda dipaparkan bersama tag yang berkaitan dalam visual matahari dan planet yang bergerak. Klik pada tag pilihan anda dan satu bebola (planet) yang terdiri dari kepingan-kepingan kosong akan terpapar. seterusnya Tag Galaxy akan berhubung dengan Flickr. Gambar-gambar yang telah anda tag akan memenuhi kepingan-kepingan pada planet tersebut. Satu planet memaparkan lebih dua...