Monday, 30 August 2010

0 LO Digital Scrapbook Anak Buahku

Assalamulaikum.. salam Ramadhan al- Mubarak.. Untuk anak buah saya yang baru, saya telah mengedit gambarnya dan buatkan Digital Scrapbook untuknya.. Baby ni adalah anak buah saya yang ke 11, lahir pada 28.08.2010 baru-baru ini.. Anak buah perempuan yang ke 4 dan selain tu 7 lagi adalah lelaki. Kat bawah ni LO Digital Scrapbook baby tu yang sempat saya buat. Oh ya.. baby ini masih belum diberi nama lagi.. Diabadikan dalam fake magazine cover... (made in beyondmindeyesstudio) Bar code tarikh lahir baby ni... Tido ajer yer.. pergi kedai abah cepat.. orang nak beli topup tu.. Baby tengah tengok tangan dia.. kenapa ada kain kat tangan ni.? Elephant, Rhino, Giraffe and Monkey want to play with you Baby ceria.. "Daddy Is My Hero"- Her...

Friday, 27 August 2010

0 Belajar Membuat Vector Pelita Menggunakan Adobe Illustrator

DIPERBHARUI: PENAMBAHAN LANGKAH BERGAMBAR UNTUK TUTORIAL PELITA (Maaf, penambahan tutorial agak lewat tapi masih belum terlambat lagi untuk mendesign kad raya untuk kawan, raya kan sebulan.. layangkan sesuatu daripada hasil tangan anda sendiri, pasti lebih bermakna...updated 9 sept 2010) Assalamualaikum.. Masih lagi dalam mood Ramadhan dan nanti akan menyambut raya pula. So saya telah belajar membuat vector pelita. Tujuan sebenar nak letakkan sebagai widget. So saya telah meng"google' image pelita. Malasnya nak trace buat vector, so saya vectorkan secara automatik di internet... Uuuuihh hasilnya macam tak bestlah. So terpaksalah trace balik dalam Illustrator. Tutorial ni bagi siapa yang dah tahu asas illustrator, yang boleh guna pen tool,...

Wednesday, 25 August 2010

2 Merdeka 53 and Floating Button Badge

Sibuk-sibuk berpuasa dan excited nak raya macam lupa-lupa je kat Hari Kemerdekaan negara kita. Hehe.. Haip!! tak baik tu.. Saya stay rumah jadi tak adalah program-program kemerdekaan macam pejabat-pejabat ke. . Tapi tak mengapa, kat dalam blog-blog banyak promo tentang hari merdeka ni.. Yang ke 53 iye? Temanya "1 Malaysia Menjana Transformasi". Sedap jugak slogan ni.. siapakah yang merekanya? huhu.. Sambil blogwalking... ada terjumpa benda-benda baru saya nak kongsi dengan anda semua.. Dekat blog Cik Army4War- Flavour Of Life, saya terbaca di posting terbaru beliau akan kempen 1 blog 1 bendera dan akhirnya saya pun nak buat something patriotik kat blog saya ni. Saya dah letak widget bendera negara dalam bentuk button badge yang float kat blog....

Sunday, 22 August 2010

3 Tudung Saji Comelku

Tatkala orang lain sibuk menguli tepung nak buat kuih raya nak jual, jemari ku pula sibuk menganyam ketupat riben-riben untuk menghiasi tudung saji comel ku.. Yer lah first order dari Puan X (identiti dirahsiakan... sebab saya pun tak tahu siapa, kak ipar yang deal..hehe..) mahukan sepasang tudung saji berhias yang bertema hitam-putih dan bercorak abstract. Akan cuba jin Aladin tunaikan.. tapi yang "kejadiannya" adalah seperti gambar di bawah.Saya buatkan untuk Puan X yang bertema hitam-putih mnggunakan riben kain, aduss riben tu kecil saiznya jadi more works to do.. Riben plastik berwarna hitam saya tak jumpa cari.. huhu...rasanya memang tak ada jual. Lace organza putih pulak sudah habis stok, jadi saya beli lace warna gold jer la.. Yang...

Monday, 16 August 2010

0 Ahlan Ya Ramadhan 1431

Assalamulaikum w.b.t.. Salam Ramadhan al-Mubarak.....Seperti yang tertera di blog saya sebelum ini, gambar-gambar ini telah ada di bahagian atas post dan di sidebar kanan. Apapun saya buat juga posting mengenainya.E-card kali ini lebih simple berlatar biru dengan corak islamik yang ringkas. Khat Ramadhan Kareem dan Islamic Pattern saya perolehi di Vectorise. Boleh download percuma di sana dan jangan lupa link or credit back to them. Khat Ramadhan Kareem ni saya buat ada "noise".... ia bukan bermaksud bising (gambar tak boleh membuat efek bising ya.. ) tapi corak.. err yang dot2 kecil-kecil dalam khat tu.. aiyoo nak reti nak terang la..hahaha "Noise" diperlukan untuk membuat animated image. E-card ini telah saya saved dalam format gif dan...

Sunday, 15 August 2010

0 Petikan Harian Metro : Harum nama negara

Tarikh : 08/08/2010 Klik link ke artikel di Harian Metro SASARAN tiga sekawan ini ialah menebus kekalahan tahun lalu. Disebabkan itu juga mereka bekerja keras sejak awal tahun ini bagi memastikan dapat menggenggam kejayaan dalam pertandingan pereka muda, Asian Young Inventions of Energy Exhibition (AYEE) 2010 Taiwan di Taiwan, baru-baru ini. Mereka yang belajar di Sekolah Menengah Teknik (SMT) Tunku Abdul Rahman Putra, Pulau Pinang berjaya melalui ciptaan 'Nail Plunger' iaitu sejenis alat mencabut paku. Mohammed Jeffri atau lebih mesra dipanggil Jeffri berkata, pada mulanya wujud sedikit kegusaran dengan ciptaan mereka kerana kurang pengetahuan. "Kami bermula dengan idea mencipta sejenis alat mencabut paku apabila penggunaan...

Saturday, 14 August 2010

0 Petikan Harian Metro : Cari Pereka Berinovasi

(image link)Tarikh : 14/08/2010Pautan: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Cariperekaberinovasi/ArticlePETALING JAYA: Dalam usaha mencari pereka cipta inovasi terbaik dari peringkat akar umbi di kalangan rakyat Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Sirim Berhad (Sirim) dan Proton Holdings Berhad (Proton) bekerjasama mengadakan program realiti televisyen terbaru berasaskan pertandingan reka cipta. Program yang dinamakan Idea: Malaysian Inventors Challenge yang bakal disiarkan menerusi saluran TV3 juga dihasilkan bagi menjana minat rakyat terutama generasi muda untuk melahirkan masyarakat kreativiti dan berinovasi.Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof, berkata pertandingan itu...

Friday, 13 August 2010

0 Tudung Saji Berhias .... lagi...

It was not my intention to sell this craft, tapi melihatkan kesungguhan my sis-in-law nak tolong jual, maka saya buatlah lagi tudung saji berhias ni untuk dia sebagai 'sample' untuk letak dan promote kat rumahnya. Manalah tahu ada orang nak beli katanya. Saya pun mulalah cari material nak buat. Actually saya tak tahu sangat pasaran tudung saji berhias ni kalau offline market. Kalau di internet tu ada la saya survey sikit-sikit. Tapi buat masa sekarang saya tidak bercadang untuk jual online lagi. Harga yang saya kenakan untuk promosi murah saja RM12-RM15 je untuk tudung saji saiz paling kecil hingga sederhana. Tudung saji yang paling besar tak jual.. tapi ada la sebiji tengah diusahakan yang belum siap-siap lagi. Itu untuk kegunaan rumah saja,...

0 Belajar Interior Design

Masa lapang kat rumah di isi dengan mengadap komputer, tak Photoshop, 3D Max. Sebabnya memang nak pandai jugak software 3D ni, dah lama sangat tak sentuh. Masih lagi belajar dengan buku asas 3D Max. Software pun yang download saja (trial version) so tiap bulan la kau download. Mana mampu nak beli ori software 3D Max ni, nak-nak software Alias Studio Tools yang pernah belajar dulu. Apapun guna sajalah yang mana ada. Baru pandai sikit-sikit asas untuk shape dan lain-lain. Rendering pun mudah je dengan 3D Max 2011. Bila dah tahu dan cekap asas 3D Max ni baru boleh reka macam-macam contohnya product, interior dan lain-lain. Bila dah terer sangat masuk pulak bab animation. Tapi saya tak adalah niat untuk buat animation atau jadi animator pula,...

Tuesday, 10 August 2010

0 Bicara Tanpa Suara : Ramadhan wish n posting

Assalamualaikum.. Ahlan ya Ramadhan al-mubarak.. When Ramadhan in coming, somebody is leaving.. Pak itam bertanduk dah tak ada maka tinggalah kita berperang dengan hawa nafsu sendiri. Puasalah dengan sebenar-benar puasa, meningkatkan amal ibadah, puasa dari makan-minum, puasa dari berkata yang sia-sia, puasa dari perkataan dan perbuatan keji dan segala-galanya lah..hehe.(eh ada plak hehe mknanya x serius dalam bercakap, macam lawak plak.. Itu belum bagi speech lagi tu..x reti ok.)Selamat berpuasa kepada semua followers dan pengunjung blog ini. Maaf tak sempat nak design e-card untuk anda. Maklum pc tengah format. Mungkin lepas dia ok nanti ek. Entri baru bukan tak ada tapi banyak gambar tak letak watermark, so tak nak publish dulu. Yang first pasal craft tudung saji dan second pasal 3D interior...

Pages 191234 »
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms