Saturday 15 August 2009

Home » » Salah faham

0 Salah faham

SALAH FAHAM 1 : MENGAJI

Venue: Kat dalam bilik akak ipar
Tukang ngaji : Ashraf, Adwina
Tukang ajar ngaji : Kak Long
Tukang nyibuk: Humaira
Tumpang Iron baju: Saya

Ashraf : (baca surah Yaasin, sampai ayat ni...)







Humaira : Eh! Tak baik cakap "MUNG"

Apalagi kami bantai gelak kat dia... Cepat dia pick up masa abang dia baca
" Salaamun"
Dia ingat abang dia cakap Mung aku agaknya.. Tu yang dia marah tu..lepas tu mama dia cakap.. abang tengah mengaji, mengaji tak per.. bukan tengah cakap "mung." Hahaha.. Maira.. Maira...


SALAH FAHAM 2 : "SIT DOEY!"

Venue: Kat ruang tamu..
Tukang lipat kain : Saya
Tukang main : Humaira
Tukang tengok tv : Along dan Adwina

Adwina tunjuk kat Humaira exercise tangan. Sambil bilang. saya pun join sekali..

Humaira : Sit Doey! Sit Doey!
Saya : Awin apa dia cakap, tak faham lah.. Humaira cakap apa ni? Tak faham..
Humaira : Sit Doey! Sit Doey!
Saya : (dah gelak-gelak dah..) Humaira cakap bahasa Vietnam ker? Mana faham arrr.
Adwina : Dia cakap sit down!
Saya : Laa sit down! ingatkan apa tadi..

Tu larrr budak baru belajar... dia nak speaking tapi tersalah.. tak apa Humaira kecik lagi tapi bagus dia dah tahu beberapa perkataan... Dia cakap Vietnam pun nanti orang percaya dia anak Vietnam.. Kulit dia putih... Mana-mana la Humaira, janji jangan pelat Bahasa Melayu sudah. Bahasa Inggeris kena pandai jugak, bahasa Al-Quran, bahasa Arab kena tahu tuu.. Macam makcik ni dah lupa la nahu-nahu Arab semua.. Perkataan-perkataan dan perbualan simple tu boleh la faham..

Em makcik dia pulak bila menyakat Humaira dan budak-budak asrama selalu cakap: "Aayoookk... Maira buat, tak tahuuu..." Entah, macam best jer cakap.. time nak usik budak-budak la.. Kita boleh tambahkan lgi takut dia, debar dia kalau dia dah buat salah apa-apakan..Ingat budak-budak asrama tu budaak lagi.. Dah besor pun.. Tak apa. kita suka usik-usik diorang.. Garang-garang jugak tapi bertempat larr..

"Elleh...." Humaira cukup suka cakap perkataan ni sambil jeling kat orang.. Satu lagi " No.. No.. No..." Humaira ni yang paling keletah... sehari saya duk melayan dia tak per.. Kalau diajak datang ke asrama saya nak jer.. tapi dia tak nak bila cakap. pergi ambik kain baju, tido kat asrama ek.. Tu dia tak nak.. Dia nak mama dia ada sekali.. yer la kecik lagi.. Ada yang dia perlukan dari mama dia.. Keletah dia, manja dia buatkan saya makin sayang kat dia... maklum dia anak buah paling kecik dalam family, lagipun dia penghibur cilik keluarga.. Sekarang saya tengah jahit manik kat tudung dia... saya belajar-belajar jer, penat tak apa, janji Humaira pakai tudung nampak cantik dan bergaya selain latihan untuk dia menutup aurat.. Apa saja untuk Humaira saya yang keletah tu.. pagi tadi, saya nak gi kerja... saya tinggalkan dia yang masih tak bangun lagi, maklum semalam tidur lewat tengok citer king kong... Entahlah, mungkin bila dia bangun, tengok makcik dah tinggalkan dia... Kalau boleh saya nak dengar jer keletah dia sepanjang hari, ajar dia baca, dia ajar saya baca...



CERITA ADWINA

Adwina pun yang selalu komplen kenapa saya cuti satu hari jer.. (Jumaat).. Adwina dan saya always share time togather.. Dulu dia pernah buatkan kad raya untuk saya, tapi ditambah "PUAN" kat nama saya.. Suka-suka ati dia jer.. makcik dia status miss lagi. Entah mana saya simpan kad dia, lukisan dia sebab perancangan saya bila dia besar nanti, saya nak tunjuk hasil kerja dia. Cantik ker tak tak penting, yang penting sentimental value pada benda tu... OUR RELATIONSHIP. Pernah saya tanya bila besar nanti Awin jadi orang berjaya, pandai, kaya, ingat lagi tak kat saya? Dia jawab iyer Awin kena balas budi... Budi apa saya tanya? Dia cakap buat baik kat dia, selalu ajar dia, bagi makanan, duit... Lepas tu nak bagi kereta kat mama satu, abah satu, nda satu.. Saya tersenyum sendiri, harap-harap bila dia senang nanti, dia tak lupa pada abah dia, mama dia, adik-beradik dia dan family semua... Moga jadi anak soleh dan pintar... Insya Allah..










0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms