Wednesday 30 June 2010

Home » , , , » Paparan 3D Gambar Flickr

0 Paparan 3D Gambar Flickr

:) Hi dan assalamualaikum..


Posting kali ini pula review tentang satu laman web yang menyediakan paparan gambar dalam bentuk 3D kepada pengguna iaitu Tag Galaxy di alamat http://taggalaxy.de/ Paparan 3D hanya di laman itu saja, tidak perlu install apa-apa di PC pengguna.



Di laman Tag Galaxy. masukkan kata kunci atau tag foto yang ingin dicari dan tekan "Go". Kemudian tag anda dipaparkan bersama tag yang berkaitan dalam visual matahari dan planet yang bergerak. Klik pada tag pilihan anda dan satu bebola (planet) yang terdiri dari kepingan-kepingan kosong akan terpapar. seterusnya Tag Galaxy akan berhubung dengan Flickr. Gambar-gambar yang telah anda tag akan memenuhi kepingan-kepingan pada planet tersebut. Satu planet memaparkan lebih dua ratus gambar. Untuk melihat lebih banyak gambar, cuma perlu tekan anak panah. Planet ini boleh dipusing (rotate) untuk melihat kesemua gambar. Juga boleh di "zoom" untuk besarkan gambar. Maklumat gambar dan link ke Flickr page akan dipaparkan.

Kepingan-kepingan gambar melengkapi planet.


Zoom gambar


Mengapa tidak di"google" atau seach di Yahoo atau terus ke Flickr itu sendiri? Pilihan anda sendiri.. Laman ini disediakan untuk pengguna yang mahukan paparan yang lebih menarik dan interaktif serta pengalaman paparan 3D sama juga macam perisian Google Earth. Ya, saya pun suka Google Earth...

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms