Monday 26 October 2009

Home » , » Digital Graffiti Art

0 Digital Graffiti Art


:hi: dan assalamulaikum.. Hari ini saya telah mencuba seni graffiti tetapi dalam versi digital. Buat dalam PS berani la saya kalau buat kat dinding rumah sendiri atau rumah orang mesti kena hambat nanti.. huhu....sedih tak naaakk.. Itu dah masuk kategori vandalism tu.. Saya hanya sempat buat satu artwork sahaja.. tak menarik sangat just for fun...

Brick background : Warna coklat gelap, bagi efek brick (filter, texture, texturizer, texture : brick, scaling:139%, relief:3, Light: top right

Fonts : 280 Graffiti Fonts Packs from Lord Of Design (free download)

Maksud graffiti...

Graffiti adalah nama untuk gambar atau huruf yang digores, ditulis, disapu atau ditandakan dengan cara apapun pada harta benda. Graffiti adalah setiap jenis tanda-tanda umum yang mungkin muncul dalam bentuk bertulis sederhana kata-kata untuk menjelaskan lukisan dinding.

Yang negatif tentang graffiti :takbole

- Graffiti sering dikaitkan dengan vandalisme.
-'Karya' dipaparkan pada dinding bangunan dan tempat-tempat awam.
- Kadang-kadang grafiti yang digunakan untuk menyampaikan mesej sosial dan politik.
- Graffiti digunakan sebagai isyarat kumpulan untuk menandakan kawasan dan sebagai penunjuk atau "tag" untuk geng-aktiviti berkaitan.

Yang positif tentang graffiti :

Pada zaman sekarang, seni graffiti makin diterima ramai.. Budaya-budaya gelap yang sering dikaitkan dengan graffiti dah makin berkurang lantaran lahirnya artis-artis graffiti yang berbakat dan karya mereka. Bagaimanapun, masih ada lagi yang menggunakan graffiti sebagai medium untuk melepaskan geram, menyampaikan mesej negatif pada pihak-pihak tertentu.. Sebahagian besarnya mungkin golongan remaja. Pada saya, mereka ini jika didekati, didengari, diubah hidup mereka, mungkin akan lahir ramai artis-artis graffiti yang berbakat. Contohnya menyediakan platform untuk mereka mencurahkan bakat. Mesej yang disampaikan lebih positif , tidak perlu maki hamun, kata-kata kesat yang menyakitkan mata memandang terhadap karya-karya seperti ini, apatah lagi agama kita sendiri melarangnya.

Islamic Graffiti

Graffiti juga boleh dijadikan medium untuk berdakwah pada masa kini. Visual yang dihasilkan cukup cantik dan mesej yang disampaikan cukup terkesan di hati. Yang mengingatkan kita akan kebesaran Ilahi, yang ingin berbuat mungkar segera datang keinsafan dalam diri.. Subhanallah.. Maha Suci Allah..

Artis Islamic Graffiti Antarabangsa

Mohamed Ali
Ketahui lebih lanjut tentang beliau di : http://www.aerosolarabic.com/v2/index.php

Antara karya-karya beliau:






Menarik bukan? Jom kita support artis-artis graffiti yang berdakwah macam ini.... tepuktangan



Salam dari saya, happy designing and happy blogging..babai

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms