Tuesday 4 August 2009

Home » , » Permata Hati Saya..

0 Permata Hati Saya..

Siapa? Anak-anak buahla yang seramai 10 orang tuh... Saya mana ada anak lagi.. anak keladi ada la saya tanam, anak lidah jin.. oii anak jin? anak kaktus, anak pokok pandan.. anak kura-kura ada la saya bela 2 ekor tapi dah mati dah.. sob.. sob... ok ni list nama diorang sumer. (anak-anak buah)


1. Tengku Amirul Azrai Idham @ Along (bukan Ah Long...anak abang no.1) ini paling tua sekali.. skang dah form two dah anak teruna saya sorang nih.. Lahir pada 13/07/1995. Masa ni makcik dia nih baru form two jugak..



2. Tengku Afdzal 'Afif @ Ja (adik Along no.1) . Lahir pada 13/05/1997. Sekarang darjah enam.. UPSR! UPSR!


3. Tengku Noor Aina Syahida @ Aina (nih perempuan sulung, anak abang no.2). Lahir 10 hari selepas Ja lahir. Birthday dia 23/05/1997. Darjah enam jugak.. BACA BUKU! BACA BUKU!


4. Tengku Aiman Zikri @ Aiman (adik Aina no.1). Lahir pada 17/01/1999. Sekarang darjah empat. Dengar cerita ternak puyuh sekarang ek? Banyak nanti boleh makcik gi jual... Weyy baca buku la...


5. Tengku Adwina Syuhaira @ Awin (adik Along no. 2) . Dia ni lahir selepas sehari sepupu dia Aiman dilahirkan. Pada 18/01/1999. Masa baby dua-dua dalam satu katil, macam kembar plak..Pernah masa umur enam tahun dua-duorang ni sambut birthday sekali. Awin ni suka melukis... Balik sekolah, bukan hadap buku tapi melukis dulu.. Subhanallah makcik dia pun macam tu gak dulu.. ;) Bila Awin pandai lukis potret? Makcik tak tau pun. Bila tahu masa dia nak lukis potret kat SKETCH BOOK Yatie (Junior kat hostel Caddcam, lukis kat SKETCH BOOK orang? ) Biar betul ni Awin... Kalau minat lukis, mari kita buat workshop.. Makcik ponn dah lama gantung kalam tak lukis potret..





6. Mohd. Nazeem @ Ajim (anak kakak). Lahir pada bulan empat tahun 2001. Haribulan tak ingat, nanti makcik masuk balik ek.. Sekarang dalam darjah dua.. Dia ni budak elastik atau budak getah pun boleh arr.. Tengok tu.. dia bawak kaki dia kat belakang kepala. Ntah macam-macam style lagi dia boleh buat. Jangan patah-patah sudah.... Sekarang kalau dia telefon saya atau sms saya, asyik lapor jer keputusan perlawanan bola sepak, tak kira la yang luar negara atau pun malaysia punya.. Ingat makcik bookie bola sepak kerr? Baru ni yang Sukan SEA punya yang Malaysia menang ke atas Vietnam pun dia bagitahu walaupun Sukan SEA pun dah lama habis. Tapi saya layann ajer.. zass!!!



7. Tengku Amir Ashraf @ Ashraf (adik Along no. 3) pun sama dengan Ajim dalam darjah dua. Lahir pada 22 september 2001.



8. Mohd. Nizam Sukhairi @ Nizam (adik Ajim). Lahir pada 12 Februari 2003. Sekarang tadika. Kegemaran dia suka nyanyi-nyanyi lagu taska dia.. (nursery rhyme). Suka jugak usik-usik saya. Pernah tanya.. "Cangkerik beli kat mana?" sebab dia dengar bunyi cangkerik kat bawah rumah. Dia ingat saya pembela cangkerik ke? Bila dia main buih sabun dia cakap, kita main buih sabun untuk ceria kannn... Kecik kecik dah tau ceria tu apa ek..




9. Tengku Alif Hafizuddin @ Alif (adik Aina no. 2). Lahir pada bulan enam tahun 2003. Makcik tak ingat berapa haribulan. Kalau tak silap hujung bulan. Masya Allah teruk nya ingatan makcik.. huhu.. Selalu ajak dia pergi jalan-jalan dan shopping kat Giant, dia ni ok jer walaupun jalan jauh skit, nasib baik tak merengek nak mainan. Maklum makcik tengah kopak sekarang..









10. Tengku Amalin Humaira @ Maira (adik Along no.4 ) . Ni yang paling kecik... Lahir pada 29 Mac 2006 sebulan selepas makcik pindah kemaman belajar kat sini... Dalam ramai-ramai adik-beradik Along, dia yang paling keletah, ada jer perbuatannya yang melucukan.. " Nda ambik nasyik baby????" Dia tanya kat saya masa makan pada suatu hari... " Ek elleh.. bila masa orang nak ambik nasyik dia..."

Dalam umur 3 tahun Maira dah boleh lukis orang (patung) lengkap dengan anggota badan, pakaian dan berkasut. Lukisan dia standard budak tadika la..berbanding dengan adik-beradik dia yang lain masa umur sama dulu. Ni tak lain tak bukan mewarisi bakat terendam basah jeruk makciknya ini.. :p Makcik dia dalam darjah satu bila cikgu suruh lukis rumah, tangga rumah mesti buat 3d. nampak side-side tepi dia. (Abang yang ajarkan..) Mana tahu dah besar2 ni.. jadi seseorang dalam bidang seni (dalam 3d punn). Apapun alhamdulillah.

Diorang beraya pada tahun 2008.. yang dua lagi missing in action..

11. Eh mana ada lah... anak buah lagi.. 10 jerrr..


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms